Pengalaman mohon lesen kereta manual 2021-2022 (Part 3) | NaSa
Assalamualaikum


Baca 2 bahagian terdahulu di bawah 😉

Lepas sekian lama cuma tengok kawasan litar di akademi tu dari jauh waktu kelas teori dan RPK, tibalah masa untuk bertemu dengan litar tu for real lepas semua syarat dah cukup untuk ke tahap seterusnya. KPP01 dah habis, ujian komputer lulus, lesen L pun segar dari ladang. Dah boleh pegang stereng la.

Pemandangan litar di akademi
Sumber: Facebook Akademi Memandu SKMS

Aku, for some reason, tak terlintas pun nak ambil gambar pemandangan litar tu sendiri dari dekat. Ada gambar dari jauh je. Mujur ada gambar ni di FB akademi tu sendiri. Boleh la simpan sini buat kenangan betapa gerunnya dekat bukit tu sebab ramai calon yang terkandas di situ waktu ujian JPJ.

Mana tau jadi motivasi untuk sentiasa memandu dengan berhemah dan renew lesen on time lepas expired supaya tak kena repeat ambil lesen dari awal pasni. Sis tak sanggup dah 🙃

KPP02 - LATIHAN PRAKTIKAL LITAR (5.5 JAM) 

KPP03 - LATIHAN PRAKTIKAL JALAN RAYA (10 JAM)



Waktu mulakan kelas latihan memandu, akan dapat borang rekod pengajaran ni. Progress setiap latihan litar dan jalan raya akan update dalam sistem dan print di borang ni macam berapa jam setiap kelas, siapa yang ajar, naik kereta mana, etc.

In total, sesi latihan ada 16 jam (campur litar dan jalan raya). Biasanya sehari belajar 1 jam setiap sesi. Tapi terpulang pada cikgu memandu masing-masing dan kelapangan pelajar la nak guna berapa jam masa setiap sesi. Cikgu aku kadang-kadang buat 1 jam, next class buat 2 jam.

Jadual kelas memandu aku memang agak tunggang langgang pun. Orang lain biasa belajar 1-2 minggu straight untuk habiskan semua jam pastu terus buat ujian JPJ. Tapi sebab aku masa tu dah start semester akhir di UUM, hari aku belajar memandu tu tak tetap sebab kekadang clash dengan kelas.

So kalau aku sibuk, kami buat sesi latihan 1 jam. Tapi kalau ada masa lapang, cikgu suruh buat 2 jam sebab dia nak habiskan KPP02 dan 03 secepat mungkin. Biar cepat boleh buat ujian JPJ (tapi tak kesampaian of course sebab tengok la setahun kemudian baru aku siap buat ujian tu haha)

Selfie sekeping behind the wheels sementara tunggu cikgu datang

Untuk kebanyakan kelas, aku belajar dengan cikgu yang sama sebab daftar bawah nama dia sebagai ejen. Tapi cikgu tu kena bahagi masa antara aku dengan kakak aku jugak so kena bergilir la belajar dengan dia tu. Waktu kelas aku dengan dia, kakak aku belajar dengan cikgu lain. Vice versa.

Tapi ada masalah compatibility sikit la masa mula-mula belajar tu.

Aku kan memang tak pernah memandu. Cuma praktis sekali dua je kat rumah which tak sama la dengan belajar di akademi. Kat rumah pandu ikut keadaan. Kalau nak kona dan jalan kosong kiri kanan takde kereta, haa kona je la. Di akademi, kena pandu ikut peraturan, skema kena berhenti sana sini. 

Dan aku jenis belajar dari observation and past experience. Style aku, cepat pickup, tapi kena buat sesuatu tu banyak kali dulu tak kira salah atau betul. Pastu analyse apa yang boleh dan tak boleh buat, dan akhirnya execute cara yang betul sahaja. Dan sis lebih mudah fokus dalam environment tenang.

Tapi pergi akademi tu cikgu macam expect aku dah tahu semua benda. Bila dia bagi arahan itu ini, aku kelam-kabut sikit la nak buat dan tak jadi la macam yang dia nak. Pastu kena bebel "Awak selalu macam ni bla bla bla..." Stres sister hahaha. Orang baru nak biasakan diri kot. Normal la ada buat salah.

Aku dah la hati tisu hahahahah

Nyaris nak minta tukar cikgu sebab ada cikgu lain yang ajar aku tu jenis tenang sikit. Cara tegur pun rilek "kat sini tak boleh macam tu, kena buat macam ni." So aku pun tak kalut sangat masa memandu. Macam tu la stail cikgu mengajar pengaruhi kualiti pelajar ya. Sama la di mana-mana tempat belajar pun.

Contoh di UUM, ada orang tak minat lecturer jenis suka tanya soalan sebab dia nervous takut kena panggil dan akhirnya jadi susah fokus masa kelas sebab nervous tu. Tapi aku suka lecturer macam tu sebab lebih motivated nak hafal keyword dan volunteer untuk jawab. Lain orang, lain cara belajar kan.

Peta ujian jalan raya di Akademi Memandu SKMS.

Macam akademi lain, kat sini ada 3 laluan yang perlu dipelajari. Lama juga nak hafal 3 jalan ni sebab banyak landmark kena ingat untuk setiap laluan dan prosedur kena buat macam berhenti, masuk susur, kona simpang, perlahan depan sekolah, etc. Dah la area ni ada 2 sekolah. Jenuh nak slow.

Jalan A dan B agak mudah sebab jarak pendek. Jalan C tu yang nightmare sebab lagi jauh, ada traffic light, dan melibatkan kawasan perumahan. Setiap kali kelas jalan raya, cikgu selalu pesan doa la banyak-banyak biar pegawai JPJ nanti pilih jalan A atau B je dan tak dapat jalan C. Cuak sister.

Sekali tengok, jalan kat sini agak mudah sebab tak ada roundabout. But in hindsight, tak best sebab cikgu tak ajar la cara memandu di situ. Rasa macam tak lengkap.

Aku dah la masa naik kereta yang orang lain drive pun, aku yang nervous dengan roundabout tu. Sebab macam mana nak kira timing dan kelajuan untuk masuk dalam roundabout? Nak jarak berapa banyak? Nak duduk laluan mana? Bila boleh kona masuk jalan lurus? Risau tau takut berlanggar.

Info roundabout ni ada ajar dalam buku teks tapi tak sama la kalau cuma baca tapi tak berlatih secara amali. Lebih elok ada latihan real life. Dan kalau belajar masa guna lesen L, senang sikit. Orang tengok sticker L di kereta tu akan faham yang kita noob so dia mesti bagi peluang kat kita dulu haha

Bak kata cikgu akademi tu, "Awak drive je hati-hati yang boleh. Kalau orang tak bagi laluan dan langgar awak, dia yang salah. Dah nampak kot budak tengah belajar memandu."

Sebab tu kalau baca atau dengar kisah orang lain yang laluan ujian jalan raya di akademi dia ada roundabout, aku akan rasa beruntungnya orang tu huhu 🙃

Perasaan aku dalam hati terhadap orang yang belajar pasal roundabout...

Anyway, siapalah aku kalau pergi ke tempat belajar ni tanpa alami apa-apa tragedi? Macam di KPM Ayer Molek, luggage aku patah handle. Di UUM, luggage pecah tayar. Di akademi ni pun, ada tragedi juga.

Dress code di akademi memandu kan kena pakai kasut. Aku masa tu tak ada sneakers yang tapak lembut dan selesa. Ada kasut kelas yang tapak keras je. Sebab tu struggle masa pijak clutch sebab kaki tak rasa sama ada clutch dah lepas banyak atau sikit. Kereta pun banyak kali tak gerak atau asyik mati.

Dalam banyak-banyak kasut aku cuba, akhirnya ada la kasut hitam ni yang selesa dan tapak pun tebal just nice untuk rasa masa kaki pijak clutch tu. Tapi tak sempat pakai lama, tapak kasut tu tertanggal sedikit di depan. Tak boleh buat apa la sebab kasut tu pun memang dah lama.

Elok je tapak tu terbuka macam tu, jadi macam mulut 😂

So masa kelas seterusnya, aku tukar la pakai kasut lain. Tapi tragedi nak jadi kan. Kalau tapak kasut sebelum ni cuma terbuka sikit je di depan, kasut yang kedua ni TAPAK TERCABUT TERUS!

Ini bukan cubaan, ini betul-betul tercabut seluruh tapak!

Mujur kejadian berlaku SELEPAS tamat sesi latihan tau. Masa tu aku dah on the way ke pejabat untuk scan thumbprint sebelum balik. Tak lama kemudian, kereta abah pun sampai untuk ambik aku. So tak lama sangat la kena berjalan terhincut-hincut sebab kaki terpijak batu atas jalan tar tu 😂

Jadi tak ramai la orang tengok kat aku pelik sebab berjalan tanpa tapak kasut sebelah haha

Awal bulan Jun 2021, aku berjaya habiskan semua 10 jam untuk KPP03 jalan raya. Tapi tak dapat sambung untuk ujian JPJ terus pun sebab akademi tutup gara-gara PKP di Kelantan. Pastu aku start internship awal sebulan masa Ogos 2021 tu so tak sempat dah la nak sambung.

Lepas internship tu tamat Januari 2022, sibuk nak buat report pulak untuk hantar kepada supervisor di UUM sana. Aku pun tahap tak ingat dah aku ni dalam proses buat lesen kereta manual haha

Kemudian melereeeeet lagi main ingat-ingat lupa tu, sampai la cikgu hantar Whatsapp suruh datang ke akademi masa 3 Julai 2022 sebab katanya dah daftar nama aku untuk ujian QTI tarikh tu. Tiberr~

Maka tibalah masa untuk kita renew lesen L yang mati dah setahun lebih tu.

.
.
.
.
Semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS