Assalamualaikum
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Akhirnya keputusan semester praktikum dah pun keluar secara rasmi. Sis berjaya mencapai gred target yang dikehendaki yakni A. Boleh la merasa dapat GPA 4.0 rata yang pertama dan terakhir di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebelum ni setiap semester asyik ada je 1 subjek yang sangkut tak dapat A 🤣
Tapi sayang sikit je GPA untuk praktikum tak membantu naikkan CGPA sebelum ni huhu |
Aku tunggu semalam emel HEA masuk inbox Outlook sebab aku kan praktikum masa sem 7. Tapi harini baru dapat emel ni sebab dia kira aku masih semester 6 sebelum aku start praktikum?? Aneh
Tapi keputusan praktikum ni dah lama keluar sebenarnya di portal pelajar UUM. Sejak 28 Februari lagi. Aku je tak tahu sebab jarang buka portal. Lepas Sara cakap dah ada di bahagian result, baru melopong "Ooo..." Cuma keputusan praktikum tu macam tak heboh sangat sebab tu aku tak tahu dah boleh check.
Patut la aku rasa macam tak logik la lama betul UUM proses gred praktikum ni. Habis praktikum bulan Januari, bulan Mac dekat semester depan baru dapat result? Padahal Jesric, member tempat intern aku dari Universiti Malaya tu tamat praktikum 2 minggu lepas aku tapi dia dulu dapat result bulan lepas 😂
Tapi tu la walaupun aku dah tahu gred tu, aku tetap excited tunggu tarikh harini juga. Entah kenapa perasaan bila dapat emel daripada HEA pasal keputusan tu lebih teruja daripada check di portal hahaha
Dengan ini, dah tamat la tempoh pengajian aku di UUM. Cuma tunggu tarikh untuk konvokesyen je la kot. Sayang juga la batch aku yang dah sempurnakan praktikum Januari tu tak dikira untuk masuk sidang konvokesyen UUM yang ke-33 minggu lepas. Kalau tak, boleh merasa pakai jubah awal kan.
Tapi nak buat macam mana. Yang konvo minggu lepas tu pun dah terlebih ramai juga sebab sekali dengan pelajar tahun 2020 yang tertunda konvo akibat PKP corona dulu tu. Kalau masuk batch kami sekali, mau lagi lama majlis konvo UUM tu nak habis lol
Maka kami kena la tunggu tarikh konvokesyen seterusnya akan diadakan. Harapnya tarikh tu nanti majlis boleh diadakan dengan selamat tanpa halangan la. Family ni pun dah macam terlebih excited nak berjalan pergi Kedah ramai-ramai. Mungkin sebab masa kakak aku konvo dari UIA tak semua boleh pergi, dan aku pun tak pergi konvo masa diploma KPM dulu.
Lepas keputusan semester terakhir ni keluar, ada juga orang tanya "Tak nak sambung Master ke?"
Jawapannya, Insya Allah kalau ada rezeki. Tapi sebelum tu, fokus buat masa ni adalah cari kerja. Asyik menghadap tugasan akademik je, jemu juga kan. Elok cari kerja dalam industri dulu, kutip pengalaman dan bina portfolio kukuh sikit. Mana tahu masa nak sambung Master tu ada rezeki orang sponsor haaa
Untuk pengalaman ijazah sarjana muda di UUM ni, jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang supportive dengan perjalanan yang diambil, para pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu, serta diri sendiri yang tabah menghadap kereta api yang lambat sikit berbanding kawan-kawan sebaya ni. Lain orang, lain perjalanan hidup kan. Habis lambat takpe. Yang penting, kita jalan terussss!
Terima kasih juga kepada para sahabat blogger dan pembaca blog ni yang singgah dan baca bebelan aku yang panjang berjela hehe. Semoga kita semua terus maju jaya di masa hadapan 💜
Bye dan Assalamualaikum.
wahhh tahniah dik, keputusannya pun mantop... moga terus maju jaya
ReplyDelete