Kebanggaan sebagai seorang blogger picisan | NaSa
Assalamualaikum

Benda ni kalau aku cerita di tempat lain, biasanya orang tak boleh nak relate sangat. Tapi kalau cerita di blog, mungkin ada beberapa kawan blogger yang boleh relate kot? Sebab sama-sama blogger kan.

Jadi seperti yang banyak diceritakan dalam blog ni, aku adalah alumni dari Kolej Profesional MARA (KPM) cawangan Ayer Molek dalam jurusan Diploma in Business Studies. Lepas tamat belajar, buat permohonan UPU untuk masuk Universiti Utara Malaysia dan sekarang dah nak grad kan.

Jujur cakap, pengalaman sepanjang belajar di KPM dulu memang paling seronok bagi aku. Less stress, more fun friends. Paling penting zaman tu belum ada COVID haha. Di situlah tempat aku bina semula hidup dari bawah, jumpa ramai kenalan penyeri hidup, timba ilmu baru.

Pendek kata, tanpa KPM, siapalah aku? ecewah 😂

Entah-entah kalau tak masuk KPM, blog ni pun mungkin tak aktif macam sekarang. Sebab bermula dari hidup di KPM itulah, aku ada sedikit bahan tulisan untuk blog dan ia akhirnya jadi motivasi untuk aku menulis lebih banyak walaupun pasal topik remeh-temeh je. Boleh juga hilangkan stres.

Lagi satu, aku memang jarang bercakap in real life. Kalau orang tak tanya, aku tak cerita. Tapi kalau orang tanya macam banyak sangat sekali harung, aku akan jadi tak selesa nak cakap banyak. Tapi aku suka menulis, sebab tu aku abadikan momen-momen sepanjang belajar di KPM tu dalam blog.

Saja buat konten dan berguna la juga untuk kongsi dengan keluarga dan kenalan about how I was faring in life. Sebabnya aku jarang update pasal aku di media sosial (kecuali bebel bodo-bodo di Twitter je).

Salah satu tulisan aku pasal KPM termasuklah pasal kelebihan-kelebihan yang ada di KPM untuk pelajar.

Motif masa tu sengaja mahu gambarkan betapa bertuahnya aku diterima masuk belajar di KPM. Selain tu, boleh juga jawab beberapa persoalan yang bakal pelajar KPM selalu tanya pasal pengalaman belajar di sana. Jimat masa sikit daripada jawab benda sama banyak kali kan.

Tapi siapa sangka tulisan pasal kelebihan KPM tu makin lama makin menjadi topik hangat? 😅

Daripada permulaan yang biasanya ada beberapa orang je yang masuk baca pasal cerita di KPM tu, akhirnya kini tulisan tersebut berjaya mencecah 100,000 PAGEVIEWS!
100,000!

Aku sebenarnya kalau tengok ada entri cecah 100 pageviews pun rasa pelik tau. Apatah lagi kalau tengok ada orang masuk ke entri aku yang pasal benda tahpape. Rasa macam "Siapa la baca ni?" 😂

Jadi bila ada yang cecah angka lebih tinggi ni, memang rasa "Wow, I did that??" Tak sangka.

Sebagai blogger picisan yang cuma terbitkan entri sekali sekala ikut mood dan pageviews pun biasanya cuma range 2 angka, ini adalah suatu pencapaian bermakna la. Maksudnya bernas juga konten yang aku duk tulis syok sendiri dan panjang nak mampus sampai orang jenuh nak skrol kan 😂

Terima kasih kepada Google Analytics yang ada fungsi untuk jejak kemasukan realtime audience dalam blog. Tab GA tu memang selalu dibuka dalam Google Chrome phone aku. Kadang-kadang bila refresh, nampak la ada jumlah pembaca 2-3 orang masuk ke entri pasal kelebihan KPM tu.

Dan haritu baru aku perasan pageviews entri tu dah masuk 99,000 something. Aku macam berharap la agar nanti boleh tengok entri tu cecah genap 100,000. Alhamdulillah doa dimakbulkan 😂

Tak sia-sia la selalu refresh dashboard Blogger haritu. Berjaya juga dapat screenshot ni hahahah

Selain kagum dan gembira, secara tak langsung terselit sedikit bangga. Berbaloi juga aku membebel dalam blog ni kan. Walaupun topik banyak menjurus kepada catatan harian dalam kehidupan pasal benda renyah, tapi sekurang-kurangnya ada juga isi aku yang membantu masyarakat setempat 😊

Semoga tulisan dalam blog ni sentiasa berguna kepada orang yang membaca hendaknya., dan semoga aku pun akan terus ada motivasi untuk update blog dengan lebih banyak cerita bermanfaat.

Harapnya platform Blogger ni pun akan terus wujud tapi tanpa sebarang perubahan yang pelik-pelik.

Sebab baru haritu aku membebel lepas Blogger ubah format ruang komen kepada stail minimalis. Dulu kan ada kotak gitu untuk kita tulis komen, tapi sekarang kosong. Ingatkan internet aku slow sampai kotak tu tak loading habis tapi rupanya Blogger yang tukar penampilan. Sayangnya huduh bagi aku 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Tahniah.. dah lama sy tak jenguk blog nie.. Itulah yg best bila jadi blogger kan..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS