Assalamualaikum
Gambar sekadar hiasan sebab ni festival di UUM, bukan bazar Ramadan haha |
Sempena bulan Ramadan, dah jadi kebiasaan la di Malaysia buka bazar Ramadan di pelbagai tempat kan. Mudah untuk orang bekerja sebab tinggal beli je makanan berbuka. Mudah juga kita nak cuba makanan unik yang kita malas nak masak sendiri. Peniaga pun dapat jana pendapatan. Meriah dan win-win.
Lagi-lagi kita dah 2 tahun berpuasa dan beraya dalam PKP sebab COVID-19 kan. Jadi pembukaan bazar Ramadan tahun 2022 ni memang dinanti-nanti oleh ramai orang la. Tu yang ramai rela membanjiri bazar walaupun kena pakai mask dan beratur panjang.
Tapi tu la... Boleh tak kalau sebelum terlintas nak pergi mohon lesen buka tapak di bazar Ramadan tu, peniaga-peniaga ni tolong muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum meniaga tu?
Memang tak salah nak meniaga cari pendapatan. Musim COVID-19 ni ramai yang terdesak nak cari duit kan. Cuma seeloknya ukur la kemampuan diri dulu. Check skil memasak dan disiplin diri sama ada boleh kekalkan rasa yang sama setiap kali masak atau tidak, boleh jaga kebersihan makanan ke tidak, etc.
Ini tidak. Orang nak meniaga, dia pun nak meniaga. Tapi akhirnya, ke laut 🤧
Masuk hari ke-12 Ramadan ni, entah dah berapa banyak kes duk tengok orang komplen pasal kualiti makanan bazar ni. Caj harga tinggi melambung sebab bahan mentah mahal kononnya. Tapi bila makan, tak sedap. Belum campur yang inti entah apa-apa. Makanan tak masak sepenuhnya. Ada yang basi. Kes makanan lama direcycle balik sampai ada ulat pun ada. Seriau sis.
Pendek kata kalau kedai tu ada banner, jauh beza makanan sebenar dengan gambar makanan di banner dia tu. Definisi sebenar "Gambar sekadar untuk tujuan ilustrasi" hahaha
Kenapa ye ada peniaga yang tergamak buat macam tu? Tak sayang kat reputasi ke? Nak meniaga di bazar Ramadan ni bukan sehari dua je. Puasa sebulan kot. Ingat orang nak beli lagi ke kalau dah tertipu sekali. Dah la sekarang zaman media sosial. Sekali kau viral, mau kedai lingkup kena boikot.
Macam isu terbaru dalam topik makanan mengecewakan di bazar Ramadan ni:
RAMBUT DALAM KUIH LIMAS
Apakebenda euwwwwww 🤢 Sumber: Harian Metro |
Sebelum ni ada je orang komplen pasal tepung pelita/kuih limas/kuih tako yang terlalu lembik/cair sampai tumpah. Tapi tu macam boleh terima lagi tau sebab ia lebih kepada tuan kedai tak reti buat kuih. Atau memang kuih tu dah ok tapi yang pembeli ni pula hayun ganas sangat masa berjalan.
Tapi kalau sampai ada rambut SEGUMPAL gini, meremang satu badan ya 🙃
Antara kes makanan bazar lain yang hangat jadi perbualan sebelum ni:
Rangka ayam celup tepung tak cuci bahagian dalam. Sumber: @pikasekri |
Roti john inti baked beans Sumber: @whiteavacadoe |
Aku tak makan baked beans tau so kalau dapat kat aku yang macam ni mau merajuk seminggu dan boikot kedai tu selama-lamanya. Dah la harga RM8 hoho idok le aku nak membayar.
Ayam bakar mentah??? Sumber: @Metafora Anafora |
Corndog sosej separuh. Sumber: @myjoe_ |
Corndog kecewa gini aku pernah alami. Dalam entri corndog tipu-tipu tahun lepas pun dah cerita kan. Hangin ye sister beli corndog yang luarannya besar dan panjang tapi kat dalam? Sosej pendek gila 😂
Tapi kes aku ni mujur harga RM3 je sebatang jadi rasa macam tertipu tak terlalu rugi la. Yang brader atas tu beli sampai RM9 sebatang emmm baik beli sosej cikai RM3 sepeket dan roti Gardenia RM4 je. Pastu balik gulung sosej dalam roti dan goreng. Dapat juga protein sosej dan karbohidrat daripada tepung tu.
Selain kes macam ni, kes murtabak inti bawang, roti john rentung, kaki ayam tak potong kuku, ayam tak masak, entah apa lagi la.
Tahun 2022 ni terlebih-lebih betul kes makanan mengecewakan di bazar Ramadan ni. Boleh kata setiap hari ada isu. Apa korang ni qadha yang takleh meniaga di bazar sebab 2 tahun PKP haritu ke? huhu
Mungkin sebab dah ramai ada platform sosial media kan. Jadi senang nak up aduan dan kongsi keluh kesah kak esah memasing. Kalau zaman phone tekan-tekan dulu, beli makanan lauk basi pun mana mampu nak mengadu sangat. Paling hebat pun hantar SMS berantai je la kot. Zaman smartphone ni, dari lokasi kedai sampai ke lokasi tuan kedai pun boleh tahu. Jangan main-main.
Anehnya, masih ada lagi peniaga yang berani buat hal. Ingat duit yang kita beli makanan dia tu boleh dicipta dengan jampi "Niat enson matakaji semar ngiseng"? Punca trust issues ni belaka.
Sebab tu la sepanjang 11 hari Ramadan yang lalu, aku belum jejak lagi mana-mana bazar Ramadan. Takde mood membeli. Takde juga driver nak bawak sebab malas nak redah jem. Di jalan besar menghala ke Wakaf Bharu tu tengah ada kerja bina flyover baru so hari-hari waktu balik kerja memang jem teruk.
Orang yang sabar je mampu tanggung jem di sini dan kami bukan orang yang sabar. |
Jalan tu penuh dengan penghadang merah putih tu pastu roundabout situ pun jadi sempit sebab ada lorong tutup. Jem nak lalu sampai kereta meleret cecah ke roundabout depan jalan masuk ke kampung aku. Kereta auto mungkin tahan nak hadap tapi kami kereta manual ni jenuh nak pijak clutch 😂
Bayangkan gigih redah jem pergi bazar Ramadan dalam keadaan penat dan lapar, pastu besar harapan nak makan sedap lepaskan kempunan, tapi balik tu makanan tak sedap?
I'd cry 😢
Mujur sekarang kami sekeluarga dah jarang beli makanan luar sebab kat rumah ni tak ramai orang pun. Kalau beli, kadang makan tak habis jadi membazir juga. Aku sendiri bukan jenis makan banyak. Berbuka minum Milo kotak kecik tu pastu pukul 10-11 malam baru aku makan. Tu pun kalau rasa nak makan. Kalau tak, tunggu sahur esok baru jumpa nasi lagi. Dasar perut kecik haha
Bye dan Assalamualaikum.
Sebab tu lagi puas kalo masak sendiri ke. Cuma penat sikit je. Hasil yang lumayan. :)
ReplyDeleteSedih betul bila peniaga niaga makanan dgn tidak ikhlas .
ReplyDeleteKalau Naim lebih mencari gerai di tepi jalan atau kedai yang selalu jual acap kali bulan Ramadhan. Kita dah tau kualiti dan tahap kebersihan cam mana. Jangan marah jika PBT tak bagi lesen untuk niaga lepas ini.
ReplyDeleteaduh sadis betul dapat makanan macam ni. tahun ni banyak sgt dengar benda tak best pasal bazar ramadhan..
ReplyDeleteIngat saya sorang je yang rasa bazar tahun ni entah apa-apa rupanya orang lain pun sama. Ada satu bazaar dekat dengan tempat kerja saya, banyak memang banyak, meriah memang meriah tapi sayang takde satu kedai pun yang sedap, harga je melambung.
ReplyDelete