Assalamualaikum
Opak kari adalah sejenis kerepek berbentuk empat segi sama yang dibuat daripada ubi kayu dan diperisakan dengan rempah kari pedas. Biasanya orang panggil opak ni sebagai keropok bika sebab bentuk dia sama dengan jajan jenama BIKA tu. Bezanya jajan Bika terkenal dengan perisa ayam.
Tapi sekarang Bika pun dah ada banyak perisa selain ayam uwu |
Kebetulan haritu stok biskut timbang aku dah habis. Dua-dua biskut coklat dan biskut mazola yang beli dari hujung tahun lepas tu akhirnya tinggal serdak. Punya lama nak habis sebab makan jimat-jimat 😂
Lepas biskut habis tu, dilema kejap aku sebab tak tau nak beli makanan apa untuk stok jajan baru. Nak beli biskut coklat lagi, jemu la pulak. Sampai la tetiba je aku dapat ilham: "Asyik biskut timbang je. Beli kerepek timbang la pulak." Hah masa ni barulah aku teringat semula pasal kewujudan opak kari.
Macam mana entah boleh lupa padahal opak kari ni kerepek kegemaran aku. Sebab selain saiz opak yang kecil dan mudah dimakan, perisa kari BBQ yang pedas manis masin tu pun sesuai dengan citarasa aku yang suka makanan pedas. Waktu belajar di KPM Ayer Molek dulu, kelas aku buat projek jual kerepek opak ni untuk tugasan kelas dan aku sendiri jadi pembeli setia kot hahahah
Tapi opak kari ni susah juga nak cari di Shopee sebab ada yang timbangan sikit tapi mahal, ada yang timbangan berat dan harga okey tapi sold out, ada yang kata ada stok tapi sebenarnya takde. 2 buah kedai aku beli barulah dapat opak kari yang timbangan banyak pada harga berbaloi.
Kedai pertama yang aku beli tu, di listing kata ada stok opak kari 350 gram (RM10). Aku percaya je la beli 2 bungkus (RM20) tapi hampeh. Lambat update. Sehari sebelum tarikh last dia kena pos, baru nak chat kata "Opak takde. Boleh tukar lain?" Terus aku batalkan order. Hilang mood nak beli.
Pertama, sebab rasa tertipu. Dalam Shopee tulis ada stok tapi sebenarnya takde.
Kedua, sebab aku memang nak OPAK KARI SAHAJA. Tak nak tukar benda lain.
Ketiga, sebab dia LAMBAT bagitau.
Aku order pukul 2 pagi hari Khamis, kalau ikutkan waktu siang tu masa waktu bekerja pun boleh update kan sama ada stok ada atau tidak. Tapi seharian tu seller senyap je. Pastu dia duduk Johor pulak. Jumaat Sabtu kan cuti so memang tak ada update langsung. Petang Ahad tu baru dia cakap takde stok. Sis hanya mampu husnudzon dia sibuk buat kerepek 😌
Actually kalau dia bagitahu awal-awal, takpe. Mungkin aku lembut hati nak tukar kerepek lain. Ni kena sidai tanpa update berhari-hari pastu berakhir dengan "stok habis", faham tak kecewa tu macam mana? Buat penat je aku berharap tunggu lama-lama. Kalau beli di kedai lain, entah-entah dah sampai huhu
Lagi bengang, dia kata takde tapi tetap jugak tak tukar status stok di Shopee tu. Harapan palsu. Pastu ni free shipping voucher aku yang last tau. Lagi rugi sebab dah tak boleh nak beli di kedai lain 🙃
Kecewa punya pasal, sis beralih cari di Lazada. Berbanding dengan Shopee yang makin kedekut voucher sekarang, Lazada lagi best la. Hari-hari ada free shipping >RM15 ke atas dan tak kena berebut bayar 😂
Dan Alhamdulillah seller Shopee yang aku nak tu ada kedai di Lazada jugak. Harga pun berbaloi sebab RM16.00+ boleh dapat opak berat 1 KILO. Mak datuk aii. Terus sis check out cepat-cepat DAN LIHATLAH!!
BESAR wey bungkusan dia hahahahha
Tak tahu la kenapa sebelum tu aku sangka saiz dia macam pek tepung 1 kilo je. Walhal opak kari ni kecil dan ringan. Kalau beli 1 kg, mesti la banyak kan untuk cecah berat tu? Situasi sama macam waktu aku beli 100gm bonito flakes untuk homemade takoyaki haritu sebab risau tak cukup. Sekali... terlebih 😂
Tapi takpe la. Yang penting terubat kekecewaan aku lepas kena sidai dengan seller pertama tu. Hikmahnya, aku dapat opak yang lebih berat pada harga lebih murah. Sedap pun sedap 😋
Aku beli dari kedai Signature Delight ni. InsyaAllah nanti nak try jenis kerepek dan keropok lain pula sebab kerepek ubi sambal basah dia pun sedap. Sambal tak kedekut dan kerepek rangup.
Tapi kedai dia di Lazada ni berbaloi kalau beli yg saiz 1kg. Kalau yang pek kecik-kecik, baik beli dari kedai dia di Shopee sebab dapat 350 gm. Lazada lebih mahal dan timbangan ringan (RM5 untuk 200 gm).
Apa-apa pun, kedai ni recommended la kalau anda pun nak beli kerepek. Rasa macam sihat sikit daripada jajan biasa yang dipenuhi gula sebab kerepek buat daripada ubi yakni sejenis sayuran kan 😂
Agak-agak kan, bila opak kari 1kg yang aku beli tu akan habis? hehe
Bye dan Assalamualaikum.
sllu mkn jajan bika tu je.. opak kari ni 1st time dgr.. rupa sama mcm bika.. hihi
ReplyDelete