Assalamualaikum
Ehhh...Sos Korea boleh guna buat masak sambal tumis? Betul ke ni? 🤔
Well tak tahu la boleh ke tidak dikategorikan sebagai sambal tumis kan. Tapi sebab haritu aku memang teringin sangat nak makan sambal tumis udang tapi tak ada kerajinan nak rebus lada kering, blend, pastu tumis segala tu. Jadi biasalah kita ni kalau dah malas, kreativiti memang terlebih had kan 😂
Well tak tahu la boleh ke tidak dikategorikan sebagai sambal tumis kan. Tapi sebab haritu aku memang teringin sangat nak makan sambal tumis udang tapi tak ada kerajinan nak rebus lada kering, blend, pastu tumis segala tu. Jadi biasalah kita ni kalau dah malas, kreativiti memang terlebih had kan 😂
Dari situlah tercetus inspirasi buat fusion ala-ala sambal tumis guna sos Korea Adabi tu. Lagipun sos tu memang dah ada pedas dan manis. Cuma kena pandai adjust masin masam je la.
Aku try buat haritu eh macam sedap pulak. Dah la sis ni kan peminat udang. Memang bertambah nasi la masa makan tu. Sejak tu kalau teringin nak makan sambal udang, aku taruk sos Korea Adabi je lol
Resepi campak-campak boleh rujuk senarai di bawah. Sis main trial and error je asal cukup rasa dan sedap makan dengan nasi. Kalau ada rasa nak ubah apa-apa, ikut la citarasa sendiri. Asalkan kenyang.
SAIZ HIDANGAN - 1 PAX
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Bahan perap:
🔸 5-6 ekor udang
🔸 2 sudu besar tepung gandum
🔸 1 sudu tepung jagung
Bahan sos:
🔸 1 ulas bawang putih (cincang)
🔸 100 ml air bersih
🔸 2 sudu makan sos Korea Adabi
🔸 1 sudu makan kicap manis (aku guna Cap Kipas Udang)
🔸 1 sudu makan cuka
🔸 Potongan kubis (atau sayur pilihan, secukupnya)
🔸 Gula dan garam (secukup rasa, kalau perlu)
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sebati. Kemudian, salutkan udang dengan adunan tepung.
2. Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan udang bersalut tepung tadi hingga separuh masak. Angkat udang dan ketepikan.
3. Panaskan 2-3 sudu besar minyak dan tumiskan bawang putih yang dah dicincang hingga wangi. Nak guna baki minyak gorengan udang tadi pun boleh.
4. Masukkan sos Korea Adabi dan air. Kacau hingga sebati dan biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Masukkan kicap manis dan cuka. Kacau lagi hingga sebati kemudian masukkan kubis atau mana-mana sayur pilihan. Biarkan hingga sayur lembut.
6. Seterusnya, masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaulkan hingga udang bersalut sepenuhnya dengan kuah sos Korea dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula kalau perlu.
7. Biarkan hingga udang masak sepenuhnya. Akhirnya, bolehlah angkat dan hidangkan.
** Kalau terlalu pekat, tambah air sikit-sikit.
** Kalau terlalu cair, bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan tambahkan dalam kuah.
HASILNYA:
Ulasan tentang rasa?
Susah nak cakap tapi sedap la di lidah aku haha. Sebab sos Korea Adabi tu dah dilarutkan dengan air untuk dijadikan kuah, rasa pedas dia kurang dalam 20% berbanding kalau makan sos tu direct. Kicap manis tu tingkatkan rasa manis dan masin dalam kuah tu sikit jadi lebih umph.
Dan cara ni ada satu kelebihan sebab mudah untuk orang yang kadang-kadang malas macam aku.
Macam aku cakap, tak perlu blend lada kering untuk buat cili kisar. Tak perlu juga prep bahan perasa untuk sambal tu. Sebabnya sos Korea dan kicap tu dua-dua dah ada garam, gula, dan MSG jadi tak perlu dah aku tambah semua tu. Cuma kena adjust cuka secukup rasa je untuk lengkapkan rasa asam.
Tapi semestinya kalau ada bahan untuk masak sambal tumis yang proper, aku akan cuba buat sambal sebenar tu. Ni alternatif untuk waktu kemalasan melanda je (yang mana hampir setiap masa 😂)
Beberapa clarification berdasarkan pengalaman masak 'sambal' campak-campak ni:
🔸 Step goreng udang tu sebelum dimasukkan dalam kuah tu memang biasa orang buat. Tujuan taknak udang terlalu lama dalam kuah nanti takut terlebih pedas. Dan takut nanti udang melekat di kulit kalau masak lama kan. Cuma step salut dengan tepung tu optional gitu? Aku suka-suka je buat haha
🔸 Nak ganti guna sotong pun boleh. Sedap juga kenyal-kenyal isi sotong makan dengan kuah pedas. Bubuh dua-dua udang dan sotong, lagi masyuk 😍
🔸 2 sudu sos Korea Adabi tu boleh dikira agak banyak sebenarnya untuk 1 pax. Walaupun kita dah larutkan dalam air, pedas dia masih dikira Mashaa Allah ya. Berdesit mulut masa makan 😂 Boleh kurangkan kepada 1 sudu kalau tak tahan pedas.
🔸 Kicap jangan terlebih letak, nanti overpower rasa kuah sebab rasa kicap je.
🔸 Tepung yang salut di udang tu akan tertanggal dari kulit udang masa gaul dalam kuah sos. dan akan buatkan kuah jadi lebih pekat dari yang diinginkan. Boleh adjust tambah air sikit-sikit.
By the way, aku nak try bubuh petai sebenarnya tapi takde keluar pergi pasar kebelakangan ni maka tak jadi. Sekarang pun bukan musim petai so tak tahu la boleh jumpa ke tidak petainya. Sebab tu aku ganti dengan kubis je. Saja la tambah sayur untuk feeling makanan sihat haha
Ada sekali aku buh lada solok sebab stok sayur kat rumah habis. Macam la kuah tu tak cukup pedas 😂
Sos Korea Adabi yang aku guna untuk sambal udang ni memula sos peket yang macam masa buat ayam goreng Korea haritu. Tapi benda tu agak leceh sebenarnya sebab kan guna sikit je sosnya. Renyah pula nak simpan baki sos yang tak habis tu dalam peti ais. Dah la tu sos hiasan dapur mama kan hahah
Sebab tu lepas tahu sos Korea Adabi dah ada dalam bentuk botol, sis pun beli la 😉
Yang dalam botol ni lebih best sebab lebih mudah nak simpan. Banyak pun banyak. Jadi tak perlu la aku kebas sos mama lagi. Dah la aku sorang je dalam rumah ni yang berani makan sos pedas begitu. Mesti la kantoi aku tukang perabih sos tu bila tengok papan sos peket tu makin kosong kan 😂
Sos Korea Adabi bentuk botol ni ada 2 saiz, 340g dan 510g. Aku beli online di Shopee sebab entah kenapa tak ada langsung di pasar raya berdekatan. Jenuh aku pusing, jumpa sos cili biasa je. Sedih sis.
Kalau di kedai rasmi Adabi di Shopee, botol 340gl tu harga RM11. Botol 510g pula RM15.90. Agak berbaloi kalau ikutkan sebab kebanyakan kedai lain jual harga dah marked-up. Cumanya syarat Adabi kena beli RM40 ke atas baru dapat free shipping. Takkan nak borong sekali tepung cucur kot? 😂
Makanya aku beli di kedai lain yang harga lebih kurang tapi free shipping RM15. Biasa la berkira hehe
Ni beli dari Big Supermart harga RM11.29, mahal 29 sen daripada kedai Adabi tapi berbaloi. Dapat sekali serbuk cheese dan pes sambal petai tu sebab kedai tu jual banyak benda. Haaa pasni sis try buat sambal tumis daripada pes segera pula kan instead of campak-campak je. Insya Allah pasni review 💪🏻
Sekian resepi masak-masak saya yang mencampak segala bahan yang kebetulan ada untuk kepuasan citarasa sendiri. Kalau ada rasa nak cuba, silakan cuba. Tapi cubalah atas risiko sendiri haha. Semoga pasni ada idea lain pula nak cuba resepi campak-campak kat sini. Doakan saya hehe
Bye dan Assalamualaikum.
biasa masak campak-campak terus jadi ni level legend. hehe. yelah kan, asal tekak kita boleh terima dahla.
ReplyDelete