Borong ramen Samyang ni tak sayang perut ke? | NaSa
Assalamualaikum


Mengucap panjang tak apabila tengok koleksi perisa Samyang yang aku borong di Shopee haritu? huhu

Kalau borong bebanyak camni pastu repeat makan berkali-kali setiap hari, mungkin la kot tak sayang perut? Tapi kalau makan jarang-jarang sekali, rasanya takpe je? Heheh ayat penyedap hati.

This could possibly be a shocking thing bagi mereka yang kenal rapat dengan aku. Sebab aku asalnya tak makan mi segera. Sejak zaman sekolah lagi aku elak mi segera habis-habisan sebab tak lalu di tekak.

Tapi sejak kemunculan lebih banyak perisa mi segera dalam pelbagai versi masakan sekarang, barulah aku tahu apa sebenarnya masalah aku dengan mi segera ni.

AKU TAK BOLEH MAKAN MI SEGERA VERSI SUP! 😂

Tak kira jenama apa sekalipun, Maggi, Mamee, Vit's, Cintan, etc... kalau mi segera tu jenis direbus dulu dan ditambah perencah sampai jadi sup, aku jadi tak boleh makan. Kalau makan pun, biasanya tak habis dan perut akan rasa sebu dan jadi mual lepas tu. Tak best woo asyik rasa nak termuntah je.

Kalau di rumah ni, biasanya family masak stail tumis bawang putih dalam minyak sebelum masukkan air dan rebus mi. Kemudian baru campur sayur dan lauk macam telur atau ayam. Pernah je aku cuba masak macam tu tapi yillek. Sama juga tak lalu. Tak tahu la sebab perencah tu atau mi dia?

Walaupun ada mi segera jenis goreng macam IndoMie dan Mi Sedaap, kadang-kadang tak selera juga. Tak kena dengan kicap dia pulak kot haha. Sebab tu dulu aku elakkan sebarang jenis mi segera dan masa masuk asrama kolej, beli bubur nasi segera jenama Knorr je buat stok makanan.

Peneman setia sepanjang belajar di KPM Ayer Molek dan UUM

Tu pun syukur jumpa bubur Knorr ni masa pusing pasar raya cari kelengkapan masuk kolej. Boleh la buat alas perut masa sengkek kan. Daripada kena hadap biskut cap ping pong je aku ni.

Cuma masalah bubur segera ni, elok makan dengan sesuatu lauk. Kalau makan kosong, lepas tu akan jadi lagi lapar daripada sebelum makan. Pernah la walaupun aku masak bubur segera tu 2 peket terus, 2-3 jam kemudian aku jadi lebih lapar sampai tangan pun menggigil teruk. Tetap kena cair biskut jugak.

Ada fenomena sains di situ pasal kalori etc tapi aku tak pasti nama apa. Yang pasti, bubur segera ni bukan pilihan yang sesuai la untuk golongan yang broke tapi tak nak lapar tu.

Masa di KPM dulu baru berkenalan dengan ramen Samyang ni sebab tetiba viral kan ramen pedas berapi tu sampai ramai buat Samyang Challenge. Kat asrama pun ada pelajar yang ambil peluang jual ramen tu sebab banyak permintaan. Aku salah satunya. Dari situ la sis baru belajar makan mi segera 😂

Beza dengan mi segera biasa, ramen Samyang ni jenis stir-fry. Lepas rebus kena tapis sebahagian air baru masukkan perencah. Jadi takde la kuah sup yang akan buat aku rasa mual sebab ia lebih kering.

Cumanya ramen original Samyang tu pedas nak mampos. Jadi walaupun takde mual lepas makan, tetap tak habis juga sebab tak sanggup menghadap pijar mulut dan lidah. And that's from me yang minat makan pedas. Nak ajak member lain makan pun tak ramai yang berani sebab mereka tak tahan pedas.

Lagipun harga mahal pun jadi penghalang juga kalau nak beli Samyang ni sebab dulu sebungkus pun dah 6-7 ringgit. Dua kali ganda harga Maggi/Mamee yang boleh dapat 1 pek (5 bungkus). Produk baru yang ada limited stock kan. Memang mahei la ceritanya.

Sekarang je harga dah jatuh sebab ramai jual. Dan Samyang pun ada lebih banyak perisa ramen pada tahap kepedasan berbeza yang lebih mudah aku nak habiskan. Sebab tu sis borong sakan kat atas 🤭

Overall, ramen Samyang untuk kategori stir-fry ni ada dalam 14 ke 17 perisa kot? Aku pun tak pasti.

Yang aku borong ni je dah ada 10 perisa. Ini tak termasuk perisa original, 2x Spicy, dan 3x Spicy. Mainly sebab yang original tu aku tak suka sebab tak ada rasa kecuali pedas terlalu sintetik, dan takde kerja jugak aku nak makan yang 2-3 kali ganda pedas kan? Sis masih sayangkan usus perut sendiri huhu

Ramen dalam gambar atas tu okey sikit sebab ada perisa unik sendiri yang boleh counter rasa pedas supaya tak terlalu membakar lidah. Kalau makan tanpa lauk atau garnish pun, tak rasa kosong sangat. Macam yang Curry tu ada rasa kari, Jjajang ada rasa black bean, Cheese ada rasa keju.

Yang perisa Ice dan Naengmyun (cold noodles) je tak jumpa dan mostly yang jual kat Shopee tak ada yang halal. Sebab tu takde dalam koleksi. Kalau tak, mungkin akan turut dibeli juga sebab sis curious 😂

Aku memborong tu pun sebab memula curious dengan ramen baru Samyang perisa Quattro Cheese sebab ada EMPAT campuran keju. Jadi nak tahu la apa beza ramen tu dengan yang original Cheese?

Kiri: Quattro Cheese Samyang baru
Kanan: Original Cheese Samyang

Masa usha ramen ni di Shopee, tengok seller tu ada banyak perisa ramen lain sekali dan harga pun RM4+ yang lebih murah daripada kedai lain, maka sis pun ambil la setiap satu perisa tu hehe (kecuali yang dinyatakan tadi). Haa dapat la stok ramen untuk 4-5 bulan.

Yes semua mungkin akan habis dalam waktu berbulan-bulan ya. Sebab aku bukan pemakan mi segera tegar pun. Dalam 1-2 minggu, baru makan sebungkus. Kadang-kadang tak teringat pun ada Samyang atas rak tu. Bila terpandang baru macam "Ehh lupa aku ada stok ramen" haha

Kat twitter aku ada buat thread pendek untuk review semua perisa Samyang yang dah dicuba daripada koleksi di atas. Tapi thread tu aku buat masa bulan Jun, sekarang dah masuk bulan Ogos pun tak habis tulis lagi sebab ada lagi perisa yang aku belum makan. Tunggu hujung tahun kot baru habis review 😂

Tengok la kot ada kerajinan, kita update review Samyang tu versi blog pulak. Takde kerja la katakan.


Aku ada juga cuba mi segera stir fry yang Maggi Pedas Giler tu. Sedap juga perisa Tomyam dan Ayam bakar dia. Kena dengan citarasa tempatan kita. Yang Seafood Berapi je tak sedap bagi aku haha. Tapi Maggi ni memang pedas giler-giler pula. Guna setengah peket serbuk perencah pun susah nak habis.

Pastu terus stop beli Maggi tu sebab seram dah dengan makanan yang terlalu rasa pedas buatan ni. Samyang ni pun lepas habis yang borong tu, dah tak beli kot? Sayang duit, sayang kesihatan 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Ketagih makan Samyang. Beli yang 5 bungkus perisa keju habis dalam seminggu. Tidak rasa muak hari-hari makan tapi itulah harga yang buat fikir banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia memang boleh buat termenung. Bila convert kepada kos nasi + lauk, macam rasa baik beli nasi kan. Tapi tu la nak jugak beli ramen masalahnya haha

      Delete
  2. Tak pernah makan ramen samyang ni

    ReplyDelete
  3. ramen samyang ice tak keluar dah awak, kilang dah stop sebab tu tak ada. favorit kita curry dengan carbonara. entahlaa kenapa curry pun sekarang dah tak ada. mungkin kilang pun dah stop huhu

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS