Selamat memulakan sesi persekolahan 2022/2023 | NaSa

Assalamualaikum


Harini rumah agak sunyi sikit berbanding biasa. Selalu pagi-pagi sebelum abang ipar pergi ke tempat kerja, dia singgah di rumah ni dulu tinggalkan Amir Faris yang tengah enjoy cuti sekolah. Tapi harini 21 Mac 2022, sesi persekolahan baru dah bermula. Secara rasminya, Amir kini dah masuk kelas Darjah 6.

Kemain lama nak tunggu masuk darjah baru ni kan. Gara-gara corona la, terlajak sampai ke bulan 3 jadinya. Aku cakap kat kaklong, start sekolah lambat ni feeling-feeling macam sekolah Korea atau Jepun pula. Sebab mereka masuk sekolah bulan April gitu.

Oleh sebab kelas dah mula secara bersemuka balik ni, aku rasa ramai ibu bapa dan penjaga yang rasa lega sikit walaupun ada bimbang juga pasal Covid tu kan. Aku pun tumpang lega sekali sebab apa tau? 

Kesabaran nak melayan budak sekolah yang belajar atas talian ni tak tinggi oii. 

Yang tak belajar cara jadi cikgu ni memang tak kuat nak layan perangai dan soalan daripada budak-budak ni. Memang respek kat cikgu-cikgu sekolah tak kira la rendah atau menengah sebab tabah hadap kelas yang dipenuhi puluhan murid tu. Dah la lain jantina, lain kecenderungan perangai.

Sepanjang sesi persekolahan atas talian dulu, kalau Amirah tanya pasal kerja sekolah, boleh layan lagi. Rasa macam budak perempuan ni kebanyakan mudah nak terangkan kasi faham. Tapi kalau tengokkan Amir Faris buat kerja sekolah kan, darah tinggi kejap. Kita terangkan kat dia, dia tanya kita balik, pastu dia marah cakap kita ajar lain daripada cikgu dia ajar. Padahal benda sama je 💆🏻‍♀️

Pening wey melayan. Sedangkan umi dia yang memang cikgu pun rasa botak kepala nak explain, aku yang bukan cikgu dan takde bakat jadi cikgu ni apatah lagi? Belum campur ragam budak 2 ketul ni sebab bijaksana level lain macam hahahaha

Kenangan paling tak boleh lupa masa layan sesi persekolahan atas talian ni kan, masa Amir Faris ada tugasan bina ayat untuk subjek Bahasa Melayu. 

Biasa untuk tugas subjek ni, tak rumit pun. Amirah dan Amir Faris jenis suka membaca. Imaginasi masing-masing pun tinggi. Jadi kosa kata dua beradik ni agak luas la. Selalu kalau dengar mereka duk berlakon masa main pondok-pondok tu, kita pun jadi terhibur dengan plot yang mereka cipta. Dah la bercakap Melayu KL sebab pengaruh Upin Ipin. Bergegar botol budu woi, bak kata orang Kelantan hehe

Maka bab bina ayat dan jalan cerita dalam subjek Bahasa Melayu ni pandai la mereka susun. Cuma kadang-kadang tu, imaginasi terlampau pulak sampai ekstra benar situasi ayat yang dibuat tu.

Cuba baca ayat yang dibina Amir Faris tahun lepas ni.

SILA FOKUS KEPADA AYAT NOMBOR 2....



Dalam banyak-banyak tugas yang wartawan boleh buat, macam "Abe Azih jatuh bok" ke, tengah temuramah orang ke, dia boleh buat "wartawan mati masa baca berita". Dah la baca berita tu selalunya siaran langsung. Maksudnya kematian tu disaksikan oleh penonton TV la.

Seram makcik baca, anak buah oooiiiii 😭😭🤣

Kalau imaginasi budak-budak terlebih bijak ni pun susah juga ya hahhahahahaha

Apa-apa pun, selamat maju jaya la kepada semua pelajar sekolah yang dah mula menghadiri kelas tu. Semoga sesi persekolahan kalini berjalan lancar tanpa ada perubahan macam tahun sebelumnya la. Kesian kat budak-budak tak dapat nikmati alam belajar yang seronok. Terganggu childhood sobs

Tapi kan, apabila dikenang Amir Faris ni sekarang dah masuk Darjah 6, terasa tua sangat pula diri ini. Rasa macam baru semalam duk melayan buatkan susu untuk budak ni. Sekarang dah reti main PUBG dalam phone pula. Cepatnya masa berlalu 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS