Assalamualaikum
Start tahun 2022 ni ada satu trend mengarut yang mula terjadi dalam blog ni yang agak membuatkan aku stres. Google la ni punca. Apoo yang malas sangat nak protect kebajikan pengguna Blogger.
Ceritanya...
Atas sebab-sebab keselamatan, aku tak letak pun sebarang Contact Form dalam blog, tak kira sama ada gadget daripada Blogger sendiri ataupun daripada pihak ketiga. Saluran untuk pembaca tinggalkan pesanan di blog ni, cuma link media sosial di Contact page dan Shoutbox (Cbox) dalam blog.
Tapi walaupun aku tak letak Blogger Contact Form, sepanjang tahun ni, setiap bulan aku selalu dapat emel daripada Blogger pasal mesej daripada contact form tu. Kalau mesej tu isi penting, tak mengapa la juga. Tapi yang aku dapat tu semua mesej spam tak semenggah. Entah lahabau mana yang hantar.
5 Mei 2022 |
28 Mei 2022 |
9 Jun 2022 |
Ada lagi emel lain sebelum tu yang isi serupa tapi aku dah delete dari inbox. Ni antara beberapa yang terus masuk dalam Spam lepas aku blok emel tu sebab menyemak, serabut, menyampah, semua ada.
Isi dalam emel tu semua guna keyword berkaitan konten lucah atau seksual, disertakan sekali dengan link yang selain pergi ke laman web lucah, kemungkinan besar jugak akan mengandungi virus.
Isi dalam emel tu semua guna keyword berkaitan konten lucah atau seksual, disertakan sekali dengan link yang selain pergi ke laman web lucah, kemungkinan besar jugak akan mengandungi virus.
Hairan bin ajaib la aku ni jadinya.
Link entri dalam blog aku yang jadi sumber contact form tu adalah entri review Dalacin T. Cuma entri tu sahaja. Takde entri lain pun yang jadi punca. Sangat tak berkaitan kan sebab entri tu pasal skincare!

Jenuh aku tenung kod HTML entri tu untuk cari mana coding untuk contact form tu tersesat. Mana la tahu aku ada letak untuk mudahkan orang lain tanya pasal masalah jerawat kan. Tapi memang takde!!
Sebab dalam main page blog pun aku malas nak letak Blogger Contact Form tu, apatah lagi dalam entri individu. Dah la aku ada tukar template blog beberapa kali tahun lepas sejak aku tukar domain blog. Setiap kali tukar tu jugak aku delete gadget Contact Form sedia ada dalam HTML tu.
Tapi dalam sebulan, tetap jugak aku dapat 2-3 emel konten lucah daripada Blogger Contact Form tu.
Aku mati akal dah macam mana nak hentikan emel spam tu.
Lepas cari di google, ada ramai orang lain yang alami masalah macam aku. Mereka pun tak letak Blogger Contact Form tu tapi selalu dapat mesej spam. Bezanya mereka dapat spam pasal iklan produk. Aku ni dapat spam link laman web lucah. Padahal isi entri yang jadi sumber contact form tu pasal skincare! 😤
Ada orang yang request support dalam forum Google tapi staff dia cuma kata "akan bagitahu pihak berkaitan untuk siasat". Pastu tak update pun pasal punca spam tu muncul, apatah lagi cara untuk hentikan masalah tu daripada berulang. Ada forum yang dia lock lagi sebab tak nak orang lain tanya.

Setakat ni, yang aku dapat buat untuk elakkan spam tu kacau inbox adalah blok alamat emel Blogger Contact Form. Jadi semua emel baru akan masuk Spam dan aku tak la pening baca emel bodoh tu.
Tapi tu kira solusi sementara je la sebab isunya tetap berulang jugak. Baru beberapa hari lepas pun dapat lagi emel spam tu. Isi sama jugak duk promote laman web lucah. Eeeeee rasa nak carut.
Spam 20 Jun 2022 |
Lokasi spam tu semestinya luar negara. Agaknya diorang ni yang demografik dari US dan Eropah tu yang sesat jumpa blog aku. Ppadahal konten blog aku ni curate untuk Malaysia (dan negara jiran).
Ada tak sesiapa yang alami masalah sama dan tahu macam mana nak atasi benda ni? Sebab walaupun aku dapat emel tu beberapa kali je, tapi sis dah menyampah la. Rasa macam privasi tak selamat je sebab tak letak Blogger Contact Form pun, ada orang contact jugak. Rasa macam ada stalker dah 😤
Bye dan Assalamualaikum.
Susah jugak ni. Takkan nak delete entry tu. Sayang pulak
ReplyDelete