Tukar kad debit Maybank secara online | NaSa

Tukar kad debit Maybank secara online

in , , by NaSa, May 23, 2022
Assalamualaikum


Tahukah anda? Sebulan sebelum kad debit anda tamat tempoh, Maybank hantar emel cinta begini?

Aku baru tahu sebab baru dapat emel atas ni masa 29 April haritu. Bagus juga dia emel macam ni kan. Kurang sikit risiko terlupa nak tukar kad debit bagi mereka yang tak check tarikh di kad tu. 

Tapi tu la sebelum Maybank bagi peringatan tu, aku dah mohon untuk tukar awal-awal lagi masa 14 April. Lagipun mudah je sekarang. Tak perlu pergi ke bank untuk tukar di kaunter pun sebab boleh je tukar secara online di Maybank2U. Nanti dia hantar kad debit baru dalam tempoh 9 hari bekerja.

Sebelum tu, tips untuk lancarkan permohonan tukar kad debit online di laman web Maybank2U ni:
🔸 BUAT MELALUI KOMPUTER!

Soalnya masa nak submit permohonan dan aktifkan kad baru nanti, kena minta secure verification yang Maybank hantar melalui Secure2U dalam app MAE atau M2U. Kalau mohon guna phone, leceh la nak tukar dari Google Chrome pergi app Maybank tu kan. Dah la verification tu sah sekejap je.

Aku haritu pun memang buat guna laptop tapi tetap kalut sebab ingatkan dia hantar nombor TAC, rupa-rupanya guna Secure2U. Gelupur sis nak buka app MAE. Tu pun mujur aku unlock guna fingerprint. Cuba kalau lockscreen guna PIN ke, pattern ke, lagi naya. Tang tu la nak salah tekan segala benda 😂

Jadi gunalah komputer atau laptop ya, kawan-kawan. 

Lepas dah bersedia dengan komputer/laptop dan phone yang ada app MAE/M2U tu, boleh la log in ke dalam akaun Maybank2u anda. Kemudian pergi ke sudut belah kanan skrin tu, tekan SETTINGS.


Kemudian pergi ke tab CARDS. Kat sini memang dah auto page "Manage Debit Cards" jadi skrol la bawah sikit cari "Debit Card - Replace, Activate & Block".


Sebelah label kad yang Active tu, tekan titik 3 tu dan pilih la "Replace Card".


Isikan alamat rumah yang nak terima kad debit baru tu dan masa ni la kena "Request Secure Verification" tu nanti. Boleh buka app MAE atau Maybank2U dan cepat-cepat tekan Approve sebab benda ni sekejap je dia keluar.


Lepas pengesahan berjaya, nanti keluar la transaksi RM0.00 ni dalam History kita. Ye tak perlu risau kena caj apa-apa sebab permohonan tukar kad debit Maybank online ni percuma je. Kos untuk dia pos ke rumah kita pun percuma. Jimat la kos duit dan masa untuk pergi ke bank tu kan.


TAPI MOHON SIMPAN SALINAN TRANSAKSI PERMOHONAN TU YA.
Tekan butang PRINT tu dan "Save As..." resit transaksi tu dalam komputer masing-masing pun boleh, nak screenshot dan paste kat Word, Paint, etc pun boleh. Asalkan ada bukti permohonan tu. 

Aku pesan sebab aku ni kalau guna online banking melalui laptop, selalu lupa nak save bukti transaksi sebab tak perasan resit tu. Dah terbiasa sangat guna phone yang boleh terus screenshot masuk Gallery kan. Kalau laptop ni, banyak benda kena tekan untuk save sesuatu jadi selalu terlepas pandang la.

Pastu haritu kad debit baru tu lambat sampai so aku minta la Customer Service Maybank di Twitter tolong check. Sekali dia minta screenshot nombor rujukan nyahh. Mujur aku ada screenshot atas ni sebab memang dah plan nak masuk blog. Kalau tak, naya jemah sebab memang takde bukti lain 🙃

Seperti yang dikatakan, kad debit baru tu akan dihantar oleh Maybank dalam tempoh 9 hari bekerja. Aku mohon 14 April (Khamis), kad debit ni sampai 20 April (Rabu). Kalau tolak Sabtu-Ahad hujung minggu, dalam 5 hari bekerja la permohonan kad debit baru tu selesai.

Tapi aku betul-betul dapat kad debit ni bila tau? 1 MEI 😑😑😑 

Sebabnya entah siapa la yang terima parcel tu daripada PosLaju tapi tak bagitahu aku pun benda tu dah sampai. Masalah Maybank pula, dia takde update kata kad debit tu dah pos atau guna kurier apa jadi tak boleh la nak track. Jenuh sis ternanti-nanti nama sendiri dipanggil setiap kali kurier singgah rumah.


Kakak aku yang selit benda ni bawah pintu bilik aku sebab katanya dia perasan duk tersadai je atas kabinet ruang tamu. Lorhhh. Kalau letak atas meja kopi tu boleh juga aku perasan masa lalu-lalang kan. Ni letak atas kabinet tepi tu mana nak nampak????

Buat penat je sis bebel kat Maybank di Twitter tu haha. Dah la haritu lepas bagi nombor rujukan tu, Cyber Security Maybank ada call. Tapi tak sempat angkat sebab masa tu dekat waktu berbuka. Mesti dia risau kad tu dapat kat orang lain kan. Sebab PosLaju kata dah delivered tapi aku kata belum dapat huhu

Kad debit Maybank baru ni perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari lepas kad dikeluarkan.

Untuk aktifkan kad debit baru ni melalui laman web Maybank2u, cara dia sama je macam kat atas. Kena log in dalam M2u dan pergi ke bahagian Manage Debit Cards. Tapi kali ni nombor kad debit kita tu dah bertukar dan status dia jadi "Pending". Kena tekan butang 3 titik tu dan pilih "Activate".


Nanti kita akan diminta masukkan 8 nombor terakhir kad debit baru tu dan sekali lagi, kena Request Secure Verification untuk sahkan bahawa memang kita yang nak tukar kad tu.



Lepas pengesahan berjaya, maka boleh la kad debit baru tu digunakan. Kad lama pula boleh la ditongsampahkan saja. Atau nak simpan sebagai kenangan pun boleh. Suka hati korang la.

Nak save resit transaksi kat sini pun boleh kalau nak.

Paling penting, lepas dah aktifkan kad debit baru tu, jangan lupa untuk tandatangan di belakang kad tu untuk sahkan tu kad milik kita. Kang kalau ada orang kebas kad tu dan letak tandatangan dia kat situ, sedap la dia shopping guna duit kita.


Kad debit lama dan kad debit baru saya...

Peringatan untuk yang tukar kad debit Maybank secara online ni, kita tak boleh tukar design kad debit baru ya. Memang Maybank hantar jenis kad yang sama juga dengan kad debit lama. Jadi kad ceri akan dapat kad ceri, kad bola sepak dapat bola sepak, dan begitulah seterusnya. Kalau nak request kad design lain, kena pergi bank sendiri.


Tengok beza warna kad debit lama dengan yang baru tu. Lusuh juga ya kad lama tu. Almaklumlah dah guna sejak tahun 2017 lagi. Sampai tandatangan belakang tu pun dah pudar sikit. Tu pun mujur juga tak guna kerap sangat sebab jarang keluar dan takde duit. Kalau tak, mungkin lagi usang kad tu 😂

Dengan itu, selesailah urusan aku tukar semua kad debit kepada yang baru. Masa bulan Februari 2022 haritu, aku dah selamat tukar kad debit Bank Islam baru. Kalini, dah selesai kad debit Maybank pula. Takde dah risau kad kena tendang pasni. 


Kad debit Bank Islam ni kelakar sikit sebab kad tu dah expired sejak Oktober 2021 tau. Tapi sis malas nak pergi bank sebab tengah praktikum kan jadi memang aku tak guna langsung kad debit tu kalau keluar beli barang. Rela aku transfer duit dari Bank Islam pergi Maybank untuk guna kad debit Maybank hahaha

Kepada yang nak tukar kad debit Maybank tapi malas keluar atau tak sempat nak pergi bank, boleh la slow-slow log in Maybank2u tu nanti. Mudah dan ringkas je cara mohon untuk dapat kad debit baru tu. 

Tapi tu la. Lebih mudah kalau berurusan terus di kaunter sebenarnya. Kalau duduk berdekatan cawangan Maybank yang ada mesin kiosk kad debit macam kita order McDonald's layan diri tu, elok lagi sebab tak perlu tunggu giliran kaunter. Tapi kalau ada masalah apa-apa, boleh rujuk staf bank terus.

Kalau mohon online ni, risiko macam aku la. Tak tahu lokasi kad tu kat mana sebab takde cara untuk jejak lokasi parcel. Memang hidup dalam cuak sebab tak tahu selamat ke tidak keadaannya. Satu hal nak kena contact pegawai bank dan nak tunggu feedback mereka pula.

Sebab tu saranan aku kepada Maybank, tolong la notify pelanggan lepas dah pos kad debit tu. Kalau sibuk sangat takdan nak generate nombor tracking, at least cakap guna kurier apa dan pos bila. Senang orang nak anggarkan waktu parcel sampai dan standby kat rumah untuk terima benda tu.

Sebab fikir logik la kan. Kalau Maybank boleh emel aku sebab kad debit dah nak expired, maksudnya dia ada emel aku. Mesti dia boleh emel juga cakap kad baru dah siap generate dan pos. Ni diammmm je pastu lepas sampai pun takde notify suruh aktifkan cepat-cepat. Ingat aku tunggul ke hah? 😩

Pastu app MAE tu pun hari-hari masuk iklan promosi itu ini. Hantar la push notification sepatah kata kad dah siap. Bukankah mudah begitu?

Ni pun mujur aku duduk rumah tanah sendiri. Kalau duduk rumah flat yang jiran berderet kiri kanan pastu ada pula jenis jiran panjang tangan, tak ke naya kalau parcel sampai tanpa pengetahuan pastu jiran atau sesiapa je la pergi curi parcel? Tak memasal kena report kat bank pula.

Tak dinafikan bahawa sistem Maybank dah maju berbanding bank-bank lain yang masih bergantung cara tradisional. Tapi mohon ditambahbaik lagi la beberapa aspek ni untuk kesejahteraan dan kepuasan pengguna. Baru lebih mantop reputasi Maybank selaku bank nombor 1 Malaysia. Sekian daripada saya yang bukan siapa-siapa hahah

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ade pro n con la cam ni ye..
    sng sbb sume hujung jari.. tp ssh ati fikirkan kad bank selagi xsmpai kat tgn kita. hehe
    kalo nk buat kat kaunter malas betul nk jejak kaki ke bank..

    ReplyDelete
  2. Btw sekarang, kalau apply online dh boleh pilih design kad apa yang kita nak hehe. so ada pilihan nak stick dengan design lama or nak fresh new look

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS