Pernah cuba lempeng cicah susu pekat? | NaSa

Pernah cuba lempeng cicah susu pekat?

in , , by NaSa, July 14, 2022
Assalamualaikum


Lempeng cicah susu pekat adalah satu makanan yang tak asing bagi family aku, dan aku rasa benda ni pun macam agak normal di Kelantan. Aku dari kecik sampai besar pun makan macam ni je kalau tengah takde duit. Sekilo tepung tu bancuh jadi lempeng memang kenyang satu family tau.

Tak perlu cicah lauk fancy macam sardin, kari, gulai, etc. Cicah gula atau susu pekat pun dah cukup.

Mungkin atas sebab faktor sosioekonomi kot. Kelantan ni faham-faham la tak maju mana. Kawasan aku pun kampung gitu. Gaji abah aku sebagai pengangkut pasir tepi Sungai Kelantan dulu cukup-cukup makan je sebulan. Jadi cara begini la mudah untuk family susah berjimat tanpa perlu berlapar.

Tapi aku baru tahu yang orang negeri luar ada yang tak pernah makan lempeng dengan cara ni, apatah lagi tahu yang ada orang makan lempeng cicah dengan susu pekat macam kami.

Sebabnya haritu di Twitter ada orang tweet pasal stereotype orang Kelantan ni suka gula. Makan roti cicah gulai letak gula dalam tu. Makan lempeng atau roti canai pun cicah dengan gula gitu. Sebab tu timbul jenaka gelap ni punca Kelantan ramai penghidap kencing manis.

I tak terasa hati sebab memang betul pun. Family aku selalu je buat macam tu. 😂

Kenapa entah gulai tu kalau pedas manis-manis, sedap je cicah dengan roti bun kosong. Lempeng tu pun kick jugak makan dengan gula yang crunchy hahah.

Masa mama masuk hospital tahun lepas pun kami ada order roti canai dengan gula asing di Food Panda. Walaupun kedai akan bagi kuah dal atau kari sekali, kami tak minat sangat benda tu sebab biasanya kuah tu tak sedap. Cair takde rasa. Kari serupa rempah kari bancuh air, dal takde dal. Potong stim.

Anyway dekat tweet tu la aku reply yang selain gula, orang Kelantan ni ada yang makan lempeng cicah susu pekat jugak. Pastu ada kawan Twitter aku macam terkejut sebab "Betul ke?"

Dan aku pula balas terkejut sebab "Eh korang tak pernah try ke?" 

Sama-sama terkejut dengan penemuan suatu kebiasaan baru yang tak biasa hahahah

Kawan tu tanya "Rasa apa je makan lempeng cicah susu pekat?"

Emm dapat soalan tu baru aku sedar yang selama ni aku tak pernah fikir pun pasal rasa tu cemana 😂 Sebab dah biasa makan dari kecik kan. I thought the taste is just normal taste? Bagi aku la.

Tapi kalau nilai secara objektif, bila lempeng bersatu dengan susu pekat tu actually tak ada rasa pun.

Sebab lempeng adalah bancuhan tepung dan air sahaja. Susu pekat pun cuma ada rasa manis. Jadi tak ada la letupan rasa menarik macam cicah dengan lauk savory macam kari, gulai, atau sardin. Sebaliknya ia rasa macam makan kepingan tepung kenyal yang manis 😂

Cuma sekarang je aku dah advanced sikit sebab selain susu pekat, kadang-kadang aku buat lempeng tu nipis-nipis, ratakan Nutella di atas, pastu gulung dan makan. Feeling macam makan crepe gitu.

Credit: Website Nutella

Haaa macam ni la lebih kurang. Cuma aku takde la letak strawberi, pisang, atau buah-buahan lain. Guwe makan kosong je lempeng Nutella tu. Dan Nutella pun takde la sapu tebal sangat sampai melimpah keluar sebab muak weh benda tu kalau makan banyak sangat.

Sesetengah orang yang baru cuba style lempeng cicah susu pekat ni mungkin tak suka sebab tasteless. Dan agaknya aku ni pun boleh telan lempeng macam tu selama ni mungkin sebab acquired taste kot. Sepanjang hidup dah makan macam tu kan. Lidah dah terbiasa so jadi tak kisah.

Tapi korang macam mana? Pernah makan lempeng cicah susu pekat? 😅

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Lempeng cicah susu pekat tak pernah. Kalau roti cicah susu pekat tu biasalah hehehee

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS