Assalamualaikum
Dah lama mengidam ketupat sotong ni. Akhirnya ni baru dapat!
Sebabnya kalau nak beli sotong besar di supermarket sini, mahal sangat dan kesegaran pun tak seberapa. Kali ni baru kesampaian hajatnya lepas makcik aku yang duduk berdekatan pantai Thailand dan memang kerja jual ikan dan makanan laut fresh tu kirimkan sekotak besar sotong segar.
Rezeki baby dalam perut kakak aku sebab biasa la makcik-makcik ni kalau dengar ada ibu mengidam, ramai yang murah hati nak sedekahkan makanan kan. Kita yang duduk dekat ni pun menumpang la haha
Ketupat sotong ni di dalamnya padat berisi beras pulut. Hujungnya disumbat dengan kepala sotong tu sendiri sebelum dicucuk dengan lidi untuk dimasak. Aku tak pasti rasa ketupat sotong di tempat lain macam mana sebab tak pernah cuba. Tapi kalau yang mama buat ni, kuahnya lemak-lemak manis gitu.
Jangan tanya resepi kuah kat aku sebab mama yang buat. Aku balik dari kelas memandu untuk ujian JPJ tu tahu-tahu dah siap. So aku tukang ambik gambar dan makan je la hahaha
Bye dan Assalamualaikum.
Tumpang jamu mata! Terliur tengok ketupat sotong. Lama sangat tak makan, nak buat sendiri tak rajin pula hehehee.
ReplyDeleteSedap . Raya ni tahun ni belum jumpa lagi ketupat sotong . Seingat ccl pernah 2kali je makan .
ReplyDeletepernah cuba tapi tak boleh pergi kat tekak sbb manis...ammi prefer yang pedas2 kot
ReplyDelete