Assalamualaikum
Colek malas Kelantan. |
Di tempat lain, ada juga yang panggil "Rojak Kelantan" sebab asal-usulnya popular di negeri Kelantan.
Sebab ketulan cucur tu dipotong kecik-kecik dan dimakan dengan cara mencolek dalam sos pencicah. Pastu biasanya lepas makan colek malas ni sepinggan, memang kita akan kenyang terbujur sampai rasa malas dah nak buat apa-apa. Rasa nak tidur menyenggeng je hehe
Jadi ianya adalah makanan colekan yang akan membuat anda jadi malas lepas kenyang 😂
Cucur colek malas yang belum dipotong. |
Kalau orang lain masak, aku tak tahu la versi mereka tu bentuk macam mana. Tapi kalau mama yang buat, memang hampir besor penumbuk saiz setiap ketul cucur tu. Makan seketul pun memang kenyang. Apatah lagi aku yang biasanya ambil 2-3 ketul ni. Tu yang mata jadi berat je lepas makan haha
Bahan asas colek malas adalah tepung gandum macam kuih cucur biasa. Sekali pandang, colek malas ni macam cucur sayur. Bezanya ia dipenuhi sayur kangkung, cucur sayur biasanya mengandungi lebih banyak bahan macam taugeh, hirisan bawang, kubis, lobak merah, hirisan cili, udang, etc.
Ikut versi masing-masing kan. Tapi kalau colek malas ni, memang aku biasa jumpa versi kangkung je.
Colek malas ni kalau dulu-dulu, ada juga mama bubuh udang. Tapi dengan ekonomi sekarang, orang kayangan je kot mampu beli udang hanya untuk buat cucur gini. Kita marhaen ni memang tidak la hehe
Jenis sos pencicah untuk colek malas dan cucur sayur pun berlainan juga mengikut tempat. Kalau colek malas, pencicah paling sinonim adalah "colek nisan" iaitu sos pencicah berasaskan gula melaka. Takde sos pencicah yang ni, rasa tak lengkap woh. Manis gula Melaka campur pedas cili tu 👍🏻
Kalau cucur sayur, pakai sambal air lada gitu kot? Sos cili pun boleh. Kalau Johor, aku tengok ada yang cicah sambal kicap huhu. Sedap jugak tu macam pisang goreng Johor.
Colek malas ni tengok resepi, macam mudah nak buat. Tapi tu la apa bahan yang paling jarang aku ada?
Kerajinan haaaa~
Yang dapat makan kali ni pun sebab mama terlintas nak buat dan kirimkan kat keluarga besan. Siap kebas stok mauripan aku 2-3 peket. Kalau nak harap buat sendiri ni, memang malas la kot. Harap beli je. Pastu komplen tak sedap sebab orang kedai selalu kedekut bahan sos atau cucur keras huhu
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤