Scotch Brite sebenarnya bukan sebarang span | NaSa
Assalamualaikum


Ini bukan iklan ke apa. Saja nak menulis sikit.

This is a newly found realisation on my part la sebab dulu-dulu selalu rasa pelik kenapa Scotch Brite gigih buat iklan kat TV nak promote span basuh pinggan. Padahal span je pun. Tuang sabun sikit, gonyoh sampai berbuih, sama je boleh tanggalkan minyak dan kotoran di pinggan mangkuk kan.

Tapi rupa-rupanya, tak semua span adalah equal ya hahaha

Kenapa?

Kebanyakan span ni tak tahan lasak dan cuma tahan untuk 2-3 kali basuhan walaupun guna untuk basuh pinggan makan sahaja, bukan buat sental kuali periuk pun. Sangat annoying ya sebab span baru buka, tapi lepas basuh pinggan tengok-tengok dah penyek melepek dan mudah berlendir.

Antara span yang pernah diguna dan menunjukkan kesan sedemikian.

Kesan benda ni mula-mula tak nampak sebab biasanya span begini harga murah bawah RM3 dan datang dalam kuantiti banyak. Satu penyek, boleh buang dan ambik span baru. Jadi rasa macam no big deal la sebab "Ala span murah je. Kalau habis, beli lain."

Masalahnya kalau asyik kena repeat beli, payah juga. Kos sikit-sikit kalau dikumpul, jadi mahal la kan.

Kalau dibandingkan dengan Scotch Brite, walaupun harga 1 pek mahal dan kuantiti span pun ada 3 je (4 kalau promosi), tapi kualitinya tahan lama. Seketul span Scotch Brite boleh bertahan 2-3 minggu. Span tak cepat penyek, dan bahagian hijau yang untuk sental tu pun tak mudah tercabut. Puas hati la.

Kalau di rumah ni, abah la yang particular pasal span sebab kalau boleh nak span Scotch Brite sahaja.

Tapi tu la nama mat salehnya susah benor nak sebut untuk orang kampung jadi abah ingat ada gambar perempuan pakai apron je di packaging tu. Cumanya most jenama span memang letak gambar begitu. Pastu Scotch Brite ni payah juga nak jumpa di tempat aku ni. A recipe for disaster hehe

Supermarket dekat rumah ni memang tak jual Scotch Brite, ada span biasa macam gambar atas ni je. Kalau nak cari brand tu jugak, kena ke supermarket di Wakaf Bharu. Itu pun kekadang takde stok.

Kalau orang lain yang beli, biasanya takkan letak priority pada jenama span tu la sebab tak rajin nak cari di kedai lain-lain hanya untuk span. Pastu dah nampak ada span lain yang ada gambar perempuan pakai apron tu, kira cukup syarat la kan. Span dan ada gambar yang abah nak haha

Tapi bising la big boss sebab orang dalam rumah ramai, anak cucu pun makan banyak, guna pula span yang cepat penyek, mau kopak jugak dompet kalau asyik kena beli span baru je kerja 😂

Jadi aku la yang tukang mencarinya sebab macam aku sorang je yang ingat preference abah tu. Tapi aku ni kalau nak keluar rumah pergi supermarket jauh-jauh memang malas kan. Makanya sis borong 3 pek span Scotch Brite tu dari Shopee sebab senang buat stok masa depan terus.


Rezeki sebab terjumpa seller yang ada stok span Scotch Brite yang "Buy 3 Free 1". Harga di sticker tu pun RM7 tapi dalam Shopee jadi RM5.60 je. Dapat la jimat lebih lagi. Dan span ni aku beli bulan Februari haritu ya. Tapi sampai sekarang masih ada lagi stok di dapur tu. Gituhh menepati janji part "Lasts 3x longer tu."

Jadi buat masa ni tak ada la isu bising pasal span penyek lagi. Selesai masalah kejap.

Baru aku tahu yang penting juga pengetahuan pasal span ya. Tak semua span itu sama. No wonder Scotch Brite gigih buat iklan TV. Barang baik kan perlu dikongsi. Kita sebagai manusia ni pun kalau ada kelebihan sikit-sikit, lumrah la kita nak menunjuk kat orang lain kan haha

Tapi ni tak bermaksud yang span jenama lain tu hauk terus. It still does the job of cleaning well. Yang aku bandingkan ni cuma dari segi ketahanan tu je sebab obviously Scotch Brite lebih superior. 

Span lain tu pun ada market mereka yang tersendiri untuk mereka yang perlukan span pada harga lebih rendah. Kami pun kalau waktu bajet ketat, akan beli jugak span biasa-biasa. Takde la demand nak Scotch Brite only. Ikut keperluan dan kemampuan individu kan.

Kalau jenama lain tu boleh tingkatkan ketahanan span mereka, lagi bagus. Harga mahal sikit tapi kalau boleh tahan 10 cucian tanpa cepat penyek pun dah cukup bermakna. Mudah aku nak beli kan.

Oh ya waktu belajar dulu pun aku beli span Scotch Brite je buat basuh pinggan mangkuk di asrama dan tahan sampai 2-3 tahun ye (sebab jarang guna haha). Siap boleh bawa balik guna di rumah lagi 😂

Tapi masa tu beli Scotch Brite bukan sebab aku tahu dan peduli pasal perbezaan kualiti pun. Beli sebab mahal je dan sebab bukan aku yang bayar hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Betul. Scotch-Brite walaupun mahal, tapi berkualiti tinggi. Jenama ECO dan MR. DIY pun elok jugak. Tapi kalau nak guna dalam jangka masa panjang, better pilih Scotch-Brite.

    ReplyDelete
  2. Kat rumah basuh pinggan pakai jala tu je . Lepas ni boleh cuba la scotch brite ni

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS