Assalamualaikum
Ikan keli goreng, nasi putih panas, timun baby, budu. Mantop Pak Abu 🤤 |
Ada yang minat ikan keli tak kat sini? Sila angkat tangan anda 🙋🏻♀️
Biasanya jawapan untuk soalan ni berbeza-beza ikut citarasa orang lain-lain kan.
Ada yang tak minat sebab ikan keli dan spesis seangkatan dengannya ni jenis berlendir. Pastu kalau tak masak dengan betul, boleh jadi hanyir teruk. Dah la ikan keli ni suka meletup-letup masa digoreng haha. Tapi ada juga yang suka ikan keli ni sebab memang sedap!
Haa aku la tu yang suka ikan keli tu.
Alhamdulilah dari kecik lagi aku dah biasa makan jadi tak la meremang sangat dengan ikan keli ni. Siap jadi ikan kegemaran lagi. Memang antara lauk ayam dan ikan keli, sedap lagi aku ambik keli. Lagi-lagi kalau goreng rangup disiram pula dengan sambal berlado. Pehh... 🤤
Tu kalau beli kat kedai la. Memang aku cari lauk ikan keli berlado je. Tak pun keli percik. Sedap jugak tu rasa smokey sebab ikan keli tu disalai bergabung dengan lemak santan kuah percik.
Kalau kat rumah, aku malas nak masak sambal atau kuah percik gitu sebab renyah (dibaca: malas). So aku biasa makan macam gambar di atas tu la.
Goreng ikan keli sampai rangup, cicah dengan budu yang diperah asam limau dan digaul dengan cili merah, makan dengan nasi putih panas-panas berulamkan timun baby. Tu pun dah cukup. Elok-elok aku biasa makan nasi sepinggan je, kalau ada lauk ikan keli ni, boleh bertambah jadi 2 pinggan hehe
Tapi ikan keli yang aku goreng sendiri la sedap dimakan macam tu. Sebabnya budu tu sendiri dah masin, jadi aku kurangkan la garam masa gaul ikan tu. Kalau makan ikan yang orang lain masak, Astaghfirullah bergetar kepala sebab serupa tertumpah air laut dalam tu. Masin! Mau kena darah tinggi 😂
Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang suka jugak ikan keli ni tapi malas nak goreng sendiri sebab letupan dia kan. Kalau terkena percikan minyak, jenuh nak perubat kulit oii.
Tips tak nak bagi ikan keli ni meletup masa goreng?
Lepas gaulkan ikan keli tu dengan garam dan serbuk kunyit, taburkan tepung jagung pula dan gaul sekata. Ni aku belajar kat YouTube masa cari resepi ikan keli sambal berlado hariru. Alhamdulilah menjadi tau. Pastu kulit ikan keli tu pun jadi lebih crispy. 2 dalam 1 😄
Citarasa aku untuk ikan keli ni memang tak berubah dari dulu, kini, dan selamanya kot. Sebab bukan setakat di rumah je kuat membaham ikan keli ni. Masa zaman belajar dulu pun, di mana ada ikan keli, di situ ada aku. Tagline aku: "Ikan keli bila-bila masa, di mana-mana saja" 😂
🔸 KYUEM - Malam Isnin paling ditunggu-tunggu sebab lauk wajib adalah ikan keli berlado. Kami panggil "Keli Night" haha. Rela bersiap awal-awal pergi beratur di Dining Hall (DH) sebab boleh cilok sambal lebih. Tapi biasa malam Isnin ni DH tak ramai sangat la sebab ramai student yang tak makan ikan keli dan rela beli masakan panas di kafe huhu
🔸 KPM Ayer Molek - Kedai Kak Fiza paling wajib pergi masa beli makanan tengah hari sebab ikan keli berlado dia besar-besar, juicy dan murah je RM3 seekor. Aku biasa beli nasi 2 bungkus (RM2) pastu potong dua ikan keli tu. Jimat boleh makan lunch dan dinner pada kos RM5 je. Boleh la survive dengan elaun MARA sebulan RM300 tu
Pastu sayangnya sem 3 ke sem 4 entah, kedai Kak Fiza tutup. So tukar beli kat kedai Kak Ya pulak. Tapi ikan keli sini kureng sikit la sebab kecik, garing sangat, dan selalu masin sobs
🔸 UUM - Syukur sangat tak perlu pergi kedai jauh-jauh sebab kafe inasis TM pun ada menu ikan keli jugak. Tapi biasanya yang goreng je la. Ikan keli fancy fancy tu takde.
Potong dua ikan keli tu siap-siap taruk dalam tupperware hehe |
Memang di UUM aku biasa bawa tupperware sendiri pun untuk tapau makanan. Gemuk beg aku sebab ni je. Sebabnya malas nak bubuh nasi dalam bekas polisterin kafe. Tahu tak bekas polisterin jenis yang permukaan dalam tak rata (ada garisan berjarak di bawah tu)? Bekas tu la kafe guna. Nanti leceh nak kena kutip nasi yang tertinggal haha
Menu aku di kafe TM ni biasanya ikan keli goreng, hirisan timun, apa-apa jenis kuah, dan sambal belacan. Harga dalam RM5-RM6 sekali beli sebab nasi aku isi banyak jugak. Pun sama sebab nanti buat bekal makan dinner sekali. Sis malas nak keluar ke kafe banyak kali walaupun depan bilik tu je 😂
Beza makan ikan keli di rumah dan tempat lain ni, takde budu la. Walaupun ada je kedai runcit tu jual, tapi aku tak beli sebab takut tak menepati citarasa roommate pulak. Budu kan bau kuat gitu. Lagipun kena ada cili dan asam limau baru sedap budu tu. Kat asrama mana nak cari kan haha
Buka bekas aiskrim ingatkan ada aiskrim. Rupanya ikan keli! |
Kalau kat rumah, macam ni la disimpan ikan kelinya. Potong dan kelar kulitnya sikit je sebelum letak dalam peti ais. Tak perlu siang sebab pergi ke pasar basah tu, makcik jual ikan tu akan pilih ikan keli hidup dan kita boleh minta dia siangkan terus. Jimat masa.
Dulu-dulu jarang sebenarnya nak simpan stok ikan keli di rumah ni. Kalau mama abah macam teringin nak makan, baru abah singgah beli di pasar. Tapi sebab pengaruh aku, sekarang dah jadi rutin la kot beli ikan keli 2-3 kilo simpan dalam freezer.
Kenapa?
Sebab masa mama duk ulang-alik masuk hospital tahun lepas, kan aku jaga pastu tak boleh keluar dari wad untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19. Mujur ada Food Panda. Memang aku beli nasi lauk ikan keli la hampir hari-hari. Pastu mama terliur masa dalam wad tu dan minta aku belikan untuk dia jugak.
Sebab masa mama duk ulang-alik masuk hospital tahun lepas, kan aku jaga pastu tak boleh keluar dari wad untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19. Mujur ada Food Panda. Memang aku beli nasi lauk ikan keli la hampir hari-hari. Pastu mama terliur masa dalam wad tu dan minta aku belikan untuk dia jugak.
Lepas keluar wad, mama belum puas makan lagi ikan keli tu jadi beli banyak-banyak buat stok jugak. Sebulan lebih juga la repeat beli ikan keli di pasar setiap minggu sebab bukan setakat yang dewasa ni je suka, anak-anak buah tu pun suka ikan keli juga. Lagi la cepat habis kan.
Masuk hujung tahun baru mama kata dia dah jemu dengan lauk ikan keli, haaa barulah kurang kekerapan abah kena singgah ke pasar ikan tu. Jadi sekarang dalam sekali sebulan je la beli ikan keli ni. Tapi mereka je la jemu. Aku tak pun 😂
Haritu pun alang-alang duit PTPTN masuk lagi, aku beli lagi ikan keli tu 3 kilo. Terbang RM27 (RM9 sekilo) tapi takpe la. Sanggup guna duit sendiri sebab mama kata dia teringin nak buat gulai kuning ikan keli. Aku pula nak buat stok lauk je sebab minggu depan kan... PUASA!!
Pejam celik, pejam celik, ehh dah masuk bulan April ye kita ni. Habis dah suku pertama tahun 2022 ni rupanya. Dan tak sangka juga yang bulan baru ni pun akan bermula dengan bulan puasa 🥳
Haritu pun alang-alang duit PTPTN masuk lagi, aku beli lagi ikan keli tu 3 kilo. Terbang RM27 (RM9 sekilo) tapi takpe la. Sanggup guna duit sendiri sebab mama kata dia teringin nak buat gulai kuning ikan keli. Aku pula nak buat stok lauk je sebab minggu depan kan... PUASA!!
Pejam celik, pejam celik, ehh dah masuk bulan April ye kita ni. Habis dah suku pertama tahun 2022 ni rupanya. Dan tak sangka juga yang bulan baru ni pun akan bermula dengan bulan puasa 🥳
Alhamdulilah kita masih dipanjangkan rezeki bertemu Ramadhan tahun ni. Semoga kita semua berjaya dapatkan Ramadhan yang penuh barokah. Aminnn...
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua 🥰
Bye dan Assalamualaikum.
hahaha sama lah kita suka makan ikan keli jugak dari zaman diploma. Dah la sedap, murah pulak tu. Kalau makan luar pun ambik keli berlada ataupun lele penyet
ReplyDelete