Assalamualaikum
"Mau terbakar lidaaaaaaahhhhh!" 🔥🔥🔥
Begitu tagline kicap manis baru keluaran Mahsuri perisa EKSTRA PEDAS, dan tagline tu sangat tepat ya.
Aku mula-mula jumpa kicap ni di pasar raya Pantai Timur tapi takde rasa nak beli sebab macam mahal je harga dia. Jadi aku abaikan dulu walaupun teringin nak tahu macam mana rasa dia.
Tapi sebelum raya Haji haritu, kebetulan kaklong bagi duit lebih masa suruh beli tepung dan kuali leper baru untuk buat roti jala sempena raya. Haa boleh la aku tumpang sekali beli kicap ni untuk cuba.
Balik rumah, tak menyempat-nyempat ye buka seal lubang kicap tu. Baru hidu sikit, dah semerbak bau cili masuk hidung. Tuang sikit di tapak tangan untuk cicip rasa, Astaghfirullah memang Mahsuri tak menipu la pedas dia. Sampai rasa panas lelangit dan pangkal lidah. Terbatuk-batuk sister 😂
Tak tahu la berapa kilo Mahsuri blend cili api untuk masukkan dalam setiap botol kicap tu. Terbakar betul level pedas dia. Tapi sesuai dengan tekak Melayu aku yang sukakan makanan pedas ni.
Mula-mula aku ingat nak makan kicap ni dengan telur mata. Macam sedap je makan kicap pedas dengan telur mata kan sebab jimat 2 dalam 1. Tak perlu dah potong cili untuk tabur atas telur memandangkan kicap tu sendiri dah pedas. Tapi sangkaanku meleset ya.
Sebabnya kicap ekstra pedas Mahsuri ni agak masin. Ketar kepala woi makan begitu saja dengan telur mata dan nasi kosong. Dan aku ni dah la jenis suka kicap banjir buat kuah sebab tak suka nasi kering.
Sedangkan aku try sesudu kecil kicap pedas Mahsuri tu pun dah gelupur cari air. Kalau makan kicap tu style banjir, mau cair lidah gamaknya. Memang tak sesuai la makan kicap pedas berapi macam ni kosong macam tu je. Jadi sis akan setia dengan kicap kipas udang je kalau menu telur mata 😂
Kicap ekstra pedas Mahsuri ni lebih sesuai dibuat memasak, macam lauk berkuah atau perapan daging.
Aku dah test haritu buat ayam masak kicap dan udang goreng kicap. Memang sedap. Tak perlu tambah gula garam ajinomoto sebab kicap tu dah cukup rasa. Cili pun jimat tak perlu beli cili api atau cili giling.
Untuk setiap lauk tu, aku guna 4 sudu kicap Mahsuri ni untuk portion seorang makan dan memang pedas terangkat. Walaupun dah larutkan dengan sedikit air untuk banyakkan kuah, rasa pedas dia tak berkurang pun. Lepas ni boleh try goreng mee pulak. Campur dengan udang, Ya Allah sedapnya! 😋
Sebotol kicap ekstra pedas Mahsuri berharga RM6.50 untuk botol berisipadu 410ml. Lebih kurang je harga dengan kicap kipas udang botol kecik. Tapi kicap Mahsuri ni rasanya lebih jimat sebab sekali makan, tak guna banyak-banyak pun. Pedas melampau kan. Jadi sebotol tu boleh tahan lebih lama la.
Sebotol kicap ekstra pedas Mahsuri berharga RM6.50 untuk botol berisipadu 410ml. Lebih kurang je harga dengan kicap kipas udang botol kecik. Tapi kicap Mahsuri ni rasanya lebih jimat sebab sekali makan, tak guna banyak-banyak pun. Pedas melampau kan. Jadi sebotol tu boleh tahan lebih lama la.
Selain versi ekstra pedas, kicap manis Mahsuri ni ada yang sekadar level "pedas" sahaja. Harganya RM4.90 untuk isipadu sama juga 410ml. Aku tak ambil yang ni sebab ye la alang-alang nak try, baik aku ambik yang ekstrem terus hehe. Untuk peminat pedas yang tak keterlaluan, boleh cuba yang ni.
Puji, puji jugak Mahsuri ni. Tapi kicap kipas udang tetap menjadi raja hati sis hehe. Manis kicap kipas udang tu lebih serasi dengan lidah aku. Mahsuri pekat elok tapi kurang kick sikit manis dia bagi aku.
Cuma satu yang bagus pasal kicap Mahsuri ni, design penutup botol tu lebih selamat sebab tutup secara penuh dan lebih kedap udara. Takde la risiko semut masuk dalam botol kicap. Kalau ada lebihan kicap meleleh di lubang tu, ia akan menitik masuk ke dalam botol semula tanpa terdedah kepada udara.
Kicap kipas udang tu aku harap upgrade la penutup dia daripada jenis penutup yang halus di tengah sahaja tu. Sebab dah la lubang kicap kecil. Bila ada lebihan kicap meleleh, susah nak masuk balik dalam botol. Pastu akan ada semut sesat duk hurung penutup botol kutip lebihan kicap tu. Benci jemah 😂
Satu lagi produk Mahsuri yang aku nak cuba, sos bawang putih ala Korea. Haritu jumpa di pasar raya Tumpat tapi takde kat pasar raya berdekatan rumah ni. Kalau ada, boleh aku beli compare dengan sos Korea Adabi pulak hehe. Tunggu aku bodek abah pergi Tumpat nanti aku nak cari.
Terima kasih kerana membaca.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤