Seutas gelang pink, seminggu tempoh kuarantin. | NaSa
Assalamualaikum

Tahukah anda, ini adalah hari terakhir aku jalani latihan praktikal untuk keperluan graduasi dari UUM?

Tapi tahukah juga anda, aku tak boleh nak keluar celebrate di mana-mana atau rasa terlalu merdeka? Sebab kami satu rumah dah diwajibkan kena kuarantin selama seminggu? 😅


Gempar sangat kan. Aku asalnya nak update sambungan pergi Puchong haritu tak sempat sebab busy dengan report praktikum tapi sebab kes ni mendadak sangat, takpe izinkan aku update blog ni kejap. Cerita Puchong sambung lain kali haha

Alkisahnya, harini 16 Januari 2022 mama ada temujanji test endoskopi di HRPZ untuk follow-up kes keracunan makanan sampai kena berkampung sebulan di hospital haritu. Doktor nak check sama ada perkembangan usus yang jadi punca muntah dan berak berdarah tu dah okey ke belum.

SOP sebelum ke hospital, kena swab test dulu 3 hari sebelum tarikh temujanji. Dan sepanjang 3 hari tu, kena pakai gelang pink dan kuarantin di rumah sementara tunggu result dan untuk kurangkan risiko dijangkiti di tempat lain. Tapi ujian Allah, hasil daripada swab test tu, masa nak pergi potong gelang di hospital, tahu-tahu result mama sebenarnya positif COVID. 

Sumber jangkitan? Wallahua'lam. Tak pasti berjangkit dari mana.

Sebab kan setiap minggu mama pergi pusat dialisis dan ada jumpa ramai orang. Pastu minggu lepas mama ada masuk wad kejap untuk pembedahan mata. Boleh jadi juga ada mana-mana anak ni positif tanpa simptom tapi tak sedar sampai la mama kena buat swab test tu. 

Yang pasti, nasib baik dapat detect awal. Bayangkan kalau tak pergi buat swab test sebelum endoskopi tu, mungkin kami tak tahu pun mama sebenarnya positif dan satu rumah boleh berjangkit lebih teruk.

Disebabkan mama pesakit buah pinggang, tak boleh la kuarantin di rumah macam kami sebab perlukan rawatan dialisis. Kena la masuk wad biar mudah doktor pantau keadaan COVID dan uruskan sesi dialisis mama sekaligus. Tapi hospital yang doktor tempah tu bukan calang-calang, nun jauh di Machang. 2 jam dari rumah kami. Pastu ni kan kes positif pulak. Kena la ambulans yang datang ambik di rumah.

Staf KKM datang lengkap berpakaian PPE hah

Mama dah standby semua barang keperluan untuk guna di wad sejak tengah hari lagi. Tapi ambulans datang malam jam 9.20 gitu huhu. Aku tak perasan sebab masa tu dalam bilik. Abah, adik, dan kakak aku yang hantarkan mama ke pagar rumah. Haru je semua sebab biasa kami yang hantar dan jaga mama di hospital kan. Tapi kali ni mama kena pergi sorang-sorang, takde orang teman 😢

Dan secara automatik juga, temujanji endoskopi hari ni cancel sebab mama dah check-in hospital lain kan. Mencabar juga hidup dipenuhi temujanji pelbagai hospital ni huhu

Sebab dah jadi kontak rapat mama di rumah, kena la kami semua berjemaah pergi swab test. Abah dan kakak aku baru first time nak merasa cucuk hidung ni. Aku je kira agak pro sebab kali ketiga 💀

Swab test untuk kontak rapat ni kena buat di Klinik Kesihatan (KK) sebab nak mudahkan KKM rekod dan tally keputusan dengan hospital daerah. Macam kami buat di KK Pasir Pekan, nanti follow up dengan Hospital Tumpat. Nasib baik la sebab swab test di KK free. Kalau di klinik swasta, seorang RM85 fuhhh


Prosedur untuk swab test kontak rapat ni, kena isi borang saringan dulu untuk semua ahli keluarga dan kontak rapat terlibat. Nanti kena tulis kontak rapat dengan siapa dan nama pesakit yang positif tu. Kami kena letak nama mama la.

Pastu ada ruang gejala tu kan, orang lain tanda takde simptom. Tapi kakak aku ada simptom batuk. Aku pula sakit tekak dan selsema. Dah 2-3 hari sebenarnya aku duk rasa tak sedap hidung sebab macam lemas gitu dan banyak kali bersin. Tapi sebelum ni fikir selsema biasa akibat sejuk je sebab aku banyak kali tidur tak pakai selimut. Tak expect pula ada risiko simptom COVID -__-


Lepas bagi borang kat nurse, nanti dia panggil sorang-sorang untuk check tekanan darah, suhu, dan paras oksigen. Suhu aku normal je masa scan tu sebab 36.7 Celsius. Tekanan darah aku tak ingat berapa tapi range biasa jugak la. Oksigen aku pun 98%. Semua normal. Harap keputusan pun normal la 🙂

Geng menanti kena cucuk hidung haha

Yes baby Aisyah tu pun kena cucuk hidung juga huhu. 2 kali la dia kena sebab tahun lepas pernah kena sekali. Bertabah la sayang. Nak buat macam mana dia lahir pada musim pandemik mencabar gini 😌

Aku lepas hidung kena cucuk dengan swab tu cuma rasa pedih je. Tapi kakak aku noob sikit la sampai kepala mengelak daripada swab tu sebab seram nak cucuk haha. Tu la sebelum ni riak konon hidung masih suci sebab tak pernah swab test. Konon aku je yang luas lubang hidung sebab 2 kali kena masa  teman mama di hospital tahun lepas. Ni hambek semua dah pernah merasa kena cucuk hidung lol

Oh ya masa menunggu untuk buat swab test, ada staf farmasi datang bagi ubat kepada kami yang ada gejala ni. Kakak aku dapat ubat batuk dan panadol, aku dapat panadol dan ubat selsema. Ikut keperluan.

Power Rangers!
(Tangan aku nampak paling cerah sebab aku orang yang paling jarang keluar rumah hahahahahah 🙈)

Keputusan swab test tu tak keluar macam kat klinik swasta la pulak (swasta hantar dalam 1-2 jam). Yang swab di KK ni kawan aku Hajar kata nanti hospital call dalam 3 hari untuk maklumkan keputusan (ikut pengalaman dia positif tahun lepas). Kalau negatif, boleh buka gelang di hospital lepas tamat tempoh kuarantin. Tapi kalau positif, klinik/hospital akan call untuk extend tarikh kuarantin atau tukar gelang.

Tempoh kuarantin ni berbeza ikut individu jugak rupanya. Yang dah cukup 2 dos vaksin, kena tunggu 7 hari. Kalau yang dah lengkap ambik booster, cuma kuarantin 5 hari je. Macam abah dan kakak ipar aku tu dah dapat booster jadi mereka dapat 5 hari. Kami yang lain plus baby Aisyah, dapat 7 hari. 

Baby Aisyah lepas balik swab test haha

Tengok budak ni tenang je bermain ya. Respek sebenarnya kat baby Aisyah sebab masa swab test tu dia tak nangis pun. Berbanding budak yang swab test sebelum kami tu menangis teruk huhu. Aisyah cuma menjerit kejap je, pastu lepas swab dan masuk kereta nak balik, elok je dia gelak-gelak. Yang dia jerit tu pun sebab dia marah staf klinik tu tiba-tiba kejutkan dia dari tidur untuk bangun cucuk hidung 😂

Selesai operasi cucuk-cucuk hidung di KK harini, maka secara rasmi bermulalah tempoh seminggu kami berkurung di rumah. Harap-harap keputusan swab test kami semua dapat berita gembira yakni negatif.

Tak sangka aku akan akhiri tempoh internship aku dengan kuarantin ya. Boss pun speechless sebab unexpected sangat aku bagitau dia semalam ahaha. Takdan nak buat ucapan happy-happy la sempena hari last ni. Cuma mampu kata semoga dipermudahkan urusan dan semoga mama cepat sembuh je.

Tak mengapa la. Ujian Allah semua ni. Tahun baru, ujian baru. Walaupun mama takde simptom demam dan kami semua pun tampak sihat walafiat, sekali Allah kata nak jadi, jadi juga positif COVID tu kan. Kita sebagai hamba ni cuma kena sabar 💪🏻

Okey la. Itu saja kisah kali ini. Aku nak sambung buat report praktikum selagi masih hidup ni. 

Mohon doa sahabat semua agar kami semua negatif COVID, dan kalau positif pun, dijauhi daripada stage COVID yang lebih teruk. Kalau ada tips berguna untuk kami buat sepanjang kuarantin ni, silakan la share. Asal jangan suruh telan Ivermectin atau ubat pelik-pelik sudah la hehehe

Semoga anda pun sihat sejahtera selalu dan dijauhkan daripada COVID. Jaga diri selalu, ya.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Allah. Semoga cepat sembuh. Tidak sangka pula kan.

    ReplyDelete
  2. Allah, Smoga mama awk pulih dari covid. Dup dap dengar. risau

    ReplyDelete
  3. semoga di permudahkan semuanya dan kembali sihat semula

    ReplyDelete
  4. Semoga diberikan kesembuhan...harap tabah hadapi dugaan ye

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS