Cubaan kedua bikin kek sarang semut | NaSa
Assalamualaikum

Lepas kegagalan buat kek sarang semut haritu sebab tak berapa bersarang, kali ini kita masuk Take 2 ya. Sebab pantang la sis kalau masak kek tak jadi ni. Memang rasa geram-geram nak buat lagi sampai jadi walaupun at least sekali sahaja. Biar terlunas dendam kesumat hati ini gitu.

Tapi sebelum bergegas nak buat lagi tu, kena la ada strategi untuk kurangkan risiko kegagalan dan tingkatkan potensi kejayaan kan. Jadi aku pun pos gambar kek tak jadi tu di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? di Facebook. Tanya pendapat makcik-makcik pro di FB sebab tanya di Twitter takde respon 😂

Antara tips yang diperolehi:
  • Tak perlu guna baking powder, guna baking soda sahaja
  • Lebihkan baking soda
  • Peram dahulu adunan kek sebelum dimasak
  • Guna loyang tinggi untuk tinggikan saiz lubang sarang kek tu
  • Etc, etc, etc....

Tu pun ada yang bercanggah-canggah pendapat sorang makcik dengan makcik yang lain tau 😅

Orang ni kata tak payah guna baking powder, orang tu kata "saya bubuh baking powder jadi je kek tu." Sorang ni kata elok peram beberapa jam untuk create lubang sarang yang cantik, sorang tu pulak "Saya terus masak je takde peram-peram." Haaa dah bergaduh pulak di ruang komen tu hahah

Tapi sebab kita noob kan, maka kita ambik jalan selamat je la daripada ambik risiko kek tak jadi lagi kan.

Soooo... aku ikut nasihat buang baking powder dan peram dulu adunan kek selama sejam.

HASILNYA...



Hah nampak la ada rupa kek sarang semut tu kan daripada haritu permukaan atas tu lembik gebu rupa kek coklat kukus. Takde la kecewa sangat hati ini sebab dah nampak ada harapan boleh pro tu.

Tapi tu la sis dikhianati oleh loyang pulak ya. Hey banyak betul masalah kalau nak buat kek Melayu ni 😂

Haritu sebab ada duit lebih masa beli kuali roti canai, aku beli la sebiji loyang springform 6 inci yang boleh pisahkan dasar loyang daripada bekas keliling tu. Loyang ni memang dah lama ada dalam wishlist sebab nampak lebih mudah untuk buat no-bake cheesecake atau sebarang jenis kek kan.

Aku ingat kalau guna loyang springform, senang la nak pisahkan kek untuk disejukkan sebab tak payah nak terbalikkan dan hentak loyang. Tapi hampa ya. Masalah dengan loyang springform ni yang aku tak check betul-betul sebelum beli, RISIKO ADUNAN KEK MELELEH DARI BAWAH TU TINGGI!


Masa angkat loyang tu letak atas rak pengukus pun dah meleleh-leleh. Masa kukus tu lagi la teruknyeee. Adunan kek tu tiris masuk ke dalam bekas air pengukus dan air jadi terlebih panas sampai melimpah ruah ke ladang gandum keluar dari bekas dan juga berbuih sampai ke atas lol

Kesan coklat-coklat di sekeliling rak pengukus tu adunan kek yang tiris dan direbus dalam air panas tu la. Banyak pula tu yang tiris. Elok-elok adunan kek dalam loyang tu banyak, akhirnya kek aku jadi rendah sebab adunan hilang. Sampai air kukusan tu pun jadi warna coklat serupa lepa karamel Gardenia 😂

Kek dalam loyang springform ni pun susah nak dikeluarkan sebab dasar loyang tu ada dinding setinggi 2-3 mm. Aku nak cungkil kek guna pisau, jadi tertikam pula keknya sebab bontot kek tu sebenarnya masih jauh ke dalam. So yang ingat tak perlu hentak loyang tu, tetap kena hentak ye. Menyesal beli.

Mujur kek tetap berjaya keluar dengan selamat akhirnya. Sarang kek pun menjadi dan nampak lebih elok la daripada cubaan pertama haritu.


Lubang-lubang sarang semut tu tampak lebih memuaskan sebab banyak dan nampak seragam sikit taburannya. Berbanding kek haritu yang lubang serupa segan nak kembang dan kecik-kecik je.

Dan kali ni kek ni pun lebih sekata bahagian bawahnya ye. Aku tukar guna tungku dapur belah kiri yang lebih rata. Haritu aku guna tungku kanan yang senget sebelah, sebab tu kek aku pun senget lol


Rupa paras kek di bahagian dalam pun lebih elok. Lubang sarang pun nampak tinggi sikit kalini. Mujur ya. Aku dah risau takut isi dalam kek tu jadi sup sebab kan air kukusan tu naik melimpah sampai ke atas sebab adunan kek tiris tu. Mana la tau ada air masuk dalam loyang jugak ke.

Cuma bahagian kek belah atas (kek ni terbalik) tu je yang masih nampak gebu berbanding bahagian bawah. Jadi sarang kek tak kelihatan dan tekstur kek pun jadi lain sikit. Bawah kenyal-kenyal, atas gebu.

Aku pos lagi gambar kek kedua ni di group Facebook tu dan kata makcik-makcik FB, itu perkara biasa kalau kek sarang semut ni dikukus. Kalau guna oven baru cantik sarang kek di bahagian atas dan bawah.

Sebab oven kan ada fungsi api atas dan bawah. Sebab tu cara masak dalam oven kena guna api bawah dulu, kemudian tukar api atas. Boleh la kek sarang semut tu masak sekata di kedua-dua bahagian.

Kalau kukus, nanti api tu banyak di bahagian bawah sahaja. Sebab tu kek aku ni bahagian bawah je jadi cantik lubang sarang semutnya. Yang atas tu jadi lembut gebu-gebu sebab ia bukan dimasak dengan haba api tapi lebih kepada haba wap air. Kesian oh kat aku.

Tapi nak buat cemana dah oven kat rumah ni takde soket khas. Kukus je la mampu kan 🤷🏻‍♀️

Asal boleh makan, cukuplah.

Kek pertama tu comel je sebab baru perasan potongannya nampak macam ada smiley 😃 dan 😠 haha

Kalau tengok dari perbandingan begini, boleh dikira suatu peningkatan la kan?

Tengok la kalau aku nak try buat versi oven pulak. Tapi kena tumpang oven rumah kaklong la sebab oven rumah dia ada soket khas haha. Cuma kena tunggu ada mood rajin la kalau nak membakar nyee.

Sebab kek sarang semut ni bahaya betul nak buat. Takut aku.

Haritu aku seram part bubuh air panas dalam gula hangus je sebab meletup-letup panas kan. Ni masa cubaan kedua, pakej dapat bersiram air panas ye sebab air yang nak tuang dalam periuk tu tumpah.

Melecur 2 batang jari 💀

Jenuh siram tangan bawah air paip mengalir dan lumur gel aloe vera untuk hilangkan rasa pijar panas yang terlampau tu. Mujur air tumpah tu tak kena badan dan kaki je sebab sempat elak.

Sis trauma. TRAUMA!

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Cantik kejadian kek sarang semut . Nampak moist . CCL pernah cuba buat kek sarang semut ni . Tapi kejadiannya tekstur kek agak lembik sikit bhgian tengah

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS