Memasak bagaikan profesional bersama CulinarySchools.org | NaSa
Assalamualaikum

Alang-alang sis dah mengecap kebebasan daripada bebanan akademik sebab dah berjaya habiskan tugasan praktikum dan semua laporan berkaitan kan, maka ada banyak la masa lapang kejap sementara belum kerja ni. Dan aku paling banyak benda yang teringin nak buat adalah memasak sebenarnya.
Kalau tengok topik entri masa bulan Disember 2021 tu kan, ada banyak tajuk pasal makanan tau. Kuat nauu aku makan haha. Dan ada la beberapa resepi lain yang aku nak cuba tapi takdan sebab kekangan masa. Walaupun WFH, tapi setiap masa kena standby kot-kot bos mesej suruh buat itu ini kan. Aku masuk dapur buat lauk makan kejap pun kena selalu kerap tengok phone takut ada whatsapp bos haha

Stok donat frozen aku pun takdan nak topap sepanjang praktikum tu sebab takdan nak uli tepung πŸ˜‚

Tapi ni dah bebas kejap ni, boleh la usha balik resepi menarik yang boleh dicuba. Cuma kadang-kadang tu, ada resepi daripada negara luar yang susah sikit nak ikut sebab sukatan yang berbeza. USA la USA.

Tak faham aku kenapa USA guna sistem Imperial yang guna ukur panjang, berat, dan suhu tak macam negara lain. Termenung sister asal jumpa resepi yang sedap tapi timbangan bahan dia tiberrr "1 ounce jus limau, 2 pound daging". Ajer baler nak kena google conversion semua timbangan dalam gram πŸ˜‚

Biasanya kalau guna sistem conversion google yang biasa, kena manual tukar setiap unit yang kita nak convert. Tapi guna page CulinarySchools.org lebih mudah sebab ia memang khusus untuk masakan. 

Selain sediakan info tentang sekolah memasak dan laluan kerjaya untuk pelajar yang bercita-cita jadi chef profesional, CulinarySchools.org juga ada page untuk cooking conversion chart yang lebih mudah difahami. Tak payah pening guna conversion calculator google yang bercampur dengan area la, speed la, benda lain la. Dalam page ni, semua berkaitan dengan unit yang kita guna masa memasak je.


Function la sebab tak payah dah aku pening fluid ounce tu pebende dan banyak mana, 1 pound tu lagi berat daripada 1 kilogram ke, suhu 300 Fahrenheit tu lagi panas daripada Celsius ke, etc. Kalau tak, asyik terbantut je nak bookmark resepi sebab malas nak convert unit timbangan haha

Ada printable chart juga yang disediakan oleh CulinarySchools.org untuk kita download dan tak payah convert online sepanjang masa. Yang ni slack sikit sebab kena darab sendiri dengan jumlah yang kita nak kena guna. Tapi sangat berguna sebab boleh print tempek di dapur. Nanti waktu tengah masak dan tangan comot susah nak pegang phone, boleh tenung je jadual ni dan kira congak dalam kepala πŸ˜‚
Jadi boleh la sister bercita-cita nak buat pai ke apa daripada resepi mat saleh. Tapi tu la kadang biasa cita-cita kekal jadi angan-angan je la. Buatnya idok pun hahahah

Game masak-masak dan yang berkaitan makanan pun ada dalam page ni. Dia kata for kids tapi aku yang dah tua ni pun tibai je main sebab best buat isi masa lapang πŸ˜‚ My favourite game: CUT FRUIT.



Konsepnya macam Fruit Ninja yang kena potong buah-buahan terbang guna pedang sambil elak bom. Tapi tak perlu download dan boleh main secara online sama ada melalui laptop atau smartphone. Main melalui phone la mudah sebab senang nak slide jari ikut buah. Kalau guna laptop, berat nak tarik mouse. Aku try guna mouse, asyik berselisih dengan bom je ahahah

Candy Pig pun best. Konsepnya macam Cut The Rope yang katak hijau nak makan candy tu tapi ni guna oink oink haha. Pastu pig dia tu kelakar sikit sebab petak 😭



Cara main, kena tekan mana-mana palang kayu menghala ke arah bintang tu untuk extend tangan pig dan kutip semua bintang. Lepas tu baru pergi jatuhkan diri ke dalam kotak candy. Mudah dan menarik sebab boleh juga cabar minda sikit-sikit. Sayangnya cuma ada 9 level je. Kalau ada lebih banyak level dan dengan background dan cabaran lebih susah, game ni boleh jadi lagi best hehe


Selain game ni, ada banyak juga game lain yang berfungsi buat isi masa lapang. Nak baca maklumat pasal sekolah kulinari yang ada di USA dan international pun boleh. Kot la ada rasa nak belajar masak sampai jadi chef terkenal seantero dunia ke kan. Boleh celen Gordon Ramsay πŸ˜‚

Kalau aku, suka baca description CulinarySchools.org pasal jenis-jenis chef yang ada dalam satu kitchen tu sebab tak semua chef adalah sama ya. Lain nama, lain tugas mereka. Aku biasa tahu pΓ’tissier je yang tukang buat desserts sebab sis kan suka desserts hehe. Tapi ada banyak lagi pangkat chef dalam kitchen tu contohnya saucier, grillardin, rotisseur, dan lain-lain. 

Masa browse page CulinarySchools.org ni kan, teringat balik kenangan obses dengan Pasta, drama Korea yang popular dulu. Sis stres ye tengok cerita tu sebab dalam dapur tengah masak pun boleh jadi banyak drama. Masak sedap-sedap udah le. Korang gaduh mende πŸ˜‚ Tapi dari drama ni la aku suka Gong Hyojin dan gigih tengok lakonan beliau dalam filem Door Lock haritu huhu

"Ye, chef!!"
Trademark Gong Hyojin sebagai heroin dalam drama ni πŸ˜‚

Tibahh teringin nak pakwe chef lepas tengok drama tu dulu sebab boleh suruh dia masak sedap-sedap haha. Tapi sebab ada bantuan CulinarySchools.org ni, rasa boleh je masak sendiri acah-acah profesional tanpa harapkan pakwe pun. Perut kita yang nak makan kan so kita la masak lol 🀣

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS