Inisiatif ePemula tapi dah macam "ini apakenama?" | NaSa
Assalamualaikum


Bermula 11 April 2022, Program ePemula dah pun selamat dilancarkan di seluruh negara. Program ni adalah inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 yang akan memberi kredit e-tunai sebanyak RM150 kepada rakyat Malaysia berumur antara 18-20 tahun atau pelajar sepenuh masa di IPT berdaftar.
Kelayakan pemohon Program ePemula

Matlamat ePemula ni lebih kurang macam program eBelia masa belanjawan tahun 2021 haritu:
  1. Meringankan beban kewangan belia;
  2. Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
  3. Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
(Sumber: Bajet 2022)

POINT KETIGA TU PENTING. MEMAINKAN PERANAN SANGAT UNTUK DRAMA SELANJUTNYA HAHA

Kredit e-tunai RM150 ni boleh dituntut bermula 11 April sehingga 1 Jun 2022 melalui salah satu aplikasi e-wallet BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet. Duit yang dapat tu ada tempoh sah selama 2 bulan dan perlu dibelanjakan sebelum 11 Jun 2022

Mereka-mereka yang tergolong dalam kalangan layak tu cuma kena buka mana-mana e-wallet yang berkenan di hati masing-masing dan isi borang bawah ni. Nanti diberitahu la sama ada permohonan tu lulus atau tidak, bergantung kepada data yang ada dalam JPN dan IPT.


Entah la rasa serabut betul la rupa logo Keluarga Malaysia ni haha

Macam peluang daftar SSM percuma haritu, memandangkan sis masih ada status "pelajar aktif" di UUM sebab belum dapat transkrip rasmi, jadi ada lagi la peluang nak claim duit ePemula ni. Tak fikir panjang, aku claim duit RM150 tu melalui Shopee sama macam masa mohon eBelia tahun lepas.

Tapi sebab masa tu mamai baru bangun tidur, tak terlintas pun nak baca dulu Terma dan Syarat di Shopee tu. Dan tak terfikir juga nak usha dulu app lain sebelum claim. Sebabnya Grab dan Touch n Go tu aku ada tapi jarang guna. Tahun lepas pun banyak problem dari app e-wallet lain masa claim eBelia tu so aku setia dengan Shopee je la. Tu yang terus isi je borang ePemula tu di Shopee.

Besar harapan ingatkan lepas masuk duit RM150 tu, boleh la checkout barang keperluan dari kedai dalam Shopee kan. Dah dia bagi e-tunai, Shopee pulak platform e-commerce? Matching gitu.

Tapi TETTTTT.


Belum sempat harapan pergi jauh, dah tersungkur di langkah pertama dulu hahahah

Si bodoh aku ni tak baca pun yang duit RM150 tu cuma boleh guna untuk pembelian di kedai fizikal sahaja. Kena bayar melalui scan kod QR DuitNow kedai tu. Lepas dapat pengesahan permohonan diluluskan baru aku tahu TAK BOLEH GUNA UNTUK PEMBELIAN ONLINE DALAM SHOPEE 😂

Mamai baru bangun kan. Lepas baca ayat "can be spent on offline payments only" tu baru mata aku segar tetiba. Rasa tidak percaya mulai penuh menguasai diri ini.

Shopee adalah tempat beli barang online, tapi duit yang claim di Shopee tak boleh beli barang online?

Memang rasa macam apakenama kau ni??? 😂

Nyampah ye sistur. 

Mujur aku dah habis belajar, takde keperluan kelas yang perlu dibeli. Tapi adik-adik lain yang masih belajar tu memang hangin la kan. Ramai yang dah plan nak beli alat tulis, topup untuk data, barang-barang kelas melalui Shopee, tapi hasrat tak terkabul sebab kena keluar cari di kedai jugak akhirnya.

Trending kejap ePemula ni di Twitter semalam sebab ramai tweet membebel kenapa la tak bagi beli barang online??? Termasuklah aku yang bebel tu haha

Ada orang "dewasa" yang sinis kata pelajar-pelajar yang bising pasal ePemula ni tak bersyukur padahal kerajaan bagi duit free tu pun dah bagus. Eh eh kau.

DIA BUKAN MASALAH TAK BERSYUKUR TAU.


Dapat duit free in this economy memang dah habis bersyukur dah. Masalahnya, matlamat inisiatif tu macam tak sampai sepenuhnya. Daripada nak ringankan beban kewangan pelajar, pelaksanaan "offline payment only" tu dah serupa menyusahkan pula.

Kenapa?

Pernahkah anda terfikir pasal:


🔸 Pelajar yang berada di asrama dan terhad pergerakan keluar masuk kampus?
❎ Kalau pelajar yang duduk rumah sendiri atau sewa, mungkin bebas sikit nak keluar. Tapi kalau duduk asrama, ramai prefer beli barang online sebab lebih banyak pilihan pada harga rendah. Hantar terus ke asrama pula. Tak perlu mengadap lecehnya prosedur keluar masuk, lagi-lagi kalau yang kampus strict. Duit transport pun jimat takyah bayar minyak, sewa kereta, atau pengangkutan awam lain.

Aku masa masuk UUM dulu pun order printer di Shopee suruh hantar ke pejabat inasis je. Sebabnya kampus UUM jauh dari bandar Changlun dan kedai komputer di V-Mall UUM tu pulak mahal printer dia. Jimat banyak la juga daripada keluar sendiri ke bandar. Dan tu masa takde COVID tau. 

Sekarang walaupun dah nak masuk musim endemik, ada kampus yang masih tak bagi pelajar keluar masuk dengan bebas untuk kurangkan risiko jangkitan COVID tu. Tapi masalahnya kalau duduk dalam kampus je, tak semua kedai ada jual barang yang pelajar nak beli huhu 🤧

🔸 Pelajar di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman?
❎ Ramai juga pelajar di kawasan pedalaman Sabah Sarawak yang mengeluh sebab kedai besar-besar pun takde di kawasan sekeliling mereka, inikan pula kedai kecik yang reti guna DuitNow tu. Boleh kira dengan jari. Kalau gitu, pilihan barang pun jadi tak banyak jugak kan. Nak guna duit tu macam mana.

Dan lagi sekali, KOS PENGANGKUTAN!! 

Lagi-lagi yang jauh dari bandar ni. Elok-elok harga barang yang nak beli tu cukup-cukup dengan RM150 yang diberi, tapi campur kos transport nak pergi ke bandar cari kedai tu, kos boleh naik jadi RM200-250. Tu pun kalau keluar tu jumpa kedai dan barang yang nak dibeli. Kalau tak, burn gitu je duit.

Tak perlu cakap kawasan pedalaman macam kampung Orang Asli atau Sabah Sarawak la. Aku belajar di KPM Ayer Molek Melaka dulu pun kampus di tengah ladang kelapa sawit, takde bas. Kalau sewa kereta, tambah duit minyak lagi. Nak ambik Grab, tambang mahal. Belum apa-apa dah habis duit kat situ. Kalau tak keluar, dalam KPMAM tu cuma ada koperasi jual alat tulis dan makanan. How nak beli benda lain? 🙂

🔸 Pelajar yang kebanyakan keperluan untuk kelas cuma boleh didapati secara online?
❎ Lain course, lain keperluan kelas. Ada course yang tak boleh cari barang keperluan tu di kedai berdekatan, kena order online. Even buku teks pun pensyarah suruh beli online di Shopee je sebab mudah tak perlu ambik order secara manual dan pelajar boleh order sendiri ke alamat masing-masing.

Tapi duit RM150 dia bagi tu bukan boleh transfer masuk akaun bank pun untuk pelajar guna beli secara online dan bayar melalui online banking. Karang pelajar cari lubuk untuk tukar duit tu kepada cash, salah di sisi undang-undang pula. Complicated betul hidup ini ahahahah

Sebab tu la matlamat ePemula ni macam tak tercapai sepenuhnya. Dia bagi e-tunai percuma RM150 untuk kurangkan beban kewangan pelajar dan galakkan pelajar berbelanja secara cashless tu dah elok. Matlamat dia macam eBelia dulu la. Tak tipu memang elok.

Tapi pelaksanaan "offline payment only" sebab ePemula ni nak galakkan perniagaan fizikal terima transaksi cashless tu yang melemahkan sedikit. Rasa macam ada cara lagi elok untuk tingkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga untuk sediakan kod QR tu tapi masih convenient untuk pelajar. 

Aku pun tahu sekarang kita agak kekurangan dari segi peniaga tak sediakan kemudahan bayaran cashless sedangkan pengguna dah maju bayar pakai e-wallet je. 2 minggu lepas pun aku sendiri membebel sebab makan di food court Aeon tapi cashier tu nak cash only, padahal dia sendiri takde duit kecik untuk bagi baki aku hahahah bodoh gila kalau ingat balik. Rasa nak je gaduh dengan cashier.

Tapi dari hemat aku, lagi elok kalau ePemula ni benarkan dua-dua jenis bayaran online dan offline terus. Pelajar yang duduk di bandar dan senang nak jumpa kedai untuk beli barang, boleh scan kod QR. Yang jauh di ceruk luar bandar, boleh beli secara online untuk dapatkan keperluan masing-masing. Baru la adil sama rata semua pelajar boleh manfaatkan duit tu untuk stimulate ekonomi kita.

Lagipun nak suruh peniaga upgrade kepada kod QR tu, kena fikir juga liputan internet di semua kawasan kan. Aku yang sipi-sipi kampung di sebelah bandar Kota Bharu ni pun kadang-kadang mencarut nak dapat line 4G stabil, apatah lagi kampung yang lagi dalam tu pula nak dapat internet kan. Bercinta

Tapi siapa la aku nak komplen lebih-lebih. Cuma mampu berdoa harap-harap nanti ada penambahbaikan untuk sistem bantuan kepada pelajar ni di masa depan. Jangan pukul rata semua pelajar akan terus happy kalau dapat duit free RM150 tau. Kalau duit tu tak boleh nak diguna, sama je sedih dia 😢

Buat masa ni, duit ePemula aku dah selamat masuk ShopeePay. Walaupun terbantut harapan sis nak beli baju raya kat Shopee, tapi kebetulan memang ada nak beli keperluan peribadi yang dah habis pun. Cuma puasa-puasa ni maleh aku nak gi pusing bandar cari kedai yang ada kod QR DuitNow tu. Tunggu lepas Raya la aku ajak abah pergi Lotus's ke, Mydin ke. 


Nyampah, nyampah jugak kat Shopee ni. Tapi ada juga kelebihan claim ePemula ni melalui Shopee sebab nanti dapat sekali voucher ekstra bernilai RM500. Boleh guna untuk khidmat ShopeeFood dan tebus diskaun untuk macam-macam kedai jugak. Overall boleh dapat benda free bernilai RM650 😆


Voucher ShopeeFood ni ada banyak sebenarnya. 4 kali skrol baru habis. Tak tau la kenapa banyak betul dia bagi. Tapi tu pun serupa tak ikhlas sebab yang "Free Delivery" tu tahan 3 hari je. Yang kelakar, DAH LA BAGI MASA BULAN PUASA. Yang Muslim ni tak boleh la nak order makanan siang hari gini 😂

Mujur yang diskaun tu tahan sampai bulan Jun. Sayangnya kalau duduk kawasan perumahan terancang dan dalam/berdekatan bandar boleh la nak order ikut ShopeeFood ni. Senang jumpa rumah. Kalau rumah kampung macam aku, mau brader ShopeeFood tu call banyak kali tanya alamat huhu


Antara voucher yang boleh tebus diskaun untuk pembelian di kedai tu sendiri. 

Again, yang duduk di bandar dengan pelbagai shopping mall dan rajin keluar je la yang mungkin ada kelebihan untuk tebus voucher ni. Yang duduk luar bandar hanya mampu skrol je. Kalau aku, yang wujud di Kota Bharu tu cuma Old Town White Coffee dan Baskin Robbins je. Tu pun aku tak pernah masuk 😂

Tak komplen pun sebab duit yang pelajar layak dapat tu memang RM150 je. Voucher lebih yang Shopee bagi tu bonus je dan dia bagi percuma tu pun dah cukup baik sebenarnya. Ada juga motivasi untuk sesetengah orang pergi berbelanja kan. So for those that could, do enjoy it on my behalf too ok 🤧

Lagipun ni pun tahun terakhir jugak sis nak menikmati barang percuma kiriman kerajaan ni. Pasni lepas konvo dah takde dah privilege tu. Jadi kita enjoy je la selagi masih ada peluang ni haha

Yang penting, jangan claim ePemula ni melalui e-wallet Grab. Dia tak bagi duit tapi dia bagi voucher dan boleh claim untuk pembayaran yang cukup jumlah tertentu je. Apa dehei kesian budak-budak woi

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. betulllllll apa logik tah bagi e-money tapi tak boleh guna utk e-market dan seangkatan?? haihh, kita redeem dekat tng, nak transfer ke bank boleh tapi kena register dengan tng go+ pulak haih... apapun, alhamdulillah masih dapat rm150 ni... boleh la guna buat beli buku hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya redeem kat shopeepay tu ingat nak guna beli barang tp scan qr code asyik error je manjang. Orang lain cerita pun kedai tu tak boleh nak scan kod shopeepay diorang & kena letak balik barang. Terus takdak mood nak beli. Elok dapat duit free tetiba kena bayar duit sendiri lagi. Defeats the purpose betul la 😑

      Delete
  2. Ramai yg ingat bila dh dapat claim epemula melalui shopeepay mudah nk beli brg keperluan melalui shopee . Sebaliknya trpaksa scan qrcode di kedai2 . Alahaiii ..susah jugak laa mcm tu . Ingtkan mudah

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS