Shopping dalam gelap di Eco-Shop Pasir Pekan | NaSa
Assalamualaikum

Gelap kenapa tuuu?

Cerita sebuah pengalaman la nak katakan 🤭

Khamis lepas aku kena temankan mama pergi klinik mata di HRPZ sekejap sebab katanya mata yang baru lepas operate Januari haritu jadi rasa tegang dan sakit. Temujanji seterusnya patut bulan Mei ni. Tapi lama nak tunggu kan jadi call klinik, nurse suruh datang je Khamis lepas. So kami pergi la.

Untung hari Khamis bukan hari temujanji banyak di klinik mata tu jadi sekejap je la kami bertapa di situ. Pukul 10.30 pagi dah siap dan boleh balik. Tapi on the way tu aku cakap la nak singgah kedai Eco-Shop RM2 tu kejap. Nak topap barang kraf sebab ada customer order tapi stok aku tak cukup.

Bukan kedai RM2 dah sekarang. Jadi kedai RM2.20 huhu

Tapi tu la... tengah pusing-pusing usha barang yang perlu dibeli, tiba-tiba je PAP!!

Lampu utama dalam Eco-Shop tu padam! 😂



Tapi ajaibnya semua orang tenang ya. Terkejut sikit sebab tetiba gelap je. Pastu semua sambung usha barang semula. Gigih pasang flashlight di smartphone. Staf yang tengah susun barang pun sambung susun macam takde apa je. Sebabnya lampu emergency menyala jadi tak la gelap sepenuhnya lol


Tapi walaupun ada lampu emergency di setiap laluan rak kedai Eco-Shop ni, tapi dia terang di beberapa tempat je la. Mostly kawasan tengah kedai. Rak hujung-hujung tepi dinding tu gelap weh.

Aku tengok tu auto feeling macam dalam movie seram kejap. Babak yang lampu koridor rosak dan ada sikit je lampu berkelip-kelip. Pastu di hujung koridor yang gelap tu, tetiba muncul lembaga hitam ke.....

Haaa gitu overthinking 😂


Mujur kaunter beroperasi lagi walaupun tengah takde elektrik tu. Agaknya disambung kepada generator ke apa yang bagi tenaga backup. Tapi masalahnya kejap je la elektrik sampingan tu ada. Pastu satu demi satu komputer cashier tu terpadam sebab power letrik dah nak habis 😅

Lepas makcik depan aku ni siap bayar kan, komputer di kaunter kiri kanan semua dah padam dah. Komputer ni je yang masih berfungsi. Kalut cashier tu tanya aku, "Banyak ke akak beli barang? Cepat letak atas kak, nak scan." Ye la takut komputer tu padam masa tengah scan kod barang, naya weyy.


Nasib baik la sis beli sikit je sebab stok kat kedai tu pun tak banyak. Jadi selamat la daripada ambil penuh bakul kan. Dan berjaya la scan semua dan bayar cepat-cepat sebelum komputer tu pun arwah.

Customer lain yang duk rilek pilih barang dalam gelap sambil suluh flashlight tu aku tak tahu la nasib cemana. Entah sempat bayar atau tidak huhu. Sebab elektrik tu pun belum tahu juga bila nak pulih.

Puncanya, ada kerja-kerja boring saluran air di kawasan pekan tu. Untuk mudahkan kerja penggalian tanah dan pasang batang paip tu, elektrik untuk kawasan pekan tu dan kampung-kampung terdekat ditutup sementara waktu.

Untuk orang-orang kawasan tu memang la dah dapat notis penutupan elektrik tu kan. Tu yang rilek je memasing. Tapi aku tak tahu pula yang kawasan kedai Eco-Shop tu pun terjejas sekali. Kalau tahu awal-awal, baik aku datang lain kali. Ni tak tenang nak pilih barang dalam gelap 😂


On the way balik, singgah ambik baby Aisyah dari taska sekali sebab kawasan perumahan tempat taska tu pun takde letrik. Kesian budak-budak berkumpul depan pintu gril rumah untuk rasa angin sebab kipas tak hidup. Jenis rumah di situ pula agak kecil dan tingkap tak banyak. Memang panas la dalam tu.

Sekarang rasanya dah siap kot kerja boring air di kawasan tu sebab nampak team gali tanah tu duk berkumpul tempat lain pula. Tapi aku rasa mujur juga la aku pergi cari barang tu masa hari Khamis. Budak-budak kan sekolah jadi tak ramai la budak yang ada di kedai Eco-Shop tu.

Kalau la ramai budak masa tu, mahu berjemaah pula menangis sebab takutkan gelap. Tak mustahil pening kepala satu kedai dalam gelap-gelap tu kan 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS