Ayam goreng ala Kyochon homemade bersama sos Korea Adabi | NaSa
Assalamualaikum

Di sini produk Korea, di sana produk Korea. Mana-mana pun Korea haa ranchak berdosahhh~

Tapi Korea Selatan yang beribunegarakan Seoul la. Bukan Korea Utara yang Pyongyang tu huhu

Sejak fenomena muzik K-pop dan lakonan K-drama/movie semakin viral dan dikenali ramai, boleh dikatakan satu dunia kot dah terpengaruh dengan budaya Korea. Dari segi makanan, minuman, fesyen, mekap, produk kelengkapan rumah, etc, ramai pengguna tingkatkan demand untuk produk berasaskan Korea. Sebab tu makin banyak jenama mula ambil elemen Korea tu dan terapkan dalam produk mereka.

Dulu, produk Korea yang aku rasa paling terkenal di Malaysia ni mostly K-beauty je. Ye la cemburu kan tengok pelakon dan penyanyi Korea ramai muka licin halus dan tampak natural tanpa mekap tebal. Tapi kebelakangan ni, makanan Korea pun dah bertambah popular. Kalau dulu orang kenal kimchi je, sekarang dah ramai tahu apa itu tteokbokki, dakgalbi, bulgogi, etc.

Antara makanan Korea yang viral di Malaysia ni, AYAM GORENG KOREA. Memang terjebak la kan sebab asal tengok K-drama je, mesti ada scene pelakon lepak kedai ayam goreng Korea. Tengok variety atau reality show mereka, pun ada segmen makan ayam goreng Korea. Tu yang bercambah francais ayam goreng Korea macam Kyochon dan 4Fingers di sini. Sampai kedai lokal pun dah start jual ayam Korea.

Cuma harga ayam goreng Korea ni agak mahal kalau beli di kedai. Lagi-lagi kedai yang pure Korea macam Kyochon tu. Aku masa lepak di Midvalley dan Aman Central haritu ada juga teringin nak try, tapi tengok harga ayam beberapa ketul kecik hampir cecah RM20, sadaqallah terus niat aku 😂

Mujur la ada Adabi.

Sebab tahukah anda? Adabi sekarang dah ada keluarkan produk sos Korea tau!


Maju Adabi sekarang ya. Bermula daripada makanan tempatan seperti tepung cucur, kini dah bertaraf antarabangsa pula sebab dah cecah Korea Selatan sekali haha

No more lagu "kami dah pulang emak buat cucur, mudah saja tambah air." Anak jaman now boleh nyanyi "kami dah pulang emak buat ayam goreng Korea saranghae~" lol meraban

Arahan penyediaan ayam

Di belakang peket sos Korea Adabi ni, ada sekali cara-cara untuk kita perap ayam goreng tu sebelum disalut dengan sos tersebut. Tapi aku tak ada ayam fresh dan bahan nak perap. In fact, kalau ada pun ayam tu, aku malas juga nak perap sebab masa aku masak tu sebenarnya dah pukul 11 malam (jenis makan dinner lambat). Takde masa nak tunggu aih. Orang dah mengantuk dan lapar kot.


Jadi sis ambil shortcut dan guna drumet ayam jenama Ayamas. Lebih mudah sebab ayam dah dipotong kecil dan dah bersalut tepung. Tinggal goreng je ayam tu pastu terus salutkan dengan sos. Jimat la masa perapan kan. Tapi drumet ayam tu pun dah pedas, makan pula dengan sos Korea pedas pehh 🔥


Setiap peket sos Korea Adabi tu katanya cukup untuk 500 gram ayam. Tapi aku cuma ada 2 ketul je drumet ayam tu sebab nak habiskan stok Ayamas dalam freezer. Jadi naturally kuantiti sos Korea yang aku guna tu pun sikit je la, dalam 2 sudu besar gitu. Nampak sikit kan dalam mangkuk tapi jumlah tu pun dah memadai untuk salut 2 ketul drumet tu secukupnya.


Hasilnya, nampak la juga macam ayam goreng Korea yang biasa dijual di kedai tu kan. Kalau nak nampak lebih autentik macam makanan Korea sebenar, boleh taburkan biji bijan panggang ke atas ayam tu. Tapi aku tak suka biji bijan sebab selalu lekat di gigi jadi aku tak letak pun. Atas citarasa masing-masing la.

Testimoni rasa sos Korea Adabi (bagi aku):


Rupa
- Sekali pandang, sos Korea keluaran Adabi ni nampak macam sos cili biasa je.

Bau - Sekali hidu, sos Korea Adabi ni buat aku teringat sos mi segera Samyang yang pedas berapi tu. Cuma baunya tak sekuat dan warna pun tak sepekat Samyang. Tapi kalau letak dekat di hidung baru terbau sos ni. Dari jauh, bagi aku tak ada terhidu apa-apa pun.

Rasa - Sos Korea Adabi ni ada manis sikit di hujung-hujung lidah. Pedasnya agak tolerable bagi aku, mungkin tahap 3/5. Lepas makan, ada rasa hangat di sekitar bibir, hujung lidah dan lelangit. Tapi tak la sampai menggelupur cari air. Lagipun ayam aku kecik dan sos pun agak banyak sebab tu lebih pedas.

Aku boleh survive seketul ayam tu tanpa minum air. Tapi hangat sos tu sampai berpeluh juga la kepala. Tetiba rasa kepala aku basah sikit. Pastu lepas makan, peluh tu buat kepala aku rasa sejuk 😂

Tu pun mujur aku tak tamak nak salutkan lebih banyak sos kat ayam tu. Sebab mula-mula memang aku rasa lagi merah, lagi cantik ayam tu haha. Tak sedar diri yang sos tu pedas.
 Kalau tidak, mahu berasap agaknya kepala aku. Mungkin sebab tu sepeket sos Korea Adabi tu dah cukup untuk 500 gram ayam. Lebih banyak ayam, lebih nipis salutan sos tu jadi rasa pedas pun berkurang dan lebih mudah dimakan. 

Kalau anda jenis tak tahan pedas, boleh je adjust kuantiti sos tu. Atau boleh juga cairkan cheese tuang atas ayam tu kan. Selain counter rasa pedas, boleh juga feeling macam makan ayam goreng Korea di Kyochon atau di kedai profesional lain yang mahal-mahal haha. Mudah kan ada sos Korea Adabi ni. Bila-bila teringin je, boleh masak ayam goreng Korea sendiri di rumah.

Oleh sebab aku guna dalam anggaran 2 sudu besar je sos daripada sepeket tu, masih ada banyak lagi baki sos tu aku simpan dalam peti sejuk. Lepas ni boleh la try untuk masakan lain pula sebab Adabi pun kata sos Korea mereka boleh guna untuk seafood dan mi segera kan. Boleh juga la aku ajak orang lain try sekali. Jom pakat test level kebal lidah masing-masing haha

Anda yang teringin nak cuba ayam goreng Korea tapi nak jimatkan duit daripada beli di kedai tu, boleh la cuba beli sos Korea Adabi ni sekali. Satu peket boleh guna untuk kuantiti ayam yang banyak jadi jimat juga la kan kalau masak sendiri di rumah. Boleh la buat lepas gian nak makan makanan Korea.

Aku pun baru tahu Adabi ada sos Korea sebab tetiba je sos ni ada di dapur. Amirah kata mama yang beli, sebab masa pergi kedai pemborong untuk topap stok perencah Adabi yang dah habis, mama tengok warna sos Korea Adabi ni "cantik". So mama beli la sepapan walaupun dia tak tahu pun sos Korea tu untuk apa. Mama memang beli stok perencah Adabi untuk hias dapur je tau. Bukan dia makan pun 😂

Mama kata dia seronok kalau tengok dinding dapur tu cantik je dipenuhi dengan papan perencah macam ni hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS