Assalamualaikum
Soalan yang misteri dan menakutkan.
Tapi kalau tengok pada varian COVID-19 yang berubah-ubah dan mudah berjangkit, tak mustahil pun kan kalau ada orang tu yang memang positif tapi dia tak sedar. Pastu tahu-tahu simptom dah sembuh sendiri dan dia elok je sambung kehidupan seperti biasa kan.
Untuk kes aku, kenapa aku rasa macam aku mungkin sebenarnya positif COVID tanpa sedar?
Alkisahnya, masa 1 Mac 2022 haritu aku ada keluar dengan parents, kaklong, dan anak-anak buah ke bandar Kota Bharu untuk selesaikan beberapa urusan. Aku sendiri ada hal yang nak kena selesaikan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kaklong pula nak bawa anak-anak cari barang sekolah dan beli barang dapur. Jadi keluar sekali harung la kan sama-sama.
Lepas balik dari LHDN, kami singgah la ke Lotus's Kota Bharu tu sekejap. Ada la menyempat masuk kedai Mr. DIY sekali. Pastu dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah ke kedai makan ni tapau nasi sebab dah malas nak masak sendiri di rumah. Kemudian, terus balik.
In total, tempat yang aku singgah tu ada 4. LHDN, Mr. DIY, Lotus's, dengan kedai makan tu. Rasa macam takde apa-apa la kan. Sampai la petang pukul 7 tu, ada notifikasi masuk dari app MySejahtera. Katanya aku dah dikenalpasti sebagai KONTAK KASUAL.
Tibah je kena |
Maksudnya salah satu tempat yang aku pergi tu tadi ada orang disahkan positif COVID-19 la kan? Tapi tu la dia tak cakap pula lokasi sebenar pesakit tu dikesan. Bab tak boleh bagitahu identiti pesakit tu aku faham la confidential. Tapi aku rasa elok bagitahu tempat yang kami dikesan duduk berdekatan tu 🤷🏻♀️
Malas nak overthinking macam-macam, aku husnudzon je la "takde apa-apa kot" sebab kontak kasual je kan. Lagipun sepanjang aku di tempat-tempat tu semua, aku pakai mask setiap masa. Duduk pun jarak jauh juga. Insya Allah takde apa-apa kot.
Fast forward 5 hari kemudian, masa 7 Mac 2022, aku tiba-tiba bangun pagi tu dengan rasa badan yang rasa seram sejuk dan berat semacam. Ada ura-ura nak demam gitu. Tapi feeling dia lebih kepada selsema sahaja sebab nafas aku rasa panas dan hidung rasa tak selesa. Aku fikir positif mungkin sebab musim hujan kot sebab awal bulan Mac tu asyik hujan ribut tak berhenti hari-hari.
Tapi pada masa yang sama, sis was-was juga adakah ini demam biasa? Atau mungkin ni petanda COVID? Sebab waktu tu ngam-ngam dengan tempoh inkubasi virus COVID lepas jangkitan iaitu 5 hari 🙃
Dan daripada cuma seram sejuk, malam tu aku demam teruk. Aku tidur awal pukul 9 dengan harapan bangun esok je tapi terjaga balik pukul 1 pagi sebab badan panas sangat, tak selesa nak tidur walaupun dah makan ubat. Tapi nak bangun, tak larat. Last-last call Amirah di bilik sebelah minta ambilkan air minum sejuk dan air dalam bekas kecik untuk jerlum kepala. Mujur anak buah belum tidur.
Semalaman tu aku tidur macam tak tidur. Rasa macam khayal je sebab mata pejam, nampak mimpi sama repeat pasal orang bergaduh apa entah. Pada masa sama, tangan aku bergerak sendiri ceduk air dalam bekas tu untuk lap di kepala dan badan. Repeat sepanjang malam pastu tahu-tahu dah pagi.
Mujur hasil duk jerlum kepala semalaman tu, bangun esoknya tu demam dah rasa kebah sikit. Tapi badan memang tak larat betul. Nak makan pun takde selera. Seharian tu aku tidur je. Cuma penyakit aku sepanjang beberapa hari lepas tu beza-beza betul.
Hari pertama (7 Mac)
Demam teruk sepanjang malam tu kan. Badan rasa berat semacam.
Hari kedua (8 Mac)
Demam dah kebah tapi batuk serupa gila. Berkokol-kokol. Macam nak tercabut peparu. Suara hilang.
Hari ketiga (9 Mac)
Demam dan batuk kurang. Tapi bersin pula ya Tuhan rasa macam nak tertanggal hidung. Duduk macam-macam posisi pun hidung tersumbat. 2 malam berturut-turut tu hujan lebat pula. Makin tak sihat.
Hari keempat (10 Mac)
Demam dan bersin kurang. Batuk pula buat comeback sebab tekak rasa gatal gila. Macam ada benda dalam tu duk bergerak geletek kerongkong sampai aku batuk tahap keluar air mata. Tapi takde masalah susah nak bernafas ke apa. Gatal tekak je.
Hari kelima (11 Mac)
Demam di tahap suam biasa je. Bersin dah kurang kecuali hidung masih tersumbat kadang-kadang. Batuk pun kadang-kadang sebab gatal tekak dah kurang, tapi tekak merah rengsa teruk juga la.
Hari keenam sampai kelapan (12-14 Mac)
Demam dan selsema dah sembuh. Tapi batuk dan sakit tekak tu maintain. In fact, sakit tekak tu bukan biasa-biasa macam masa demam batuk sebelum ni. Ia sakit tahap nak telan air liur pun perit sampai terasa sakit dalam telinga. Mengenyit mata aku sebab seolah-olah ada benda tekan gegendang telinga.
Anda fikir ini dah habis?
TIDAK ya.
Sampai sekarang pun (hari ni 20 Mac), simptom batuk tu masih ada. Walaupun tak seteruk masa demam tu, tapi pelik la sebab dah dekat 2 minggu pun masih batuk. Dah la demam tu je pun dah dekat seminggu. Biasa aku demam 2-3 hari je dah okey.
Lebih pelik, aku sekarang macam ada simptom lelah sejak demam tu sembuh. Sekarang setiap pagi masa bangun dari tidur, dada aku jadi rasa semput. Tergapai juga la nak bernafas. Jadi short breath gitu dan asyik terbatuk-batuk.
Sebelum ni kalau tidur tak pakai selimut pun elok je tak rasa apa-apa. Tapi sekarang, lepas bangun tidur tu, kena berkelubung dalam comforter pastikan tubuh hangat dulu. Botol air pun kena standby atas meja untuk minum awal-awal legakan tekak. Baru la tak terbatuk teruk dan dada pun rasa lancar sikit nak tarik nafas macam biasa 🙃
Kawan ada suggest suruh buat self-test untuk check COVID tu tapi aku tak terbuat sebab sepanjang demam tu aku nak berinteraksi dengan orang lain suruh beli RTK tu pun tak larat. Tapi walaupun tak test, aku boleh dikira buat self-isolation kot. Dalam sehari, jumlah masa aku keluar ke dapur dan tandas tu mungkin dalam sejam je. Waktu selebihnya, aku tidur dalam bilik. Keluar pun mostly masa orang takde.
Tapi tu la sepanjang demam tu, deria hidu dan rasa aku tak berubah pun. Hidung tersumbat dan lidah rasa pahit masa makan tu biasa la sebab demam selsema kan. Tapi kalau nak kata hilang deria hidu dan rasa macam pesakit yang sah positif COVID tu, tidak la. Aku masih boleh hidu bau minyak angin aku sapu di hidung untuk hilangkan loya. Masa makan pun boleh je rasa perisa makanan tu.
Ke memang ada orang lain yang positif COVID tapi tetap tak terjejas deria rasa dan bau?
Keputusan RTK: Negatif? |
Masa 14 Mac tu, kaklong ada bagi satu kit ujian kendiri (RTK) COVID-19 yang test guna sampel air liur tu untuk aku try. Rasa macam agak lambat sebab dah baik demam baru nak test tapi aku try juga la. Keputusan masa tu negatif tapi tak tahu la sama ada memang negatif dari awal, atau negatif sebab virus dah takde lepas seminggu demam tu. Susah nak cakap.
Pendek kata, kejadian demam kali ni adalah satu misteri la.
Tak tahu la sama ada aku memang positif COVID tapi simptom tak berat dan tak menjangkiti ahli keluarga lain sebab kami semua fully vaccinated, atau tu cuma demam biasa sebab perubahan cuaca yang tak diduga sebab musim hujan sampai banjir di bulan Mac????
Rumit ye nak tentukan penyakit jaman now ni. Dulu kalau demam sikit, kita boleh lek-lek je makan panadol sebab hampir confirm tu demam biasa je. Tapi kini, suhu badan rasa tinggi sikit je dah boleh bertukar jadi 1001 pertanyaan sama ada kita ni dijangkiti virus membawa maut atau demam biasa je? 😓
Walaupun masih ada macam-macam persoalan di minda, tapi kami bersyukur sebab masih dipanjangkan umur daripada penyakit yang lebih berat. Alhamdulillah aku masih boleh buat aktiviti macam biasa walaupun simptom lepas demam haritu belum hilang sepenuhnya.
Yang pasti, ni dah jadi pengajaran untuk aku la. Lepas ni dah boleh beli kit ujian sendiri banyak-banyak buat stok. Aku dah la jenis mudah sakit. Kot la kalau demam lagi pasni, boleh buat test terus dan ambil langkah pencegahan seterusnya daripada duduk di rumah je. Pastu sendiri keliru positif ke tidak huhu
Walaupun masih ada macam-macam persoalan di minda, tapi kami bersyukur sebab masih dipanjangkan umur daripada penyakit yang lebih berat. Alhamdulillah aku masih boleh buat aktiviti macam biasa walaupun simptom lepas demam haritu belum hilang sepenuhnya.
Yang pasti, ni dah jadi pengajaran untuk aku la. Lepas ni dah boleh beli kit ujian sendiri banyak-banyak buat stok. Aku dah la jenis mudah sakit. Kot la kalau demam lagi pasni, boleh buat test terus dan ambil langkah pencegahan seterusnya daripada duduk di rumah je. Pastu sendiri keliru positif ke tidak huhu
Anyway, selain talian Maxis yang bermasalah, demam seminggu ni pun punca aku cuti menulis yang lama haritu. Dah la line internet macam cilake, pastu demam lagi, mana nak ada mood menulis kan hahaha. Tu yang aku pun cuti seminggu daripada kacau customer service Maxis sebab duk tidur je emmm
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤