Assalamualaikum
Ni adalah topik yang aku nak publish masa 31 Disember 2021 haritu untuk kenang semula perjalanan diri sebagai blogger kecil-kecilan dan muhasabah sikit pasal apa-apa yang boleh dijadikan pengajaran tahun lepas. Tapi tu la haritu dah cakap tarikh tu aku busy atas sebab-sebab tertentu kan. Jadi tak sempat la nak tulis. Kali ni baru sempat susun isi hehe
Asalnya, walaupun aku mulakan blog ni sebab aku suka menulis, tapi aku selalu juga la tersekat dengan mentaliti "benda ni pun nak cerita ke?" Entah kenapa, aku akan ada rasa terlintas macam topik aku tu terlalu remeh. Tak penting. Orang lain dah cerita dulu. Jadi tak perlu pun aku cerita lagi.
Jadi biarpun ada banyak topik aku nak kongsikan, aku tersekat diri sendiri daripada menulis. Padahal bila pergi mana-mana atau buat apa-apa, aku selalu ambil banyak gambar untuk perkongsian. Tahu-tahu bersawang semua gambar tu dalam phone. Sebab tu sebelum ni, blog ni tak ada banyak update.
Yes, the BIGGEST hindrance in my growth is MYSELF 🙂
Masa tahun 2021, aku agak bersyukur dengan perkembangan mentaliti aku yang dah lebih terbuka dengan topik yang aku nak tulis. Asal aku nak cerita, aku taip je. Sebab sekarang dah faham "No topic is a useless topic unless it brings out negativity" gituhhh.
Selain tu, tak ada istilah terlalu picisan untuk tidak lakukan sebarang naiktaraf dalam blog kita. Jadi Alhamdulillah berkat perubahan minda ni, aku berjaya jejak beberapa milestone yang boleh dikatakan pencapaian peribadi aku yang selama ni aku rasa macam tak mampu je nak capai.
1. Pemilikan domain sendiri
Haritu pernah cerita kan yang blog aku akhirnya bertukar domain. Ni cita-cita yang dah lama tersimpan awal-awal dulu sebab nampak macam lebih profesional. Tapi dulu selalu rasa macam blog terlalu kecil dan tak layak untuk ada domain sendiri.
Padahal jumlah pembaca tu bukan syarat wajib untuk ada domain sendiri. Kalau mampu dan rasa lebih gembira dengan adanya domain yang unik untuk kita, beli je la kan. Di hujung cerita nanti, yang penting adalah kepuasan kita sendiri sebagai penulis blog tu. Dan Alhamdulillah, memang aku puas hati 😊
2. Penulisan lebih aktif
Hasil perubahan mentaliti lama, tahun 2021 berjaya jadi tahun yang paling aktif aku menulis. Tak sangka aku boleh terbitkan sampai lebih daripada 100 entri. Macam ni rupanya rasa kebebasan menulis hehe
Masa tengok sejarah dalam archive ni, tak dinafikan ada sikit rasa sedih la. Sebab banyak sangat peluang cerita yang terlepas dan tak boleh nak putar balik ke masa tu untuk ingat balik apa yang jadi.
Macam tahun 2013 tu, kalau ikutkan banyak je benda aku boleh cerita. Pengalaman masa belajar di Kolej Yayasan UEM, aktiviti yang aku buat di sana, perangai kawan-kawan, etc. Dah la hidup kat situ macam tak ramai yang boleh rasa kan (sebab mahal). Aku dikira bertuah je boleh rasa jejak kaki kat situ.
Tahun 2015-2018 tu pun boleh je tulis lebih banyak pasal hidup di KPM Ayer Molek selain daripada pengalaman general. Tapi Kenapa la aku tak tulis ye. Tahun 2017 tu siap kosong terus pulak tu. Walhal tak kisah la orang baca ke tidak. Yang penting aku sendiri boleh throwback sobs sobs 🤧
Tapi tu la benda dah lepas kan. Nak buat macam mana. Kita fokus kisah masa depan je la huhu
3. Peningkatan angka pembaca
Ni pun salah satu benda yang Alhamdulillah sangat sebab tak sangka pun yang jumlah followers akan berjaya cecah 3 angka, apatah lagi melebihi 300. Walaupun ada antara followers tu yang tak aktif dan kemungkinan tak baca pun blog ni kalau ada entri baru, tapi angka tu tetap buat aku rasa WOW hahah
Dulu-dulu selalu rasa jeles tengok blog orang lain ada banyak komen tapi aku tak ada pun. Padahal diri sendiri yang diam sangat tak aktif ziarah blog orang lain sebab tu mereka pun tak kenal blog aku. Macam mana orang nak kenal kita kalau kita tak kenalkan diri sendiri kan. Kena la jadi lebih proaktif gitu.
Dan Alhamdulillah berkat rajin blogwalking haritu, tegur-tegur blogger lain, jumlah followers tu meningkat dengan stabil. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi jenguk blog ni dan tinggalkan komen sepatah dua. Walaupun pendek, tapi sangat bermakna untuk diri ini tau 🥰
Cuma sekarang tak banyak kesempatan nak blogwalk sangat. Hujung minggu aku selalu tulis entri bebanyak sekali harung dan schedule untuk publish sekurang-kurangnya sekali sehari untuk aktifkan archive pastu dah. Nak jenguk cerita orang lain pun tak teringat.
Insya Allah lepas settle urusan intern, boleh la kita berjalan ke sana ke mari dengan lebih kerap 😄
Tapi dalam banyak-banyak pencapaian, sebenarnya aku tak sangka yang aku berjaya bertahan selama ini dalam dunia blogging. Almaklumlah sekarang kan komuniti blog dah agak kecil. Bukan macam dulu yang ramai ada blog dan aktif berinteraksi sesama sendiri, meriah dengan giveaway etc.
Tambah pula generasi sekarang lebih selesa dengan platform media sosial macam IG, Tiktok, Twitter etc yang lebih ringkas untuk sampaikan info. Sebab tu tak ramai sangat yang pandang aktiviti blogging. Kawan-kawan blogger yang aktif dengan aku dulu pun ramai dah tak update atau tutup blog masing-masing. Tapi aku masih setia di sini menaip panjang-panjang ye.
Dan tahun 2022 ni, blog aku hampir memasuki tahun ke-SEPULUH ia ditubuhkan!!
Kalau blog ni anak yang dah bersekolah, maksudnya tahun 2022 ni ia akan masuk kelas darjah 2 😂
Fuhhh lama juga ya. Ni la kot yang orang kata "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"? Walaupun aku update kurang 10 kali setahun pun, blog masih ada juga entri baru kan. Jadi tidak la ia terkubur begitu saja. Alhamdulillah perangai hangat-hangat tahi ayam aku tak berjangkit pada blog ni hehe
Semoga aku dan blog ni akan terus bertahan pada jangka masa lebih lama lepas ni. Tapi aku tak letak target menggunung untuk terus cecah puncak kejayaan jadi blogger femes ke apa la. Cara macam sekarang lebih sesuai dengan aku. Tulis sikit-sikit pada pace sendiri yang aku selesa je.
Orang kata "Biar lambat, asal selamat" ahaha
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang dah menyokong perkembangan blog ni dari dulu hingga sekarang. Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Aminnn 😊
Bye dan Assalamualaikum.
Keep it up NaSa!
ReplyDeleteAkk makin bersemangat nak tulis blog sbb anak4 dah pandai baca, so diorg akan baca blog akak esp cerita tentang diorg. Rasa satu kepuasan :D
tahniaahhh, teruskan menulis ...
ReplyDeletealhamdulillah tahniah Nasa. semoga terus sukses dalam blogging :)
ReplyDeleteAwal-awal berblog memang ada tulis hal-hal macam orang kata perkara ini pun hendak cerita. Sekarang fikir hendak letak ke tidak. Hehe mungkin patut buat semula tulis hal-hal remeh.
ReplyDeletewahhh tahun lepas paling banyak entri
ReplyDeleteSaja singgah ke sini membaca entri pasal UUM. Tahniah kerana berjaya menulis lebih daripada 100 entri untuk tahun 2021. Terus berusaha.
ReplyDeleteAlhamdulilah , bukan senang nk mula menulis utk cari idea , teruskan
ReplyDelete