Assalamualaikum
Banyak kali aku singgah stesen minyak sebelum ni, setiap kali tu la aku ternampak poster iklan aiskrim mochi baru daripada Wall's yang berinti aiskrim vanila dan coklat tu. Tapi ada ke aku jumpa?
TAK ADA!
Yang ni yang ni. |
Bukan setakat stesen minyak la. Pasar raya besar-besar pun ada juga aku jengah tapi tak jumpa. Even masa pusing-pusing Lotus's Kota Bharu tu pun tak jumpa. Memang laku keras sangat sampai cepat habis atau memang tak masuk stok aiskrim tu di sini? Musykil la aku.
Tapi nak kata tak masuk stok langsung, mustahil juga sebab perisa-perisa aiskrim mochi Wall's yang lain tu bersepah je waktu aku cari. Siap berkotak-kotak lagi tersusun dalam peti aiskrim pasar raya tu.
Mochi berinti aiskrim keju dan puri strawberi |
Mochi perisa matcha berinti puri durian |
Yang mochi matcha durian hijau tu Amir Faris pernah beli waktu kami pergi ke pasar raya Pantai Timur haritu. Bukan sekotak dia ambil, tapi DUA kotak ya. Bila aku tanya "Ada duit ke nak beli tu?" Dijawabnya selamba "Nana (aku) la bayar." Amboi amboi amboi.
Dah la sekotak harga RM11 tau. Ambil 2 kotak, jadi la RM22. Mujur umi dia bayar balik duit tu haha
Sekotak aiskrim mochi tu ada 4 biji, tapi sebab perisa durian yang diambilnya maka aku memang tak makan la. Kalau yang strawberi tu mungkin aku masih boleh try sebab boleh buang inti kan. Ni yang durian, dari jauh lagi dah boleh bau so memang sakit kepala la aku. Rela tak datang dekat.
Dan aiskrim ni kotak je la nampak besar. Dalam tu ada bekas plastik besar untuk lapik dan aiskrimnya pun aku tengok besar 1-2 suapan mulut je. Motif la buat bekas besar-besar haha. Dah la mahei~
Tapi Amir kata sedap je aiskrim mochi durian tu so untuk penggemar durian, boleh cuba la kot.
Kalau aku, aku masih dalam misi mencari aiskrim mochi vanila coklat tu. Dendam betul la selagi tak dapat ni. Jangan sampai aku beli aiskrim vanila dan buat mochi sendiri sebelum balut aiskrim tu!!
Kalau aku, aku masih dalam misi mencari aiskrim mochi vanila coklat tu. Dendam betul la selagi tak dapat ni. Jangan sampai aku beli aiskrim vanila dan buat mochi sendiri sebelum balut aiskrim tu!!
Which honestly is not a bad idea sebab boleh belajar buat mochi kan hahaha 😂
Terima kasih kerana membaca.
aritu dah try mochi perisa durian, sedap juga. nanti nak try yg coklat dan strawbery pula..hehe
ReplyDeleteyang durian tu dari segi bau pun dari jauh dah semerbak. rasa pun memang padu la kan haha
Deletealaaa siannye. Ciknur beberapa kali tgk ank2 taska beli kat kedai runcit. Bkn main lg dorang sukaa
ReplyDeleteAllahu jelesnya saya. Ni asal singgah stesen minyak dan supermarket je cari, tapi tetap tak kelihatan. Belum rezeki agaknya
DeleteTakpe, rajin2 la ke Lotus' check stok baru dah sampai ke belum...
ReplyDelete