Trauma makan kuih bakar ada inti CICAK | NaSa
Assalamualaikum

Content warning: ADA GAMBAR JIJIK. It's reflected in the title. Baca atas risiko sendiri 🙃

Sengaja aku publish entri ni lepas waktu berbuka sebab takut anda tak lalu makan kalau baca sebelum Maghrib. Tapi tu la takut lepas kenyang ni, korang rasa nak termuntah hijau pula lepas baca haha

Kredit gambar: Resepi Che Nom

Gambar atas ni sepatutnya kuih bakar pandan yang guwe makan haritu.

Tapi tu la. Anda tak salah baca pun tajuk entri kalini.

Aku pernah makan kuih bakar pandan dan dalam tu ada CICAK. 

Cicak yang bunyi cak cak cak di dinding tu.
Yang ekor tercabut kalau kena kejar dengan pemangsa tu.
Cicak yang jadi watak superhero Saiful Apek dalam filem CicakMan tuuuu...

This cicak ahahah

Sangat memualkan ya bila diingat balik walaupun kejadian dah lama berlaku. Tahun 2017 dulu.

Alkisahnya, di kawasan kampung kami masa tu ada sorang abang ni naik motor menjaja dari rumah ke rumah jual ikan, sayur-sayuran, dan kuih-muih. Kuih tu ada macam-macam tapi kadang berbeza ikut hari. Karipap, sardin gulung, apam bakar, kuih bakar, banyak la.

Tapi kuih-muih tu semua bukan abang tu yang buat. Dia jadi orang tengah ambik kuih orang buat dan sangkut di motor dia masa pergi menjaja. Kalau ada orang beli, dia dapat komisen la kan.

Hari kejadian tu (29 Oktober 2017), aku ada kat rumah sebab baru habis jawab ujian Speaking MUET di KPM Ayer Molek dan tengah tunggu tarikh ujian bertulis minggu depan tu 4 November. Tapi tak belajar sangat pun masa tu. Acah pandai kan. Aku ralit duk tengok Youtube je masa tu.

Dalam pukul 10 pagi gitu, abang penjaja tu kona la motor dia masuk laman rumah dan mama beli sayur ke ikan entah. Aku yang belum makan ni tumpang la sekali beli sebungkus kuih bakar yang ada di motor dia tu (sebab takde kuih lain). Satu bungkus tu ada 4 keping kuih bakar bentuk empat segi, harga RM2.

Lepas beli, aku masuk bilik untuk makan sambil sambung tengok Youtube. Takde orang lain kat rumah masa tu sebab anak-anak buah pergi sekolah, adik beradik lain kerja. Ada aku dengan mama je.

Lagi sekali, kuih bakar tu ada 4 keping tau dalam plastik tu.

Tapi ajaib seajaib-ajaibnya, 3 keping kuih bakar pertama yang aku makan tu okey tau. Tak ada tanda-tanda kewujudan benda asing di dalamnya. Rasa dan tekstur dia sama macam kuih bakar normal je.

Masuk kepingan kuih yang keempat tu, baru aku perasan yang kuih tu macam ada satu benda keras kat dalam. Aku pegang tempat kuih yang keras tu, tahu-tahu ia patah. So aku ketepikan je la. Mata aku tak tengok pun kat cebisan kuih tu sebab memang khusyuk tengok Youtube. 

Dalam kepala masa tu, aku boleh terfikir "oh ada inti kacang ke?" 

Sebab kat Kelantan ada satu kuih nama roti goreng, dalam tu inti kacang merah. Kalau orang yang reti buat, inti kacang tu tekstur dia smooth macam jem. Tapi ada juga aku beli yang inti kacang kering dan keras gitu. Tekstur yang aku sentuh di kuih bakar tu macam inti kacang keras tu so aku ingat kacang la.

Contoh roti goreng.
Kredit gambar: Blog Resepi Masakan Kegemaran

Mujur Allah sayang lebih kat aku masa tu ya. Sebelum aku sambung makan kepingan kuih terakhir tu, aku jadi was-was balik dan terfikir semula. "KUIH BAKAR ADA LETAK INTI KACANG KE?" 🤔

Waktu tu baru aku terlintas nak tunduk tengok cebisan kuih yang patah tadi. Aku tengok bukan kacang, dan bukan sebarang bentuk makanan yang aku kenal. Dia bentuk bujur panjang, warna kelabu.

Hairan la sister kan. Sepanjang aku makan kuih bakar ni, benda keras yang aku ada tergigit cuma biji bijan yang tabur atas tu je. Tapi ni sama sekali bukan biji bijan. Maka aku pun belah la kepingan kuih bakar terakhir tu dengan jari. DAN LIHATLAH DUNIA!!

Bukan ekor cicak.

Bukan kaki cicak.

Tapi SEEKOR CICAK TERUS DALAM KUIH TU.


Dan cebisan yang patah masa aku pegang kuih tu tadi, KEPALA CICAK TU!


🙃🙃🙃🙃🙃🙃🙃🤢🤢🤢🤢🤢🤢🤢🤢

JIJIK YALL HAHAHAHAHAHAHAH


Menggelupur sister pergi ke dapur berkumur. Loya tekak dan meremang satu badan ya.

Mama dah pelik tengok aku ni dah rupa keracunan, tetiba paksa diri untuk muntah. Aku bagitahu la yang kuih aku beli tadi tu ada cicak. Bukan anak cicak pula tu tapi dah level bapak cicak.

Terus berbakul-bakul mama membebel sebab katanya cicak boleh jadi racun kalau dimakan. Macam mana pembuat kuih tu buat kuih? Tak tutup bekas adunan kuih ke sampai jatuh cicak dalam tu? Tak check adunan kuih betul-betul ke? Panjang la. Gempar satu rumah walaupun ada kami 2 orang je haha

Esoknya masa abang penjaja tu singgah lagi ke rumah kami, mama suruh dia pesan kat tukang buat kuih tu tolong jaga kebersihan masa memasak. Sebab sepuluh kali fikir pun, tak patut weh sampai cicak boleh masuk dalam kuih. 

Karang kalau terjadi lagi kat orang lain, macam mana? Yang kena marah bukan tukang buat kuih tu tapi abang penjaja tu dulu. Walaupun bukan dia yang buat kuih tu, tapi dia yang ambik duit pembeli kan. Ni nasib jadi kat aku yang memahami ni je eceh puji diri. 

Terkedu juga la abang penjaja tu. Dia ada bagi refund duit kuih tu tapi aku pula serba salah nak ambik sebab bukan salah dia. Cumanya sampai ke sudah aku tak beli kuih yang orang tumpang di motor dia tu walaupun tu kuih lain. Takut terbeli kuih yang dibuat oleh pembuat kuih bakar tu jugak. Trauma bodo.

Dalam geli nak termuntah aku masa jumpa cicak tu, sempat lagi ambik gambar kan haha. Pastu aku pos gambar kuih cicak tu di Twitter dan ramai juga la tumpang geli-geleman sekali. Pakej ada orang ingat aku dah termakan kepala dan ekor cicak tu sebab tinggal badan dia je dalam kepingan kuih tu kan.

Bana dia la hahahahah mintak simpang wehhh. Kepala cicak tu takde sebab ia dah patah dulu sebelum aku makan kuih tu kan. Ekor cicak tu pulak memang takde dalam kepingan kuih tu. Aku syak mungkin dah terpotong masa pembuat kuih nak bungkus dalam plastik.

Gambaran kuih bakar inti cicak yang aku dapat tu seperti di bawah:


Bahagian Hijau : Potongan kuih yang aku dapat, termasuk kepala sampai badan cicak
Bahagian Biru : Potongan kuih mengandungi ekor cicak tu yang entah ke mana perginya 🙃

Wallahua'lam sama ada ekor cicak tu tak dijual, atau dah termasuk dalam bungkusan kuih lain dan ada orang lain yang termakan tanpa sedar. Yang pasti, kes aku ni adalah suatu keajaiban dunia sebab boleh pula selamat makan 3 keping kuih tu dan kuih cicak tu terjumpa yang paling akhir.

But safe to say, sampai ke harini sis masih trauma nak makan kuih bakar sebab teringat kes cicak dalam kuih ni ya. Asal berhenti di gerai kuih mana-mana dan gerai tu ada jual kuih bakar, memang jadi inside joke aku dengan mama la sebab terkenang balik kat cicak tu. Seram nak beli. 

Kalau nak beli pun, aku beli yang potong nipis gitu dan aku tekan-tekan sikit plastik kuih tu untuk pastikan yang kuih tu semua lembut. Baru la kurang risiko ada benda yang tak diingini dalam kuih tu.

Sayang tau sebab kuih bakar pandan tu salah satu kuih kegemaran aku. Dah la aku ni memilih bab makan. Kuih bakar tu macam safe choice aku la kalau kuih bentuk pastri macam karipap dan sardin gulung tu takde. Bila jadi kes gini, makin payah sis nak beli kuih sebab jenis lain tu banyak aku tak makan 🙂

Sebab tu sis emosi ye kalau ada kes penjual yang jual makanan tercemar di bazar Ramadan dan di mana-mana sekalipun. Sis tumpang geram bagi pihak pelanggan yang teraniaya sebab dah ada pengalaman sendiri yang terkena kan.

Makanya sesiapa yang tak reti meniaga, tak teliti dan tak berdisiplin pasal kebersihan bahan-bahan dan peralatan makanan ni, jangan kalut nak buka kedai. Mohon pergi belajar dulu cara betul untuk handle makanan ya.

Ni bekas makanan pun tak tutup sampai ada kes lalat hinggap bertelur pastu ada sekali kes cicak jatuh gedebuk dalam bekas makanan tu, memang jijik ya. Yang traumanya siapa? Aku jugak.

Eeeee geram.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Ni kalau kena boleh trauma seumur hidup. 🤭

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni macam-macam bendasing ada dlm makanan yg dijual kan :(

    ReplyDelete
  3. Trauma baca ni! Tengok gambar terus terkejut.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS