Review: McDonald's Spicy Beef Deluxe Burger | NaSa
Assalamualaikum


Hasil daripada piknik tak jadi Jumaat lepas, dapat la aku merasa burger baru McDonalds iaitu Spicy Beef Burger bersama sos tomato pedas ni. Orang belanja memang laju je kita order kan. Kalau beli sendiri, fikir dua tiga kali nak ambik sebab tahu dah rupa sebenar tak seindah iklan 🤭


Mentang-mentang spicy beef, dia tempek gambar lada dengan lembu di pembungkus burger tu ye. Tapi geram pulak aku tengok dua gambar tu macam tak center dengan perkataan "with cheese" tu 😂

Kalau di laman web McDonalds Malaysia, description untuk Spicy Beef Deluxe Burger ni seperti berikut:
Meet the hotter, spicier versions of your favourite McDonald’s beef burgers. Perfectly juicy beef patties complemented by a spicy tomato sauce.
Spicier dan juicy beef patties katanya.

Tapi spicy tu hanya merujuk kepada sos tomato dia je. Aku ingatkan daging burger dia pun "spicy" sekali. Manalah tahu McD guna resepi baru dan daging burger tu ada rempah cili kan. Sebagai peminat makanan pedas, sis excited la kalau burger tu pedas-pedas macam tu. Sayangnya sangkaan meleset 😅

Tengok rupa sebenar burger berbanding dengan gambar iklan yang sempurna tu pun, lagi meleset 😂

McD Spicy Beef Deluxe Burger.
Tapi wajah sebenar tidaklah deluxe sangat pun huhu

Sekali pandang, macam sama je burger Spicy Beef ni dengan cheeseburger McD biasa. Tapi saiz patty daging untuk Spicy Beef tu lebih besar dan tebal sikit. Dan bun dia ada sesame seeds, cheeseburger tu bun kosong (tengok gambar bawah). Tapi tak tau la semua tempat sama atau tidak bun tu.

Plain McD cheeseburger.

Cuma "perfectly juicy beef patties" tu mengecewakan sikit la. Apoo tengok gambar pun tahu daging dia kering benor haha. Biasa la kan. Kalau anda pernah tengok video "food commercial tricks", faham la 😂

Nasib baik tak liat bergetah je daging burger McD ni

Sos tomato pedas dia sedap sikit. Dan sepatutnya ada harapan sos tu nak meleleh keluar macam dalam iklan. Tapi sebab bun roti tu terus diletakkan di atas kepingan keju cair, roti tu melekat. Maka sos atas keju tu pun terperangkap di tengah-tengah dan tak boleh keluar lol

Masa makan, aku pun terfikir dah rupa makan cheeseburger biasa je sebab "MANA YANG PEDASNYA?" Takkan bayar mahal untuk nama je kan. Lepas gigit sampai ke tengah burger tu baru nampak sos tomato pedas tu tebal di tengah. Tekan bun roti baru sos tu nampak banyak meleleh.


Tahap pedas sos tomato tu, dalam 0.5⭐? Sebab takde la lidah rasa tingling sangat pun lepas makan. Bagi aku, secukup rasa je la. Dan sayang sikit sebab rasa tomato dan pedas sos tu overwhelmed oleh rasa mayonis. Sekali rasa, macam mayonis tu sendiri yang pedas. Sos tomato takde.

Sos McD kan jenis picit dari dispenser dan keluar bulat setompok atas daging/keju tu. Mana ada staff dia ratakan ke apa sebab nak cepat. Nama pun "fast" food haha.  Lainlah burger Ramly tepi jalan tu memang tukang masak dia picit sos ke seluruh permukaan daging kan.

Jadi burger ni di tepi rasa cheeseburger biasa. Di tengah je kuat rasa mayonis pedas. Tak balance 😤

Lagi spoil pasal burger Spicy Beef McDonalds ni, aku beli DOUBLE BEEF tau. Dia bagi SINGLE! 😤😤

Tengok dia tulis 2pc Me(at) tu.

Tapi tu la aku tersedar lambat. Aku dah letakkan sos cili di bun bawah burger tu baru terlintas nak tengok balik resit sebab rasa macam apasal lain burger ni? Rupa-rupanya, patty daging tu tak cukup.

Aku cakap kat kakak aku, dia kata emm burger dah sentuh dah pun. Lagipun dekat Isyak dah masa tu. Masing-masing pun penat kelaparan redah jem dari pantai kan so malas dah la nak pergi balik ke McD tu untuk tukar. So aku makan je la. Takdak rezeki. Walaupun memang rugi la sebab bayar mahal kan.

Fikir balik, macam kifarah pun ada.

Sebab hujung bulan Mei haritu, kami ada singgah dine-in di McD Pasir Mas lepas hari gaji. Aku order Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng Spicy. Tapi dalam nasi tu somehow dapat 2 ketul ayam 😅

Yang ditulis di resit, 1 ayam.

Yang dibungkus dalam bekas, 2 ketul ayam.

Tapi masa ni pun semua dah lapar sangat sebab makanan kami lambat sampai since kedai tu penuh. So aku makan je dulu ingatkan nanti bayar baki kemudian. Pastu tahu-tahu dah balik tanpa bayar lol

Aku ingat nak contact McD di Twitter tapi akaun tu tak buka DM. Twitter McD Malaysia tu memang fungsi tweet iklan je. Takde interaksi Customer Service dengan pelanggan pun huhu tak friendly betui.

Jadinya sekarang ayam ekstra yang aku dapat haritu dah diqadha balik oleh patty daging yang tak cukup dalam burger ni. Tapi satu lagi masalah, McD sekarang berhutang dengan kakak aku RM2.64.

Kenapa?
Nasi Lemak + 2 pc Ayam Goreng Spicy + Add-on Milo = RM16.37 + RM0.37
Jumlah = RM16.74

Nasi Lemak + 1 pc Ayam Goreng Spicy + Add-on Milo = RM13.11 + RM0.61
Jumlah = RM13.72

Perbezaan: RM16.74 - RM13.72
Jumlah = RM3.02 (ni kira kami hutang dengan McD)
Rujukan: Laman web McD
Tapi harga di McD Pasir Mas tu lain kenapa entah. Add-on Milo dia pun lagi mahal 🤔

Tapi burger Spicy Beef McD ni for some reason mahal mengalahkan nasi lemak lauk ayam goreng ya 👀
Double Spicy Beef Deluxe Burger with Cheese (Meal Set) = RM18.02

Spicy Beef Deluxe Burger with Cheese (Meal Set) = RM12.36

Perbezaan: RM18.02 - RM12.36
Jumlah = RM5.66 (yang kami terlebih bayar dekat McD)
Rujukan: Laman web McD

Kalau tolak jumlah yang kami terkurang bayar tu dengan nilai yang terlebih bayar:
RM5.66 - RM3.02 = RM2.64
Banyak weh RM2.64. Kalau beli aiskrim vanila McD celup coklat (Choco Top) tu pun ada baki lagi sebab aiskrim tu baru RM2.36. Walaupun bukan duit aku sebab kaklong yang bayar, tapi rugi la kan macam ni.

Jadi cerita sekarang, macam mana nak tuntut hutang daripada McDonalds Malaysia? 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS