January 2022 | NaSa
Assalamualaikum

Alang-alang sis dah mengecap kebebasan daripada bebanan akademik sebab dah berjaya habiskan tugasan praktikum dan semua laporan berkaitan kan, maka ada banyak la masa lapang kejap sementara belum kerja ni. Dan aku paling banyak benda yang teringin nak buat adalah memasak sebenarnya.

Tugasan berkaitan praktikum: SELESAI!

in , , by NaSa, January 30, 2022
Assalamualaikum

Benar seperti yang dinyatakan dalam tajuk, Alhamdulillah semua tugasan aku di UUM yang berkaitan dengan praktikum kini dah selesai. Jadi selain bebas daripada COVID-19, sis juga kini bebas daripada beban tugasan universiti. Tunggu cari kerja dan galas beban kerja je pasni ahahaha

Dah selamat potong gelang

in , , by NaSa, January 29, 2022
Assalamualaikum

Akhirnya... dapat juga aku sentuh keyboard dan bebas menaip tentang apa-apa tajuk selain daripada tujuan akademik. Almaklumlah sis baru tamatkan latihan praktikum haritu dan dah selamat pun hantar report, logbook, borang penilaian semua tu. Jadi boleh la nak melagha sikit kan hurhurhur. FREEDOM!!

Ni cerita minggu lepas tapi saja up harini. Seperti tajuk di atas, Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat potong gelang pink dan tamatkan tempoh kuarantin yang alkisah daripada mama dikatakan positif COVID-19 haritu. Takde dah la kena melangut dalam rumah je. Boleh dah nak berjalan-jalan.
Assalamualaikum

Tahukah anda, ini adalah hari terakhir aku jalani latihan praktikal untuk keperluan graduasi dari UUM?

Tapi tahukah juga anda, aku tak boleh nak keluar celebrate di mana-mana atau rasa terlalu merdeka? Sebab kami satu rumah dah diwajibkan kena kuarantin selama seminggu? 😅

Kembara pendek: Merayap ke Puchong #1

in , , by NaSa, January 08, 2022
Assalamualaikum


Ingat tak haritu sis hilang kejap sebab busy? Memang busy betul tau sebab outstation jap. Eh? 😂

Aku kan buat internship secara WFH. Tapi hujung tahun 2021 tu, company nak buat jualan akhir tahun. Sale besar-besaran punya sebab nak clearkan gudang katanya. Jadi kami intern yang WFH ni diseru la oleh Puan Emma (our supervisor) untuk datang ke HQ di Selangor tu untuk tolong kalau mampu.
Assalamualaikum


Ni adalah topik yang aku nak publish masa 31 Disember 2021 haritu untuk kenang semula perjalanan diri sebagai blogger kecil-kecilan dan muhasabah sikit pasal apa-apa yang boleh dijadikan pengajaran tahun lepas. Tapi tu la haritu dah cakap tarikh tu aku busy atas sebab-sebab tertentu kan. Jadi tak sempat la nak tulis. Kali ni baru sempat susun isi hehe

Selamat Tahun Baru 2022!

in , by NaSa, January 05, 2022
Assalamualaikum
 

Selamat tahun baru, kawan-kawan pembaca sekalian!

Maaf la train aku lambat sikit sebab dah nak habis hari kelima tahun 2022 ni baru nak bagi ucapan haha. Aku memang busy yang teramat sangat hujung tahun haritu. Nak siram pokok Shopee pun tak sempat, inikan pula nak menaip panjang-panjang 😂
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS