Assalamualaikum
Waktu demam selsema haritu kan stok Panadol di rumah dah nak habis. Jadi untuk keselamatan masa depan sebab sekarang pun musim penyakit berkaitan influenza tengah merebak, so kita beli la lagi stok ubat baru. Alang-alang tu, aku beli juga jujubes berangin jenama Hudson's ni.
Macam biasa, pembelian ni adalah sebab aku dipengaruhi oleh Twitter~
Orang yang bagi review tu kata dia beli untuk ayah dia yang sakit tekak sebab jujubes ni memang umumnya untuk legakan sakit tekak. Tapi aku walaupun takde simptom sakit tekak pun waktu demam tu, tetap kaut juga benda ni sekotak sebab sis memang suka makanan berangin pun.
That's why boleh habiskan sebekas aiskrim Mint Temptation La Cremeria sorang-sorang dulu tu huhu
Tapi selain terpengaruh dengan review, aku beli jujubes ni pun sebab jujube yang aku ada dulu habis. Dah la yang ada masa tu pun memang asalnya sikit je. Dapat pun free dari klinik bulan Januari lepas waktu kena kuarantin sebab jadi kontak rapat mama sebab waktu tu aku ada simptom sakit tekak.
Waktu kuarantin, aku tak makan banyak pun jujubes tu sebab tak sakit kuat pun so rasa macam tak perlu makan. Tapi mujur masih simpan baki yang ada sebab masa selsema teruk dan demam seminggu bulan Mac tu, aku batuk sampai takde suara. Pedih woo tekak. Nasib ada jujubes klinik tu untuk dikemam.
Dari situ la aku baru tahu pasal kewujudan jujubes untuk sakit tekak dan jadi suka makan benda tu. Sebab antara jujubes dengan lozenge, aku lebih selesa dengan jujubes sebab teksturnya yang lembut.
Entah kenapa sejak aku berhenti makan gula-gula waktu sekolah dulu, sekarang tak boleh makan gula-gula keras sebab tekak akan jadi kering. Tak pasal-pasal kena cari air pastu. Sis dah tua oh no~
Penuh bergula sampai ke luar |
Jujubes jenama Hudson's ni ada 3 perisa iaitu Classic, Honey Lemon, dan Fresh Mint. Setiap perisa didatangkan dalam 2 bentuk packaging iaitu botol kaca jernih atau bekas tin besi macam yang aku ni.
Kedua-dua packaging berisi 50 gram jujubes tapi harga tu lain-lain. Bekas tin ni harga lebih murah sikit daripada yang botol. Pelik jugak sebab berat sama je. Tapi memasing ada pros dan cons la.
Yang tin tu susah nak buka sebab ketat, tapi lebih kedap bila disimpan.
Yang botol tu senang nak buka sebab pusing je, tapi aku was-was sikit bab angin.
Plus aku kan kedekut sebab tu beli yang bekas tin yang murah sikit ni. Penutup ketat pun takpe sebab kita masih muda bertenaga. Mampu la nak cungkil penutup tin sampai tercabut. Tapi kalau beli untuk orang tua, elok beli yang botol sebab senang mereka nak buka. Baki jujubes pun senang nak tengok.
Isi di dalamnya~ |
Aku beli jujubes Hudon's ni yang perisa Honey Lemon sebab baca review pembeli, ramai kata perisa ni sedap. Tapi kalau tak baca review pun, memang boleh beli perisa ni je sebab seller yang jual jujubes ni pada harga termurah tu tak ada stok perisa lain. Ramai yang cari sebab review Twitter tu huhu
Jujubes ni apabila digigit, kenyal-kenyal gitu. Tapi biasanya tak perlu kunyah pun. Kita kemam je dalam mulut biar jujube tu cair sendiri. Nanti rasa berangin eumenthol tu bercampur dengan air liur dan turun ke tekak apabila ditelan. Lega la kejap tekak tu daripada rengsa dan perit.
Tapi gula tu la yang tak nak kalah. Berterabur serupa salji. Untuk pesakit diabetes, elok cari alternatif lain yang sugar-free. Tapi biasanya yang sugar-free ni dalam bentuk lozenge yang lebih keras. Jenama Woods ada yang macam tu. Jujubes ni aku rasa memang kebanyakannya bersalut gula.
Untuk yang was-was nak makan, tak perlu bimbang sebab kandungan jujubes Hudson's ni disahkan halal. Tekstur jujubes yang kenyal tu datang daripada Arabic gum yang diambil dari pokok, bukannya daripada gelatin yang bersumberkan haiwan. Jadi tak ada isu haiwan sembelih ke tak sembelih huhu
Jujubes berangin ni sesuai untuk stok di rumah dengan ubat-ubatan lain sebab lama juga bertahan sebelum expiry date tu. Macam yang aku beli ni kan tahan sampai 2024. Beli bertin-tin pun boleh.
Jujubes berangin ni sesuai untuk stok di rumah dengan ubat-ubatan lain sebab lama juga bertahan sebelum expiry date tu. Macam yang aku beli ni kan tahan sampai 2024. Beli bertin-tin pun boleh.
Aku nak beli bertin-tin pun, fikir 2-3 kali juga sebab jujubes Hudson's ni sebekas kecil 50 gram pun RM8 lebih. Tu pun antara paling murah aku jumpa di Shopee. Kalau kedai lain, range harga biasanya RM9 lebih. Kalau beli di kedai luar, mungkin akan lebih mahal lagi. Tak mampu sis. Beli bila perlu je la haha
Bye dan Assalamualaikum.
kalau yang tin tu susah nak buka
ReplyDeleteMekaseh di atas artikel nie 🙏
ReplyDelete