Kembara pendek: Merayap ke Puchong #1 | NaSa

Kembara pendek: Merayap ke Puchong #1

in , , by NaSa, January 08, 2022
Assalamualaikum


Ingat tak haritu sis hilang kejap sebab busy? Memang busy betul tau sebab outstation jap. Eh? 😂

Aku kan buat internship secara WFH. Tapi hujung tahun 2021 tu, company nak buat jualan akhir tahun. Sale besar-besaran punya sebab nak clearkan gudang katanya. Jadi kami intern yang WFH ni diseru la oleh Puan Emma (our supervisor) untuk datang ke HQ di Selangor tu untuk tolong kalau mampu.

Mampu memang mampu. Cuma aku berbelah bahagi sikit je sebab waktu tu kan tengah musim banjir. Tapi sebab rindu nak berjalan jauh dan teringin nak cuba pengalaman baru kan, aku beli juga la tiket bas tu berbekalkan tawakal dan redha. Kalau ada rezeki, kita pergi. Kalau cuaca tak mengizinkan, takpe la. Lagipun bosan juga asyik buat kerja di rumah je kan. Nak jugak merasa jumpa manusia haha

Dan Alhamdulillah jadi. Walaupun minggu sebelum bertolak tu asyik repeat hujan hari-hari, tapi malam nak bertolak tu hujan renyai je. Jalan pun clear. Maka boleh la saya berangkat ke Selangor nun.

Tarikh bertolak - 30 Disember 2021
Tarikh Kelantan dijangka banjir - 31 Disember 2021 huhu 

Back on the road again! 🤭

Agak gamble juga aku ke sana sebab dah lama tak jejak Selangor sebenarnya. Tahun-tahun sebelum ni banyak pusing Melaka dan Kedah je sebab belajar kat sana kan. Kali terakhir aku datang ke Selangor, masa tahun 2013 ke 2014 entah dengan kakak-kakak aku. Tapi kali ni dah la gerak sorang, destinasi pula di Puchong, daerah yang aku tak pernah jejak. Memang pengalaman yang terlajak baru la.

Tapi tak kisah pun sebab aku memang jenis redah je pergi mana-mana kalau ada peluang. Cuma masa di Puchong Prima tempat bas Ekspres P***ana tu berhenti, ada la rasa nak gaduh sikit. Patut la aku cari info pasal tempat ni, harom dia tak letak di website. Tepi jalan je rupanya. Gelap pula tu. Takut weh kalau tunggu sorang. Pastu aku bagi review di Google Maps kata tempat tu agak creepy, dia marah pula 👀

Kalau tahu awal-awal tempat tu gelap gitu, baik aku turun di TBS hahahahah

Nasib tempat tu dekat dengan Petronas dan stesen LRT Puchong Prima. Cuma kena patah balik ke simpang jalan utama sebelum bas tu berhenti tadi. Jadi aku tawakal jalan kaki ke Petronas tu untuk tunggu Jesric, member intern yang akan sama-sama join ke HQ tu sampai. Mujur lampu jalan terang 😌

Merasa la merempat depan Petronas ni kejap.
TBH kalau bas tu berhenti kat sini pun takpe. Lagi secure sebab lampu cerah dan ramai orang 🙂

Sempat tukar mask di tandas Petronas sebab perjalanan bas tu kan 8 jam lebih. Mask semalam dah tak suci lol

Jes sampai di stesen LRT tu dalam 7.30 pagi lebih kot. Patutnya Puan Emma ambik kami kat sini untuk gerak ke HQ tapi ada kemalangan maut di DUKE pula. Jem teruk sangat dan puan kata dia akan sampai lambat maka aku dan Jes ambik Grab ke ofis HQ dan tunggu puan di sana. Destinasinya...
Au chak! IFMAL PUCHONG 😂

Yang aku tulis pasal Warehouse Sale IFMAL haritu sebab ni la. Tapi tu bukan entri berbayar apatah lagi entri yang disuruh pun. Saja letak ayat copywriting aku yang kena reject dalam tu untuk praktis menulis ahaha. Lagipun masa tu memang tak pasti lagi boleh pergi ke Puchong atau tidak kan. So saja tulis dulu untuk luahkan rasa teringin nak pergi. Tup-tup boleh pergi betul-betul kan, tak jadi la aku sedih 😉

Cumanya kek yang aku kata aku nak beli di IFMAL dalam entri tu memang tak boleh beli haha

Cuma mampu pandang je la buat masa ni. Lain kali kita beli ya 😌

Aku dan Jes di IFMAL ni jadi intern untuk bahagian Marketing. Kebanyakan caption dalam gambar-gambar di media sosial IFMAL untuk promote Warehouse Sale tu datangnya daripada kami la, dengan edit tambahan daripada Puan Emma dan CMO. Tapi masa di rumah je la ralit tulis caption kan. Masa di HQ sendiri, of course jadi macam staf biasa juga. Kena layan customer dan explain pasal barang. 

Part kerja dan apa yang ada di sana tu, nanti la cerita entri seterusnya. Cuma kesimpulan nak cakap daripada pengalaman 3 hari tu, penat nak mampos ye. Kaki aku tak rasa macam kaki pun hahahaha

Lepas habis kerja dan pergi ke homestay yang disediakan untuk kami menginap sepanjang di Puchong tu, aku rasa tak nak bangun dari baring. Nak tidur je sampai esok. Memang sakit belakang, sakit kaki, sakit segala-gala. Padahal intern sementara je. Cemana agaknya staf full-time kerja hari-hari ye 😂

Penginapan sementara kami.
Aku dapat bilik ada iron sebab perempuan kan banyak benda nak kena gosok.

Ni benefit yang buat aku tak kisah sangat untuk datang la. Sebab penginapan disediakan. Kalau kena sewa bilik sendiri, mungkin fikir 2-3 kali juga, especially sebab aku datang dari jauh kan. Lain la kalau memang intern di sini physically sepanjang berbulan-bulan tu, jimat sikit kalau menyewa jangka panjang. Kami ni cuma datang kejap je pastu balik WFH semula (atas sebab-sebab tertentu) lol

Selain tempat tinggal, makan minum pun disediakan. Kalau di ofis, sarapan dan makan tengah hari akan disediakan oleh manager HR. Tapi ni masa sale je la sebab kan ramai customer datang, staf tak sempat la nak keluar beli makanan sendiri. Pastu masa kami makan malam, Puan Emma belanja haha

Tomyam Kelantan for first night's dinner huhu

Puan Emma: "Kesian Nad datang jauh dari Kelantan tapi saya bawa makan di kedai Kelantan jugak." 

Hahahahah nak buat macam mana dah tempat tu paling dekat. Kami pun malas juga nak jalan jauh. Penat badan satu, penat otak pun satu sebab masa cari homestay tu, jenuh sesat berpusing-pusing. Asyik terlepas jalan je sebab tak nampak simpang mana nak kena masuk. Tak tahu la kenapa kawasan Puchong situ kedekut gila nak pasang lampu jalan bebanyak. Tak percaya, tanya Jes 😂

With the gang: Jesric, me, Puan Emma.
Sepatutnya ada sorang lagi member intern tapi dia tak dapat datang.

Cuma masa datang ke restoran ni kan, Jes boleh buat hal tak ingat pakai mask. Menonong je masuk buat macam tahun 2019 dulu-dulu ahahahah. Mujur sis selalu ada mask spare dalam handbag weyyy. Masa tu pun takde pihak penguasa buat rondaan ke apa. Kalau tak, mau free-free kena saman 😅

Dan oleh sebab hari pertama kami di sana tu masa 31 Disember 2021 kan, kiranya kami sambut tahun baru di Puchong la. First time aku sambut tahun baru di negeri orang. Tapi kami takde la buat countdown meriah ke apa. Lepas balik dari dinner, masing-masing dah rehat di bilik sendiri sebab penat dan mengantuk yang amat. Aku pun tahu-tahu terlelap masa tengah main phone.

"Untung" la jiran belakang rumah tu tolong sambut untuk kami. Tepat 12 tengah malam, mereka boleh bantai bakar mercun terbang yang bising nak mampus tu. Aku yang tengah tidur ni memang terkejut gila babi. Mendadak guwe bangun sebab bunyi mercun tu meletup sebijik macam bunyi kenderaan bertembung dan berlanggar. Serius aku ingat ada kemalangan ke apa. Panik jap sisturrr 😑

Dah la rumah seketul tu je rancak bakar mercun. Rumah lain elok je senyap. Aku syak mesti jiran-jiran dia berasap je hati masa tu. Lagi-lagi rumah yang ada anak kecil, orang tua, dan haiwan peliharaan 👀

Nasib la menumpang homestay di negeri orang. Kalau jiran rumah sendiri ni, mau abang aku sound depan-depan sebab buat terperanjat baby dia malam-malam.

Overall, it was a short trip, tapi memang seronok. AKHIRNYA boleh juga merasa tengok dunia yang lebih luas sikit sebab sis dah lama tak berjalan kan. Dulu di KPM Ayer Molek, kalau bosan boleh juga aku pergi ukur jalan di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Kalau di UUM, redah naik MyBas pergi Changlun, tak pun join member pergi Aman Central. Duk rumah ni, pergi Tesco je mampu haha

Pengalaman kerja kat situ pun seronok boleh jumpa orang macam-macam ragam. Dah la IFMAL banyak jual barang import kan so boleh la layan customer kaya-kata sikit. Aku rasa macam ada bakat la juga nak kerja retail, cuma takde stamina je sebab tak larat weh diri lama-lama 😂

Full story pasal kerja, nanti la kita update dalam entri seterusnya. Buat masa ni, Bye~

Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. It was a good experience & exposure for you Nad...

    ReplyDelete
  2. Semoga Nad enjoy during your internship. Dah habis belajar nanti sumpah tak best langsung haha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS