Cara daftar SSM percuma untuk pelajar IPT dan usahawan B40 (SPPP) | NaSa
Assalamualaikum


Apakah itu SPPP?

SPPP adalah singkatan bagi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin. Skim ni ditawarkan khusus kepada usahawan dari kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Melalui skim ni, mereka akan dapat insentif PENGECUALIAN YURAN pendaftaran SSM dan maklumat perniagaan selama 1 TAHUN.

Skim ni dulu untuk peniaga dari kalangan belia, ibu tunggal B40, dan pelajar IPT je. Tapi sebab ramai terjejas akibat COVID-19 dan PKP dulu, SSM perluaskan skim ni untuk semua usahawan kelas B40. Jadi sedikit sebanyak memudahkan la golongan B40 yang hilang pekerjaan tu buka bisnes cari rezeki kan.

Aku tahu pasal SPPP ni sebab haritu terasa nak aktifkan balik IG shop aku yang dah berhabuk tu tapi secara sah la. Tapi masa memula tengok yuran pendaftaran SSM tu, aku rasa berbelah-bahagi kejap.

Yuran pendaftaran SSM:
🔸 RM30 setahun untuk perniagaan milikan tunggal yang guna nama pemilik seperti dalam IC
🔸 RM60 setahun untuk perniagaan milikan tunggal (atau perkongsian) yang guna trade name unik

Kalau ikutkan, tak mahal pun sebab tu kos setahun kan. Tapi 2017 dulu aku pernah la daftar SSM sekali dan aku rasa takde kena bayar banyak pun. Jadi aku terfikir "Ehh... yuran SSM dah naik harga ke?" 🤔

Rupanya... masa tu aku bukan bayar murah. Sebaliknya, aku tak bayar apa-apa sebab 2017 tu aku belajar DIPLOMA SEPENUH MASA di KPM Ayer Molek. Daftar SSM tu pula untuk subjek E-Entrepreneurship yang ada tugas meniaga. So aku dapat sijil SSM tu percuma la. Lupa pulak yang sis tak kena bayar 😂

Dan alang-alang status aku sebagai pelajar UUM masih aktif sebab belum dapat transkrip rasmi kan, aku masih layak la untuk daftar SSM secara percuma bawah SPPP ni. Haaa maka jom le kita manfaatkan surat pengesahan pelajar UUM hehe. Jimat RM30 pun berharga tau untuk penganggur ni 🙈

Cara daftar SSM percuma untuk pelajar IPT dan usahawan B40 (SPPP)


1. Daftarkan akaun sebagai pengguna EzBiz Online SSM.



Pertama, kena buat akaun EzBiz Online dulu. Boleh klik link https://ezbiz.ssm.com.my untuk Sign Up

Dulu EzBiz ni leceh 2 kerja, kena daftar online pastu kena pergi ke pejabat SSM pulak untuk sahkan IC. Tapi sekarang semua buat online sebab Covid so tak perlu dah pergi pejabat SSM. Kena set appointment je untuk buat panggilan video dengan pegawai SSM melalui WhatsApp untuk sahkan identiti.

Sila download TATACARA MENDAFTAR AKAUN PENGGUNA EZBIZ ni untuk tahu prosedur penuh dan dokumen yang diperlukan untuk urusan pendaftaran.

Akaun EzBiz ni daftar sekali seumur hidup je untuk satu IC. Sebab dulu aku dah daftar di pejabat SSM, jadi nama aku dah ada dalam list dan boleh terus lompat kepada step daftarkan perniagaan.

2. Daftarkan nama dan maklumat perniagaan baru.



Lepas identiti pengguna dah disahkan, boleh la log in masuk ke homepage EzBiz. Untuk daftarkan perniagaan baru, tekan "My Business Services""New Business Registration""New Business".

3. Isikan nama dan semua maklumat perniagaan (Borang A).



"Name Type" ni ada 2 jenis, Personal Name atau Trade Name. Kalau pilih Personal Name, automatik dia akan letak nama penuh kita mengikut IC dalam ruang Business Name tu. Kalau pilih Trade Name, kita boleh taip sendiri nama unik apa-apa yang kita nak guna untuk bisnes tu. 

Aku letak nama sendiri sebab IG shop tu part-time je pun. Lagipun yuran tahunan ni pun lebih murah (RM30 setahun). Kot la kalau ada rezeki nak sambung sijil SSM ni di masa depan, tak mahal sangat nak bayar berbanding guna trade name tu kan. Jimat selagi boleh 😂

 
"Business Start Date" boleh letak tarikh bila-bila yang kita nak asalkan bukan tarikh di masa depan. Tapi tak digalakkan juga letak tarikh yang dah lepas sebab rugi dari segi tempoh sah sijil SSM tu. Nanti sijil expired lebih awal padahal kita daftar lambat.

Untuk yang layak dapat pengecualian yuran SSM setahun tu, boleh la tekan ruang "Incentive" dan pilih kumpulan masing-masing. S1O1P untuk OKU, SPPP untuk usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

 
Lepas jenis "Incentive", akan keluar "Category" sama ada pelajar atau usahawan B40. Pilih la yang patut.

Di "Registration Period", kita boleh pilih nak daftar sijil SSM selama 1/2/3/4/5 tahun. Tapi SPPP ni cuma bagi pengecualian yuran SSM untuk 1 tahun sahaja. So kalau nak daftar SSM untuk 2 tahun ke atas, tahun pertama je la kira percuma. Baki caj untuk tahun kedua dan seterusnya tu tetap kena bayar.

"Business Info" ni pun kena bayar juga RM10 setahun (caj asing daripada yuran sijil). Tapi bawah SPPP, caj Business Info ni dikecualikan jugak jadi jimat la RM40 untuk tahun pertama perniagaan kita.

"Status" bertulis DATA ENTRY tu tak perlu diusik sebab dia auto letak. Kita baru nak daftar kan jadi kita memang dalam fasa masukkan data la.

4. Isikan maklumat cawangan perniagaan dan status online seller (jika ada).


"Branch(es)" ni untuk bisnes yang ada cawangan selain alamat kedai yang utama. Nanti alamat cawangan tu pun perlu didaftarkan dan akan dicaj RM5 untuk setiap cawangan.

Paling penting, siapa yang ada online shop macam sis boleh la tanda Yes di "Online Seller"

 
"Business Address" dan "Mailing Address" ni mudah je boleh copy-copy. Tak payah taip banyak kali. Kalau meniaga dari rumah je, boleh copy alamat yang kita dah isi di profile masa daftar akaun EzBiz tu. Alamat surat menyurat boleh ambik dari Business Address juga.

4. Nyatakan jenis perniagaan dan pilih business code yang sesuai.

 
"Types of Business" boleh la letak segala mak nenek produk dan servis yang kita tawarkan. Macam IG shop yang aku guna tu asalnya jual quilling arts je (kraftangan). Tapi aku letak juga la kategori pakaian dan makanan. Mana tahu pasni ada terbuka hati dan rezeki jual benda macam tu kan.

"Business Code" ni untuk classify jenis perniagaan dengan lebih khusus. Sebab untuk setiap jenis produk yang dijual, akan ada pecahan jenis produk yang lebih banyak. Contoh kita jual makanan, tapi makanan apa? Makanan haiwan? Makanan tin? Makanan jual di gerai? Buat katering? Haa...

Untuk online sellers, kod 47912 (Jualan runcit sebarang jenis produk melalui internet) tu memang dia auto letak siap-siap. Ye la kedai online kan orang jual macam-macam. Tapi... kod tu tak kira tau sebab description dia umum. So kita WAJIB tambah at least satu lagi kod yang berkaitan produk kita.

Aku memula tak letak sebab ingat dah setel dengan kod dia letak tu. Rupanya tak boleh. Di part akhir borang tu, error takleh submit. Dah kena patah balik ke part ni dan tambah kod lain 😂

 
Nak cari business code, taip je related keyword dan pilih dari list dia tu. Tapi guwa cakap awal-awal, description kod tu agak memeningkan. Sampai aku pun keliru "Kod ni sesuai ke untuk produk aku?" 😂

4. Isikan nama pemilik perniagaan (termasuk semua rakan kongsi/partner).

"Add partner" tu relevan untuk perniagaan jenis perkongsian sahaja (guna Borang B). Boleh tambah la kalau ada tapi kena pastikan yang partner dah ada akaun EzBiz Online dan identiti + IC dia dah disahkan oleh SSM. Kalau tak, nama dia tak boleh dimasukkan dalam senarai pemilik perniagaan.

Yang milikan tunggal boleh skip ke bahagian seterusnya sebab nama kita sah-sah auto jadi owner lol 

5. Bayaran caj pendaftaran dan pengakuan pemilik perniagaan.

Total Amount: RM0.00 🤭
Dan tengok Error bawah tu. "Online seller please add additional related business code".

Oleh sebab kita nak daftar SSM secara percuma, kena la upload dokumen sokongan di bahagian "Attachment" sebagai bukti kita ni termasuk dalam golongan yang diberi pengecualian tu. 

Untuk usahawan B40, kena upload bukti pengesahan menerima BPN 2.0 atau BPR atas nama/nombor IC mereka. Kalau pelajar IPT, upload surat pengesahan pelajar daripada IPT. Untung la surat tu aku boleh download dari portal UUM je 😆

Surat pengesahan UUM tu dah ada nama penuh, nombor IC, mod pengajian (Sepenuh Masa) dan status pengajian (Aktif) jadi ianya diterima ✅


Lepas isi semua maklumat dan pastikan tiada kesalahan atau keciciran, boleh la tick kotak di bawah bil yang sepatutnya kita bayar tu untuk akui semua maklumat yang diberi adalah benar dan "Submit".

Kemudian, page EzBiz Online tu akan keluar jadi macam bawah ni. Permohonan kita akan duduk di tab "Incentive" dengan status "Pending Verification" sebab tengah tunggu SSM sahkan dokumen kita.


6. Tunggu emel pengesahan daripada EzBiz Administrator.


Tak perlu buka EzBiz hari-hari pun untuk semak status permohonan sebab setiap update akan dihantar oleh EzBiz melalui emel. Jadi kena rajin check inbox je la.
Emel pengesahan dokumen dan makluman yang permohonan akan dihantar secara automatik kepada SSM.

Untuk semak status permohonan dalam EzBiz portal, boleh pergi ke "My Business Services" > "New Business Registration" > "List New Business Registration".

Bayaran yuran SSM berjaya tanpa bayar satu sen pun haaa

Kat situ, permohonan kita di tab "Incentive" akan dikira sebagai sudah dibayar. Pastu permohonan kita akan dipindahkan ke tab "In Process" untuk tunggu SSM selesaikan pendaftaran.

Permohonan dipindahkan kepada tab "In Process".

Akhirnya, lepas permohonan diluluskan, satu lagi emel akan dihantar untuk update status "Approved". Kita akan diingatkan jugak untuk SEGERA download sijil SSM dan maklumat perniagaan dalam portal EzBiz Online sebab 2 dokumen tu cuma boleh buka selama 14 hari sahaja dari tarikh kelulusan.

Siap caps lock dan bold lagi reminder untuk 14 hari tu. Kalau tak nampak jugak, tak tahu la huhu

Apa akan jadi kalau kita tak download sijil SSM tu lepas 14 hari? 

Jawapannya, aku tak tahu. Tapi untuk keselamatan, memang aku download awal-awal lepas dapat emel tu dan terus simpan dalam cloud storage sebagai backup. Senang kalau orang tanya bukti SSM, boleh download dari situ je untuk pengesahan hehe


Sebab dah lulus, maka permohonan tu pindah pula ke bahagian "Approved/Reject". Untuk download sijil SSM dan maklumat perniagaan kita, tekan ikon pensil oren bawah "Action" dan akan keluar borang A yang kita isi sebelum ni. SKROL SAMPAI BAWAH untuk cari butang download semua dokumen.

Dicadangkan untuk download sekali dengan Borang A sebab just in case 😂

Lepas dah ada sijil perakuan SSM dan maklumat perniagaan tu, maka boleh la kita mula meniaga secara sah di sisi undang-undang. Dengan ini, selesai la proses pendaftaran SSM secara percuma untuk usahawan B40 atau pelajar IPT sepenuh masa yang berminat untuk jalankan perniagaan yeayyy~ 🥳

__________

Tak lama pun tempoh permohonan sijil SSM ni diproses, dalam 1-3 hari bekerja kot. Tapi aku ni cerdik sikit sebab apply pada malam Sabtu tau. Esok Ahad tu weekend wehh mana kerja. Dah kena tunggu hari Isnin waktu pejabat SSM buka. Mujur la sijil tu siap pada Isnin yang sama so kejap je la tunggu haha

Jadi nasihat aku, isi la borang A tu pada hari bekerja dan waktu pejabat. Cepat sikit SSM proses 😂


Ni la IG shop aku yang diguna untuk pos pasal quilling arts tu. Dulu masa buat assignment meniaga di KPM Ayer Molek pun guna akaun ni juga tapi bawah nama lain. Puncanya, pegawai SSM tu taknak terima nama Serial Quiller tu. Ye la bunyi macam Serial Killer kan. Dah kena tukar nama lain 😂

Walaupun aku bukan aktif sangat promote quilling arts tu, tapi kadang-kadang ada juga orang order jadi aku tak nak la meniaga tanpa lesen sah. Kang tak memasal kena denda RM50,000, atau penjara 2 tahun, atau kedua-duanya hanya sebab kedekut yuran SSM RM30. Serius tak berbaloi wey.

Dan Alhamdulillah pilihan untuk daftarkan SSM tu tepat sebab rezeki sis dapat daftar percuma hehe

Lagipun bila ada nombor sijil SSM, nak promote letak caption "Whatsapp to order" pun rasa yakin. Kalau dulu, aku nak letak tag "Arts & crafts shop" di profile IG tu pun tak berani 😂 Dan kalau orang tengok, dia nak order pun tak was-was sebab ada bukti kita ni bisnes berdaftar. Kurang risiko scam kan.

Kepada anda yang tengah cari cara daftar sijil SSM untuk mula meniaga tu, semoga dipermudahkan urusan. Selamat maju jaya juga untuk perniagaan anda. Insya Allah semoga dI bulan Ramadhan yang mulia nanti, kita semua dimurahkan rezeki melimpah ruah. Aminnn....

Kalau ada yang berminat nak order quilling arts untuk hiasan rumah atau nak hadiahkan kepada orang tersayang, boleh contact IG shop di atas ya. Bahagian Highlights tu dah ada senarai design yang ditawarkan dan harga bagi setiap saiz frame. Untuk contoh lain, boleh tengok di Feeds aku atau skrol hashtag #quillingarts di IG untuk lebih banyak inspirasi. InsyaAllah kita boleh customise sebaiknya 😊

Bye, sayangs 😘
__________

Target untuk topik seterusnya: 
Nak update maklumat di LHDN pula sebab haritu kan aku ada daftar LHDN atas urusan tertentu. Takut LHDN ingat aku nak lari daripada bayar cukai pulak sebab tengok IG shop dah berdaftar dengan SSM tapi tak maklumkan kat dia (padahal hakikatnya hasil buat quilling arts tu ciput je pun hahaha)

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS