Assalamualaikum
Lepas dapat tarikh ujian QTI di akademi memandu pada 3 Julai 2022, ada satu benda yang perlu aku buat sebelum tu iaitu perbaharui lesen L yang dah mati sejak Jun 2021. Lama kan setahun lebih.
Sebelum ni ada je rasa nak renew awal-awal tapi aku tak tahu pula bila akan sempat nak sambung ambil ujian JPJ tu. Selain ada tugasan hakiki lain, cikgu tu pun busy dengan pelajar baru dia. Budak-budak baru habis SPM kan ramai nak ambil lesen. Kang aku bayar RM30 untuk 3 bulan pastu tak pergi pun ke akademi tu, rugi pulak.
Lepas dah confirm ada tarikh macam ni baru yakin sikit nak bayar. Pastu dapat la slip pink bawah ni.
PRA-UJIAN JPJ (Qualifying Test at The Institute (QTI))
Ujian QTI aku pukul 2 petang. Jadi lepas Zohor aku dan abah terus bertolak ke akademi tu. Masalahnya tak tahu pula benda ni makan masa berapa lama so cakap kat abah "Datang ambik lepas Asar la." Mujur ngam-ngam habis sebelum Asar so aku tak tunggu abah lama, abah pun tak tunggu aku lama.
Tapi kena bersesak atas jalan tu dengan orang balik kerja so pukul 5 lebih baru sampai rumah lol
Ujian QTI ni dijalankan dalam tempoh 30 minit. Habis cepat atau awal, terpulang kat skill kita la.
Borang penilaian QTI tu sama macam borang ujian JPJ. Bab ujian pun sama. Selain memandu di litar dan jalan raya, kena buat RPK dan RSM jugak. Nama pun pra-UJIAN kan so kena buat macam kita ni diuji oleh pegawai JPJ la. Bezanya, QTI ni dinilai oleh staf yang kerja di akademi memandu tu sendiri.
Lepas sah lulus QTI baru la boleh tempah slot ujian JPJ. Kalau tak lulus, kena repeat dan lulus yang tu dulu baru layak buat ujian JPJ. Untuk QTI kali pertama, di akademi ni aku kena bayar RM31. Kalau repeat, dalam range sama kot. Caj QTI di akademi lain mungkin beza harganya. Ada yang kena bayar RM50 🙃
Honestly aku pergi QTI masa ni bodo-bodo je tau sebab asalnya aku tak tahu pun QTI tu apa. Ingatkan macam sesi latihan biasa. Lepas google baru la aku tahu "Oh ada pra-ujian." Patut la cikgu kemain duk ingatkan aku suruh tengok Youtube pasal cara RPK RSM sebelum hari QTI tu. Rupanya ADA TEST!!
Nampak sangat la tidur masa kelas teori 6 jam tu kan. Sampai tak hafal pun ada proses apa untuk dapat lesen. Ingatkan kena habis kelas teori dan latihan litar + jalan raya je untuk layak ambil ujian JPJ 😂
KELAS LATIHAN MEMANDU TAMBAHAN
Selesai QTI, cikgu suruh tempah slot untuk ujian JPJ terus. Dapat la tarikh 25 Julai 2022. Pastu dia suruh tempah juga slot kelas tambahan. Almaklumlah dah setahun lebih tinggal stereng. Masa QTI ni boleh lagi kautim dengan cikgu untuk lulus. Masa ujian JPJ sebenar, nak kautim dengan siapa? 👀
Borang latihan tambahan ni kena pegang sendiri dan bawa setiap kali ada kelas |
Tarikh latihan tambahan tu, staf akademi bagi hampir seminggu straight (6 hari) sampai sehari sebelum ujian JPJ tau. Pehh ni kot salah satu punca rezeki untuk aku lulus sekali harung tu. Sebab apa yang berlatih masa kelas semalam tu masih fresh dalam kepala masa buat ujian JPJ keesokan harinya haha
Proses untuk kelas tambahan ni, kena serahkan lesen L dan IC kita kepada kaunter pendaftaran. Nanti kerani assign nama kita kepada mana-mana cikgu memandu yang available untuk guide masa latihan. Borang tu kena selalu bawa untuk cikgu isi dengan rekod latihan kita.
Masa beberapa hari pertama latihan tambahan tu, tak ramai orang so cepat juga la aku dapat cikgu kosong. 2-3 hari dekat dengan tarikh ujian JPJ baru la makin ramai calon datang untuk latihan ekstra. Cikgu kata memang biasa macam tu. Takut gagal kan huhu. Sebab tu dia suruh aku datang awal-awal.
Seminggu tarikh yang dia bagi tu, seminggu juga la hari-hari ada muka aku di akademi tu. Lepas habis 1 jam latihan dengan mana-mana cikgu, cikgu yang ejen aku pula sambung lagi 1 jam.
Kiranya dalam sehari, aku belajar 2 jam. Sanggup cikgu tu korbankan waktu rehat sendiri untuk aku refresh dan ingat balik semua cara memandu. Rasa syukur pula tak jadi tukar cikgu sebelum ni huhu
Paling tak sangka, sesi latihan tambahan tu tak kena bayar pun.
Ni bergantung pada akademi tu sendiri kot. Aku tengok kes orang lain ada yang kena bayar kalau nak minta latihan ekstra. Kawan aku pun kata dia bayar. Aku ni kemain la cucuk duit di ATM sebab expect setiap jam kelas tu caj dalam RM50+. Jadual aku pula ada 6 hari (6 jam), so aku standby RM300+.
Sekali bila tanya cikgu berapa kena bayar? Katanya dia tak caj. "Saya tolong ikhlas je la." Tu ayat cikgu.
Tapi aku tunggu juga kot-kot lepas habis latihan tambahan tu, pejabat call suruh bayar sekian sekian sebab seminggu kot aku pergi sana. Takkan belajar for free? Tapi tu la takde juga minta bayaran. Ke kakak aku ambil pakej belajar sampai lulus yang termasuk dengan kelas tambahan? Aku pun tak tahu 😅
UJIAN BAHAGIAN 2 DAN 3 - UJIAN PRAKTIKAL JPJ
Cerita masa ujian JPJ ni sis malas nak ulas panjang. Kisah sepenuhnya dah ada dalam entri pasal aku berjaya lulus ujian JPJ sebenar dalam cubaan pertama tu. Cukuplah anda ketahui yang aku sendiri pun masih tak percaya yang aku lulus ujian tu 😂
Kakak aku kata dia yang kuat merayap tu pun belum lulus lesen kereta. Alih-alih aku yang suka memerap dalam bilik ni pula yang dapat lesen dulu. Terbalik haha. Tapi tu la dah dia sponsor kan, serba salah juga kalau gagal. Takkan nak minta duit dia untuk repeat. Aku nak bayar sendiri, takde duit pulak.
Oh ya kakak aku tak ambil ujian JPJ ni sekali dengan aku. Rasanya dia ada lagi jam dalam KPP03 yang belum habis dah sekarang pun tengah pregnant. Tunggu lepas habis pantang kot baru dia sambung.
Sis lulus dua-dua bahagian litar dan jalan raya! Yeay~ 🎉 |
Sebab entri ujian JPJ tu dah ada, kat sini aku cuma nak catat beberapa benda masa ujian litar JPJ tu yang agak berbeza bagi aku kalau dibandingkan dengan pengalaman orang di akademi lain.
Contohnya, kebanyakan calon yang ambil ujian JPJ tahun-tahun lepas kata mereka ada pegawai JPJ di sebelah waktu ujian litar. Dan ada calon yang di setiap bahagian ujian, kena tukar kereta. Macam di bukit, naik kereta A. Pastu kalau lulus, kena turun dan pergi ke parking sisi tapi pakai kereta B pula.
Selain tu, ada calon kena ambil sendiri borang tu dari pegawai JPJ sebelum ke bahagian seterusnya. Macam dia lulus bukit, kena ambil borang yang ditanda oleh pegawai JPJ yang jaga bukit, pergi ke parking sisi, bagi borang kat pegawai, buat parking sisi. Kalau lulus, repeat ambil borang macam tadi.
Dan kalau lulus (atau gagal) di litar tu, mereka kena ambil sendiri jugak borang berisi markah akhir dan balik semula ke pejabat untuk tunggu ujian jalan raya. Macam mereka penat banyak la masa ujian tu.
Tapi akademi aku lain sikit.
Mungkin sebab kawasan litar tak terlalu besar so kami boleh bawa kereta sama je sepanjang ujian. Tak perlu tukar kereta dan repeat buat RSM. Jarak antara 2 pondok tempat pegawai JPJ pantau bukit dan bahagian lain tu pun dekat. So kami tak perlu turun ambik borang pun kalau lulus bukit mula-mula tu.
(Tapi rasanya salah satu faktor tu mungkin untuk elakkan contact calon dengan lebih banyak kereta untuk kurangkan risiko jangkitan Covid? Boleh jadi jugak 👀)
Cikgu yang pantau litar tu la yang ulang-alik ambil borang calon yang lulus dari pondok bukit dan hantar ke pondok parking. Lepas pegawai JPJ siap tanda borang tu (sama ada lulus semua bahagian atau gagal), ada pula cikgu yang akan drive ke pejabat untuk hantar borang tu bagi sesi ujian jalan raya.
Kiranya kami cuma perlu duduk dalam kereta dan drive je. Lepas siap di litar, lenggang kangkung saja ke garaj untuk ujian seterusnya sebab semua borang tu cikgu yang handle. Mujur juga sistem kat sini macam tu. Tak penat sangat kat aku. Tapi geng cikgu tu la yang kesian kena ulang-alik 😅
Dan waktu ujian litar aku, paling ketara perbezaannya, tak ada pegawai JPJ di sebelah. Mungkin sebab pelaksanaan e-Testing atau ujian secara automasi bermula April 2022 lepas di mana calon drive sorang-sorang. Pegawai JPJ akan perhati dari dalam pondok kawalan untuk bagi arahan atau tegur kesalahan.
Bagus juga bagi calon drive solo macam tu. Kurang nervous berbanding kalau pegawai JPJ tu perhati DALAM kereta. Aku masa cikgu memandu duduk sebelah pun cuak, apatah lagi pegawai JPJ kan 🙃
PERMOHONAN LESEN P (PROBATORY DRIVING LICENSE)
Lepas dapat slip lulus kedua-dua bahagian tu, kena tunggu sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk pastikan maklumat kita dah masuk dalam sistem JPJ. Lepas tu boleh ke pejabat JPJ untuk buat lesen P.
Lesen P ni boleh mohon sendiri, atau boleh wakilkan kepada ejen di akademi memandu tu untuk buatkan bagi pihak kita. Aku wakilkan kepada cikgu je sebab kesian kat abah nak drive jauh-jauh masuk pusat bandar Kota Bharu. Lagipun aku malas nak panjat tangga bercermin di pejabat JPJ tu haha
Dokumen yang diperlukan untuk mohon lesen P (Probationary Driving License) melalui wakil:
- Salinan MyKad pemohon
- Duit RM60 untuk tempoh lesen P selama 2 tahun
- Sekeping gambar pasport berlatarbelakang putih (saiz 25mm x 32mm)
Cikgu dah hantar voice note di Whatsapp suruh bawa salinan IC tapi telinga aku tersalah dengar "IC dan lesen". So aku tak fotostat la IC tu huhu bodo. Mujur pejabat akademi tu ada servis untuk fotostat IC bagi pelajar yang nak mohon lesen P atau booking tarikh baru ujian JPJ. Terbang 20 sen.
Aku expect kena tunggu seminggu lebih sebelum lesen P tu siap tapi hari kelima lepas ujian, cikgu kata lesen dah siap dan boleh ambik dengan dia di akademi. Dengan itu, secara rasminya aku kini boleh memandu secara halal di atas jalan raya yeay~ Cuma kena banyakkan praktis memandu di rumah je.
Aku expect kena tunggu seminggu lebih sebelum lesen P tu siap tapi hari kelima lepas ujian, cikgu kata lesen dah siap dan boleh ambik dengan dia di akademi. Dengan itu, secara rasminya aku kini boleh memandu secara halal di atas jalan raya yeay~ Cuma kena banyakkan praktis memandu di rumah je.
Tapi tu la susah juga nak praktis kalau jenis homebody jarang keluar rumah ni. Miskin pula tu. Sticker P pun tak beli lagi. So takde motivasi nak keluar rumah sebab takde duit nak isi minyak, bayar parking, dan of course tak mampu pergi tempat best-best. Ni tanda kena cari kerja lebih elok cepat-cepat la ni 💪🏻
Setakat ni, pencapaian aku sepanjang dapat lesen P ni, cuma berjaya langgar pagar rumah sampai tercabut bumper depan kereta je. Legend kan. Mujur bawa kereta buruk masa tu 😂
Abah ikat bumper tu dengan dawai pun tak mampu kekalkan posisinya di atas ye. Anak bertuah punya pasal 😂 |
Punca pegawai JPJ gagalkan dia masa jalan raya tu, katanya "Sebab enjin mati atas jalan."
Macam pelik sikit sebab masa ujian JPJ tu pun enjin aku mati di simpang laluan susur. 2 kali pula tu. Alhamdulillah masih lulus ujiannya. Tak pasti sama ada penilaian JPJ ada perubahan berbanding dulu atau tu cuma rezeki aku. Mana tahu pegawai JPJ yang pantau Naslyn masa tu strict sangat ke.
Tapi aku check dalam borang penilaian untuk tengok senarai kesalahan mandatori pun, takde pula sebut pasal enjin mati tu kesalahan mandatori dan akan buatkan ujian gagal serta merta. Ke ada tulis di sini tapi dalam susunan ayat berlainan? Sis keliru 🤔
KLIK UNTUK BESARKAN |
Husnudzon yang mungkin ada kesalahan lain yang pegawai JPJ tu ambil kira sebelum gagalkan kawan aku tu. Sebab kesian la kalau calon digagalkan atas sebab-sebab yang bukan kesalahan. Nak ambil ujian ulangan JPJ tu bukan murah. Buat pula kat pelajar yang memang takde duit, haru hidup.
Dengan ini, selesailah siri pasal ambil lesen ni. Panjang ya ceritanya sampai cecah 4 bahagian. Mujur aku terlintas nak pecahkan sebab asalnya aku nak tulis semua dalam 1 entri je. Tapi bila fikir balik, tak larat aku nak skrol dari atas sampai bawah untuk check susunan ayat haha
Semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:
Harapnya bergunalah perkongsian ni kepada sesiapa yang terbaca tu. Tak kisah sama ada membantu dari segi informasi atau cuma hiburan. Kepada para sahabat yang sedang dalam proses nak ambik lesen memandu tu, tak kisah sama ada kereta atau motor, selamat maju jaya kepada anda.
Jangan nervous masa memandu. Dan jangan terlalu cuai pula. Pandu cermat, jiwa selamat.
Bye dan Assalamualaikum.
Tahniah dah dapat lesen memandu
ReplyDeleteJangan lupa pasang L
Mungkin hujung minggu boleh praktis bawak kereta pergi ke pasar ke. Lama2 baru hilang perasaan gemuruh bawak kereta dan jadi lebih mahir.
ReplyDeleteNak pergi jugak kak tp jalan ke pasar tengah construction bina flyover. Habis berubah struktur jalan. Pemandu pro pun jadi tak kenal jalan apatah lagi saya. Bawak jalan kampung dulu la 🤣
Delete