Assalamualaikum
Suatu soalan yang menjadi tanda tanya.
Bukan kalau dah tamat belajar, kita dah tak perlu duit pinjaman ke?
Kenapa PTPTN masukkan lagi duit dalam akaun kita?
Bawa bertenang, ya, kawan-kawan.
Mungkin ada yang kena macam ni. Dah tamat belajar awal dari IPT, tapi masih dapat duit daripada PTPTN. Was-was kejap nak ambik sebab nanti hutang jadi banyak. Kita ni kalau boleh nak bayar sikit kan.
Aku pun haritu sebenarnya dah tamatkan latihan praktikal, yakni semester terakhir aku di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tapi alkisahnya... malam 23 Mac tu aku masih dapat emel daripada PTPTN bahawa pada 24 Mac 2022 ni, duit pinjaman akan dikreditkan ke dalam akaun aku. Pelik bin ajaib?
Keliru kejap sis. Maka aku pos screenshot tu ke Whatsapp story dan ada la reply daripada member UUM yang habis praktikal dengan aku sem lepas. Mereka pun dapat emel sama. Pastu Hajar yang dah tamat belajar pula reply dan cakap, memang ada yang masih dapat duit PTPTN walaupun dah habis belajar.
KENAPA?
Ada beberapa sebab iaitu:
🔸 Aku masih belum dapat transkrip rasmi dari UUM sebagai tanda dah tamat pengajian
🔸 Status pelajar aku dalam portal UUM masih "Aktif"
🔸 Nama aku dikira termasuk dalam senarai pelajar semester 8 di UUM
Tu key points bentuk ayat pendek la.
Ayat panjang:
UUM belum bagi transkrip rasmi yang dah disahkan oleh Senat kepada kami. So kami dikira masih belajar dalam semester seterusnya. Bila PTPTN terima status aktif daripada UUM, kami dikira masih layak terima duit pinjaman. Sebab tu la duit dimasukkan ke dalam akaun 🙂
Ye la PTPTN mana tahu orang tu dah tamat semester terakhir ke belum. Dia proses duit ikut senarai yang UUM bagi je. Jadi kalau korang pun dah tamat semester terakhir tapi masih dapat duit PTPTN masa sem seterusnya, tu punca daripada IPT korang la. Bukan salah PTPTN hahaha
Jadual PTPTN akan bayar pinjaman ke dalam akaun peminjam. |
Macam kes aku ni, keputusan praktikal dah keluar awal haritu (28 Februari untuk yang praktikal 4 bulan). Kalau UUM tamatkan status pengajian aku sebelum hantar data kepada PTPTN masa 14 Mac ikut jadual atas ni, boleh juga aku dikecualikan daripada dapat duit kan. Tapi tu la. UUM TAK BUAT!
Hajar kata kena tunggu dapat transkrip rasmi yang dah disahkan oleh Senat dulu, baru status aktif kami tu ditamatkan. Paling cepat, mungkin dapat transkrip tu dalam 1 bulan. Kalau tak, tunggu la dalam 2 bulan pasni. Pulak dah. Tak memasal hutang aku bertambah RM3,090 😂
Masuk awal sehari pula daripada tarikh dalam emel yang PTPTN hantar. Nak happy sebab dapat duit atau nak nangis sebab hutang bertambah? 😂 |
Sayang jugak la. Kami yang geng diploma ni gigih tau transfer kredit lepas masuk UUM haritu. Sebabnya dah berazam nak tamat belajar degree ni awal-awal dan kurangkan pinjaman. Tapi sebab UUM lambat tamatkan status tu, nampaknya jumlah hutang dalam kontrak PTPTN tu maintain la 🙃
Tapi aku tak terkejut sangat sebab benda ni memang aku dah expect mungkin terjadi. Dari haritu lepas check keputusan praktikal, aku dah perasan yang status aku dalam portal UUM tu masih ditulis "Aktif". Jadi aku syak la "entah-entah UUM akan hantar status tu kepada PTPTN?" Betul rupanya lol
Dan dalam entri pasal pengalaman aku buat permohonan PTPTN haritu pun, aku ada tulis kan pasal perbualan aku dengan pegawai kewangan UUM dulu. Topiknya, apa akan jadi kat pinjaman PTPTN kalau kita tamat degree awal lepas transfer kredit dari diploma?
Jawapan pegawai tu kan:
❌ Kalau PTPTN dapat pengesahan tamat belajar awal-awal dari IPT, duit pinjaman tak akan dikreditkan pada semester berikutnya.
✅ Tapi kalau PTPTN tak dapat pengesahan tamat belajar (atau pelajar dikira masih aktif), duit pinjaman akan masuk seperti biasa.
And guess what? Memang UUM belum bagi pengesahan aku dah tamat belajar. So dapat la duit 😅
Jadi persoalannya......
Kalau kita dah tamat belajar awal tapi belum dapat surat tamat, boleh ke mohon supaya duit PTPTN sem depan tak dikreditkan masuk ke dalam akaun kita?
Aku rasa la, boleh je maklumkan kat PTPTN yang kita tak nak duit pinjaman untuk sem depan sebab dah tamat belajar. Cuma dapat atau tidak, mungkin bergantung kepada bila kita maklumkan kat PTPTN tu.
Jadi bila kita kena bagitahu PTPTN yang kita dah tamat belajar awal dan tak perlu duit pinjaman?
Sebab masa tangguh semester haritu, PTPTN dan pegawai UUM pun kata seeloknya tangguh sebelum UUM hantar status pengajian aku kepada PTPTN. Kalau UUM update awal-awal status aku tangguh, PTPTN takkan masukkan duit dan yuran pengajian pun takkan dipotong. Sayangnya sis terlambat 🙂
Jadi situasi ni boleh pakai konsep yang sama la kot.
Walaupun IPT belum tamatkan status pelajar kita, tapi kalau kita bagitahu PTPTN awal-awal yang kita dah tamat belajar dan tengah tunggu konvo, mungkin boleh minta dia keluarkan nama kita daripada senarai pelajar yang dapat duit. Jadi kurang la jumlah duit pinjaman yang kita dapat daripada PTPTN.
Macam mana nak semak tarikh duit pinjaman PTPTN dimasukkan bagi setiap kelompok dan semester?
Boleh check page ni untuk langkah-langkahnya, atau terus ke laman semakan PTPTN ni.
Kalau korang pelajar tahun akhir dan takut kalau terjadi masalah yang sama, cuba la tanya pegawai PTPTN tu. Mana tahu boleh sekat awal-awal sebelum duit pinjaman tu dimasukkan dalam akaun walaupun korang dah habis belajar. Tapi kalau tak dapat pun, at least you tried? 🤧
So nanti kalau duit tu masuk jugak, boleh terus asingkan duit tu untuk elakkan daripada diguna. Nanti lepas dah tamat status pelajar, boleh guna untuk bayar balik kat PTPTN. Takde la kacau duit sendiri kan. Rekod bayaran pun boleh jadi cantik.
As for me, aku memang perlukan duit sekarang so sis anggap je duit PTPTN ni as "duit raya advance". Boleh juga tolong mama beli stok sayur dan lauk-pauk untuk bulan puasa yang akan start minggu depan (2 April). Lagipun ni kali terakhir sis nak merasa ada sugar daddy PT. Pasni takde orang bagi duit dah 😂
Dan harap-harap lepas graduate dari UUM pasni, aku layak mohon pengecualian bayaran balik PTPTN tu. Sebab semua syarat tu aku dah penuhi dan CGPA untuk semester terakhir pun maintain kelas pertama. Kalau berjaya, Alhamdulillah boleh jimat duit tak perlu bayar PTPTN bulan-bulan dan takde risiko nama blacklist.
Doakan saya ya. Aminnn... 😌
Bye dan Assalamualaikum.
Thankyou so much entri ni. I pun benda yang sama jadi skrg ni..so i anggap jelah duit birthday advance.hahahaha
ReplyDeleteHappy birthday in advance 🎉 Takpe simpan je duit tu kalau nak jimat. Nak guna pun takde hal sebab kira duit kita jugak haha
Deletesis, nak tanya. ptptn masukkan duit tak waktu semester yang kita tengah intern?
ReplyDeleteKalau intern dalam semester yg dikira dalam kontrak ptptn, contoh kontrak ptptn 8 semester, kita intern masa sem 7, dapat je duit
DeleteSis nak tanya .. saya dah berhenti dari Sem 1 .. dah maklum dah pun dekat kolej tapi duit PTPTN saya dah masuk 4 sem dah .. dalam RM10,400 .. macam mana ye ? saya memang dah tak belajar .. kita boleh ambik balik ke duit kat kolej tu ?
ReplyDeleteKalau dah berhenti sepatutnya dah tak dapat duit sbb pinjaman cuma utk pelajar aktif sahaja. Kalau awak ambik walaupun tak belajar, nanti free je tambah hutang pulak 😅 better tanya balik kolej & PTPTN sbb 10k banyak tu
DeleteSo sis. Kalau kes macam ni, kita kena pulangkan balik ke duit tu dekat ptptn atau boleh je guna?
ReplyDeleteBoleh je guna sbb masih dlm jumlah pinjaman yg ditetapkan dlm kontrak. Tapi kalau pointer CGPA bukan dalam kategori kelas pertama yg layak mohon pengecualian bayaran balik pinjaman, elok simpan duit tu so lepas grad nanti boleh bayar balik kat PTPTN. Jimat sikit kat situ sbb guna duit PTPTN sendiri, bukan duit kita & takde la risau dapat surat tuntutan kena bayar balik tu 🙈
Delete