Pengalaman mohon lesen kereta manual 2021-2022 (Part 2) | NaSa
Assalamualaikum


Sambungan dari kisah bahagian 1 pasal KPP01.

So lepas habis kelas teori 6 jam, kena ambil ujian komputer pula. Lulus ujian komputer ni baru boleh mohon lesen L dan belajar memandu di litar dan jalan raya. Ujian komputer boleh diambil seawal-awalnya 3 hari lepas habis KPP01. Tapi kena booking tarikh kosong dulu. Bukan boleh sebarang ambik.

UJIAN BAHAGIAN 1 - UJIAN KOMPUTER


Lepas kakak aku booking ujian komputer tu, kami dapat tarikh 16 Mac 2021 dan kena ambil ujian tu di MyEg Kota Bharu. Masa booking, kena bayar RM28 rasanya untuk lesen kereta. Dan masa daftar di pejabat MyEg tu, kena bayar lagi RM10 untuk mereka yang baru ambil ujian kali pertama.

Macam aku, lesen kereta ni lesen pertama aku dan ni pun ujian komputer pertama aku. So kena bayar la RM10 tu. Kakak aku rasanya tak kena bayar pun sebab dia dah bayar waktu buat lesen motor dulu.

Once again, sebab PKP, pejabat MyEg pun hadkan 10 orang je calon untuk masuk tunggu giliran dalam pejabat. Selebihnya, kena beratur di kaki lima di luar. Aku rasa kami datang ni dah awal sebab 8.30 pagi dah tercegat di sana. Tapi ada yang datang lagi awal ya. Pejabat pun awal buka. Bagus betul.

Nak tunggu giliran masuk tu, terbakar dulu sebelah muka sebab matahari pagi panas sangat haha

Kecil molek je pejabat MyEg Kota Bharu ni

Lepas daftar, ada part calon kena tanggalkan mask dan spek untuk ambik gambar. Nak sahkan identiti calon sebenar yang ambik ujian kot. Pastu disebabkan rules PKP tu juga, pejabat MyEg hadkan 3 orang calon sahaja untuk masuk bilik komputer tu pada satu-satu masa.

Bilik tu dah la sedia ada kecik dan tak ada banyak komputer. Dia tutup pula selang satu komputer untuk social distancing. Lagi berjanggut la nak tunggu giliran. Tapi tak kisah pun sebab boleh guna masa lapang tu untuk baca dan jawab soalan contoh dalam internet.

Aku buat latihan ujian komputer di website UJIAN KPP. Ada banyak set soalan kat situ berdasarkan ujian sebenar dan PERCUMA. So boleh la jawab banyak kali untuk biasakan diri dengan soalan. Pastu gigih download app dia untuk jawab simulasi ujian dalam masa yang ditetapkan. Semangat nak lulus kan.

Ujian komputer ni dijalankan selama 1 jam. Ada TIGA (3) bahagian dan sejumlah 50 soalan:
  • Bahagian A - Papan tanda jalan raya
  • Bahagian B - Peraturan memandu jalan raya
  • Bahagian C - Undang-undang jalan raya (Sistem KEJARA)

Lepas login di komputer MyEg, tak boleh patah balik sebab timer akan berjalan kira countdown waktu 1 jam tu. Gugup sis masa nak start tu. Banyak kali aku ulang baca soalan dan pilihan jawapan sebab takut salah tekan. Ujian komputer ni kalau gagal, kena repeat dan bayar lagi so maleh la kan.

Hasil tunggu-menunggu dan gugup-menggugup...

LULUS CEMERLANG!

Aku dapat 47/50, tinggi 5 markah daripada minima 42 markah untuk lulus ujian komputer. Kira A+ la ni. Ngam-ngam pula markah aku kurang satu di setiap bahagian haha. Kakak aku pula dapat 48 markah. Bangga kejap dia sebab dapat lagi tinggi daripada aku. Motif sangat 😂

TERIMA LESEN L (LESEN BELAJAR MEMANDU)


Lepas lulus ujian komputer ni, boleh la buat lesen L untuk sambung KPP02 iaitu latihan di litar. Lesen L ni hanya boleh buat di pejabat JPJ, bukan di pejabat pos mahupun di tempat-tempat lain. Jadi kami merempit pula ke pejabat JPJ Kota Bharu.

Kakak aku ada tanya nak terus pergi JPJ buat lesen L tu atau nak balik dulu sebab masa tu dah dekat tengah hari. Takut lama nak tunggu. Aku pun ada seminar pasal internship pukul 11 nanti. 

Tapi alang-alang dah kat bandar, aku cakap buat terus je la. Minggu depan aku dah start sem baru. Karang clash dengan kelas online atau ada test dan presentation, takut tak sempat pulak. So aku pergi JPJ tu sambil sebelah telinga sumbat earphone untuk dengar taklimat pasal internship tu. Gigih.


Percaya tak kalau aku kata jam di pejabat JPJ tu cepat lebih setengah jam?

Sebab waktu aku ambik gambar ni, pukul 10.25. Tapi waktu di slip nombor giliran tu yakin je tulis pukul 11.02. Tinggal di masa depan agaknya staf pejabat JPJ tu.

Dokumen yang diperlukan untuk buat lesen L (bagi yang mohon sendiri):
  • MyKad pemohon
  • Duit RM30 (lesen 3 bulan) atau RM60 (lesen 6 bulan)
  • Sekeping gambar pasport berlatarbelakang putih (saiz 25mm x 32mm)
Tapi gambar tu kan, aku tangguh lama sangat nak buat sebab fikir "takpe boleh print sendiri." Mentang-mentang ada printer. Malam sebelum ujian baru tercongok depan dinding buat photoshoot sorang-sorang. Tapi lupa tukar settings warna pulak. Tahu-tahu jadi gambar berkabung sebab hitam putih 😂

Berkabung tapi sebab menangisi dakwat printer yang terbazir haha

Mujur ada lagi kertas lebih untuk print gambar sebenar dalam warna yang betul. Kalau tak, memang jadi putih melepak la muka aku dalam gambar pasport untuk lesen L tu. Snow White pun kalah.

Ada orang kata lesen L akan diproses dan siap dalam 1-3 hari waktu bekerja. Ada yang kata 1 minggu. Tapi Alhamdulillah lesen aku ni dapat dalam hari yang sama. Pukul 10 kami siap ujian komputer, terus pergi mohon lesen di pejabat JPJ, pastu pukul 11 lebih lesen L kami dah siap.

Alhamdulillah tak perlu la datang pejabat JPJ pada hari lain pulak untuk pickup lesen tu.


Aku bayar RM30 untuk 3 bulan sebab RM60 mahal sangat. Tempoh 3 bulan tu pun normally dah cukup untuk belajar memandu dari awal sampai ambil ujian JPJ. Dan ada hikmah lesen aku 3 bulan je sebab ngam-ngam lepas kelas terakhir latihan jalan raya aku, Kelantan kena PKP satu negeri. Akademi tu pun kena tutup sampai lepas raya. 

Maka lesen L aku expired begitu saja tanpa sempat booking tarikh ujian JPJ. Aku yang lesen L 3 bulan ni pun dah rasa rugi, apatah lagi kalau yang ambil lesen L 6 bulan kan? So bagi aku lebih baik ambil tempoh lesen 3 bulan dan renew apabila perlu, daripada ambil 6 bulan terus.

Waktu nak balik dari pejabat JPJ tu, sempat la aku dan kakak aku membongak di tangga situ kejap untuk kutuk design kawasan tu. Sebab TENGOK CERMIN DIA!


Siapa punya idea la letakkan cermin besar di dinding sepanjang laluan tangga tu. Terkejut bodo masa panjat tangga tetiba rasa macam ada orang berjalan di sebelah. Padahal pantulan imej sendiri.

Kalau ada orang tak perasan cermin tu kan, pastu dah sampai atas baru nampak muka sendiri dekat cermin, ada risiko terkejut lalu terbalik ke belakang dan jatuh tangga. Aku syak staf pejabat JPJ ni selain tinggal di masa depan, mesti hati pun kuat semangat. Hari-hari lalu di tangga ni tanpa terkejut 😂

Siapa yang design tangga tu letak cermin gini sebab rasa ada nilai ✨aesthetic✨, think twice la haha

.
.
.
.
Semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Eh, sama markah anak saya 47/50. Dia ambil ujian minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah anak Amie. Selamat belajar memandu dan lulus cemerlang dalam ujian JPJ pasni

      Delete
  2. saya buat lesen kereta tahun 2008, RM900

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan murah kan. Kat sini Alhamdulilah kos tak tinggi sangat walaupun inflasi tu. Tempat lain ada yg lebih 1.5k huhu

      Delete
  3. Tahniah dah ada lesen memandu kereta

    ReplyDelete
  4. cermin gitu buat seram jee, dapat kita ni yg jalan menunduk, sekali naik tangga nampak org kat depan yg rupanya pantulan sendiri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee betul tu. Kitorang tak expect ada cermin macam tu so sampai kat tangga memang terkejut sbb kiri, kanan, depan ada muka sendiri. Kuss semangat

      Delete
  5. Asalamualikum sy ada lesen motosikal .jadi sy nk ambil lesen kereta kena jawab lg tak ujian computer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tahun lepas tu kena jawab lagi ujian komputer walaupun dah ada 1 jenis lesen. Yg undang-undang baru ni start tengah bulan 9 dah tak perlu

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS