Selamat Tahun Baru 2022! | NaSa

Selamat Tahun Baru 2022!

in , by NaSa, January 05, 2022
Assalamualaikum
 

Selamat tahun baru, kawan-kawan pembaca sekalian!

Maaf la train aku lambat sikit sebab dah nak habis hari kelima tahun 2022 ni baru nak bagi ucapan haha. Aku memang busy yang teramat sangat hujung tahun haritu. Nak siram pokok Shopee pun tak sempat, inikan pula nak menaip panjang-panjang 😂

Kat Whatsapp dan Twitter memang dah bagitau siap-siap yang entri review pencuci muka Oatellia tu entri terakhir aku untuk tahun 2021 walaupun baru 30 Disember. Sebab nak update ucapan akhir tahun masa 31 Disember tu memang tak sempat. Aku kena kemas barang nak ke luar negeri kejap huhu

Tak sangka dah lebih 2 tahun kita hidup dalam norma baru sebab Covid ni ye. Aje bodo rasa cam tua sekelip mata dalam rumah je sebab tak banyak pengalaman di luar pun. Social distancing punya pasal. Tapi tak mengapa la. Susah memang susah tapi sekurang-kurangnya kita masih bernafas. Insya Allah akan ada rezeki yang lebih baik dalam tahun ni untuk kita semua.

Apa benda yang aku buat di luar negeri sampai seminggu tak jejak blog tu?

Ada la. Nanti aku cerita lebih panjang hehe. Dalam phone ni memang banyak gambar aku ambik. Semangat punya pasal sebab lebih setahun setengah tak tengok pemandangan luar kan. Haritu balik UUM pun kejap je. Pagi ambik barang, malam terus balik kampung. Tak sempat jalan-jalan pun ahaha

Insya Allah cerita akan dikemaskini secara berkala dalam tempoh seminggu dua ni. Aku tengah cari mood nak tulis report LI ni sebab minggu depan dah nak habis. Satu habuk pun aku belum start secara formal. Memang sengaja cari pasal yeee. Boleh nampak busy cemana pasni nak siapkan report tu 🙂

Harap-harap sempat siap on time dan report diluluskan oleh supervisor la. Sebab UUM dah keluarkan pekeliling yang mereka akan adakan majlis konvo secara fizikal pada bulan Mac 2022 ni. Semoga nama aku tersenarai la dalam sidang tahun ni Aminnnnnn

Lagi sekali diucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Ayuh le kita berusaha semoga lebih banyak kebahagiaan datang kepada kita dan keluarga pada tahun ini 💪🏻

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Selamat tahun baru 😊💕. Semoga perjalanan tahun ni baik2 jer buat Nasa.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS