Assalamualaikum
Apa yang akan jadi bila lidah kampung Melayu bertemu makanan oppa oppa Korea? 🤔
Dia kalau tak jadi amazing, jadi Astaghfirullah. Antara dua tu je la.
Sesiapa yang biasa tengok drama dan reality show Korea tu akan kenal la kalau sebut "tteokbokki" atau spicy rice cakes ni kan. Sebab selalu ada scene pelakon dan selebriti Korea tu lepak di kedai makan atau gerai tepi jalan makan rice cakes tu masa panas-panas berasap.
Aku pun terliur jugak tengok diorang makan macam sedap je. Tapi tak pernah dapat cuba sebelum ni sebab masa tu makanan Korea yang halal susah nak dapat. Lepas populariti budaya Korea meningkat dan demand untuk anything Korea makin banyak, baru la dapat merasa sebab ada brand yang buat makanan Korea berbentuk instant dan versi halal kan.
Dah alkisahnya masa borong stok makanan di Shopee haritu aku ada terjumpa sekali spicy rice cakes Korea ni, maka sis beli satu untuk try. Nak jugak tahu sedap setara mana di lidah Melayu kita ni.
Aku beli spicy rice cakes jenama Yopokki sebab ini je brand rice cakes yang halal di kedai Shopee tu.
Yopokki ada LIMA (5) perisa iaitu Ori, Spicy, Jjajang (blackbean sauce), Cheese, dan Hot and Spicy. Tapi 3 yang first tu je halal, Cheese dan Hot and Spicy tak halal. Aku ambik perisa Spicy sebab yang Ori habis.
Rice cakes Yopokki ada 2 jenis packaging, satu dalam cup kecik (140gm) macam aku beli ni dan satu lagi dalam pek plastik besar (280gm). Yang cup tu masa beli haritu RM5.99, yang pek tu RM11.40.
Dalam cup tu ada satu peket rice cakes yang kering dan satu peket sos. Tinggal buka dua-dua peket dan masukkan dalam cawan tu bersama sedikit air. Nanti sumbat dalam microwave dan panaskan 2-3 minit.
Rice cakes dia tu kering memang tahap keras. Bila dipegang, rasa macam pegang batang gam untuk hot glue gun lol. Kalau warna warni sikit lagi, boleh jadi macam hot glue gun sticks yang aku beli haritu 😂
Air katanya nak kena isi sampai line hijau, tapi line hijau tu di luar. Takde marker lain dalam cup tu dan cup tu pula legap tak nampak line hijau di luar. Pepandai la agak banyak mana air sampai cecah line tu. Kekdahnye la buat design macam tu hahahah
Cara masak macam ni kalau ikut arahan asal, dah betul. Tapi bila aku buat macam ni, langkah ni terjadi salah sebenarnya. Sebab rumah ai mana ada microwave 😌
Dah takde microwave, aku masak la dalam kuali atas dapur je kan.
Tapi haaaa sepatutnya aku panaskan dulu air tu hingga mendidih dan masak rice cakes kering tu sampai lembut. Kemudian baru masukkan sos spicy dan stir fry sampai rice cakes disaluti sos sepenuhnya.
Ni guwe bantai masak semua sekaligus macam atas ni. Memang jenuh la nak tunggu rice cakes lembut. Pastu dah lama sangat bersalut dengan sos tu, pedas terlebih pulak aku rasa hasilnya lol
Lepas masak kita masukkan balik dalam cup asal sebab nak nampak estetik gitu. Kalau buh dalam mangkuk biasa nanti orang tak tahu kita makan apa benda kan. Hidup kena show off kadang-kadang.
ULASAN
1) Rice cakes
Dari segi tekstur, rice cakes yang dah lembut tu rasa kenyal-kenyal chewy macam gummy bear jelly. Bila kunyah, melekat-lekat di gigi sebab nama asalnya pun memang "sticky rice cakes" haha. Siapa ada gigi berlubang tu elok tampal dulu la gigi sebelum cuba spicy rice cakes ni.
Dari segi rasa, tasteless. Sebab rice cakes ni dibuat daripada tepung beras (dan tepung ubi), ia memang takde rasa pun. So bergantung kepada sos tu la yang buat rice cakes ni jadi sedap atau tidak. Sama macam kita makan nasi putih la. Mana ada rasa sedap kan. Kena tambah lauk baru ada kick.
2) Sos spicy
Ada 2 rasa dalam sos ni, manis dan pedas. Macam sos Korea Adabi dan lebih kurang macam sos ramen Samyang. Standard makanan Korea kot rasa sos macam tu?
Manis sos Yopokki ni aku rasa macam lebih kepada manis gula Melaka, dan rasa manis tu terasa la dalam sesaat dua di lidah. Kemudian ia hilang meninggalkan sensasi pedas sahaja yang boleh tahan kuat berapi juga. Mungkin sebab aku ambik Yopokki spicy kot. Kalau ori mungkin tak pedas sangat.
Tapi keseluruhannya, spicy rice cakes Yopokki ni tak kena la dengan lidah budu Kelantan aku huhu~
Sebab memori makan Yopokki ni memang aku cuma ingat rice cakes belum habis kunyah (sebab chewy), tapi manis sos dah hilang dan cuma panas di lidah je sebab pedas. Selain tu, tak ada apa-apa significant flavour yang boleh stimulate tunas rasa aku.
Jadinya lidah aku tak boleh nak proses apa yang sedap berkenaan spicy rice cakes Yopokki ni.
Mungkin sebab menu Melayu kita biasa ada rempah ratus aromatik dan perisa yang cukup manis masin masam pedas. Jadi lepas makan tasteless rice cakes yang bertemu dengan manis sekejap dan diakhiri dengan pedas sahaja, rasa asing sungguh. Lepas telan masuk perut, otak aku jadi macam "Tu je ke?"
Rasa kecewa la ciked sebab tak kena dengan citarasa aku kan. Terbang RM6 huhu takpe la. Pengalaman.
Aku tak tahu sama ada tu pengalaman kurang enak sebab aku beli rice cakes instant dan bukan yang masak fresh di kedai, atau semua rice cakes memang macam tu. Kawan Twitter ada suggest brand rice cakes lain iaitu Chingu Topokki. Em tengok la kot pasni kalau rajin nak eksperimen lagi, aku beli.
Kalau ada peluang untuk cuba rice cakes yang masak fresh di restoran Korea yang autentik dan halal, pun aku akan cuba kot. Mana la tau yang resepi kedai tu lagi sedap daripada resepi kilang kan. Tapi tu la di Kelantan ni takdenya restoran makanan Korea tu nak buka cawangannyeee. Pilih kasih! 🤧
Oh ye kedai Shopee yang aku beli Yopokki ni actually ada rice cakes jenama Samyang jugak (pengeluar ramen pedas tu). Yang tu lebih menarik sebab ada perisa rose carbonara. Bekas pun cantik je pink.
Sayangnya rice cakes Samyang tu tak halal so aku pun tak jadi beli. Tapi tengok review, ramai juga akaun Melayu yang rate rice cakes Samyang tu walaupun seller dah tulis di nama produk tu "NON-HALAL" 👀
Berhati-hatilah kita wahai umat Islam. Tak salah nak cuba makanan baru dari negara luar. Tapi jangan sampai ambik mudah pula bab halal haram. Pastikan bahan-bahannya bebas dari unsur tidak halal atau syubhah dan pengeluaran makanan tu pun confirm ada cop halal yang diiktiraf, barulah beli. OK?
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤