Mudah sediakan sambal tumis petai dengan pes segera Cheffaro | NaSa
Assalamualaikum


Yeehaa akhirnya rajin nak tulis entri pasal pes sambal tumis ni. Padahal dah lama beli masa beli sos Korea Adabi dalam botol haritu. Tapi tu la masa ada petai, tak ada udang. Lepas beli udang, petai pula habis. Lama betul baru ada kesempatan untuk masak sambal tumis petai guna pes Cheffaro ni.

Pes sambal tumis petai Cheffaro yang beratnya 200 gram ni dibeli dari Shopee pada harga RM4.25. Tapi tengok pada harga asal sebelum diberi diskaun oleh seller, RM5.10. Haritu masa nampak di pasar raya, macam mahal sikit. Sekitar range RM5-6 jugak la tapi overall masih berpatutan bagi aku. 

Isi setiap pes sambal tumis petai Cheffaro

Bahan-bahan dalam pes sambal tumis petai Cheffaro:
Bawang, minyak kelapa sawit, gula, asam jawa, cili, udang kering, garam, bawang putih, MSG, kanji yang diubahsuai (E1422), dan natrium benzoat (E211).
Walaupun bahan-bahan asas pes sambal tumis ni tidak mengandungi kekacang, tapi produk lain di kilang Cheffaro tu mungkin ada bahan tu dan ada risiko cross-contamination di sana. Jadi mereka yang alergik dengan kacang perlu berhati-hati la. Takut dapat simptom alahan.


Cara penyediaan sambal tumis petai menggunakan pes Cheffaro:

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis hirisan bawang besar hingga kuning keemasan.
  2. Masukkan 200 gram pes sambal tumis petai Cheffaro dan tumis dengan api sederhana hingga wangi. Kemudian, masukkan 200 gram petai dan 400 gram udang atau sotong.
  3. Kacau sebati kemudian tutup periuk atau kuali dengan penutup. Biarkan sambal mereneh dengan api kecil selama 2 minit.
  4. Buka penutup dan tumiskan selama 1 minit. Boleh masukkan ikan bilis goreng jika suka.
  5. Sambal tumis petai sedia untuk dihidang.
Bahan yang diperlukan untuk sediakan sambal tumis petai

Memang mudah sangat nak masak kalau tengok pada arahan tu kan. Selain pes tu, kita cuma kena sediakan tiga (3) benda iaitu hirisan bawang besar, udang, dan petai. Kalau ada sotong dan ikan bilis, boleh masukkan sekali. Tapi kalau masak guna udang sahaja pun, dah cukup sedap.

Tapi arahan asal untuk guna semua pes Cheffaro tu dengan 400 gram udang tu agak banyak. Dalam rumah ni, ramai ada masalah resdung dan tak boleh makan udang. Aku je la selamat tak ada resdung. Jadi aku bahagikan pes tu kepada 3 bahagian sebab masak sikit-sikit je untuk portion 1 orang.

Cubaan pertama masak sambal tumis petai dan udang guna pes Cheffaro:


Kurang menjadi sikit masa cubaan pertama ni sebab minyak macam sikit sangat. Masa menumis tu, cili dalam pes jadi sedikit hangit. Sebab tu warna sambal nampak sedikit gelap. Tekstur pun ada sedikit berketul-ketul tu kan sebab cili hangit haha. Mujur makan sendiri je. Tak banyak songeh sangat.

Cubaan kedua masak sambal tumis petai dan udang guna pes Cheffaro:


Untuk cubaan kali kedua, Alhamdulillah jadi lebih elok. Sambal cukup minyak dan merah cantik sikit. Kali ni aku siap tambahkan sotong sebab kebetulan makcik aku ada kirimkan makanan laut dari jeti tempat dia buka gerai. Sedap juga sebab sotong fresh isi manis makan dengan sambal pedas-pedas.

Petai tu dah sedap tapi salah aku pula pergi belah dua. Patutnya aku kopek petai tu dan kekalkan je sebiji-sebiji. Baru lebih best gaul dalam sambal. Masa makan pun akan lebih kick rasa petai tu.

Tapi nak buat macam mana kan. Masa beli petai tu pun tu bukan musim dia. Jadi dalam seikat petai tu, ada yang buahnya menjadi, ada yang tak menjadi. Tu pun dalam biji petai yang nampak besar tu, kat dalam sebenarnya ada ulat. Banyak pula tu biji petai yang ada ulat tau. Meremang sis.

Kalau aku tak belah petai tu, mungkin ulat tu pun termasuk dalam sambal. Lebih protein. Yummy~ 😂

ULASAN RASA PES SAMBAL TUMIS PETAI CHEFFARO


Overall, boleh tahan la sedapnya. Sesuai untuk mereka yang nak masak sambal tumis tapi nak jimatkan masa daripada renyah nak sediakan cili dan tumis tu. Cuma dari segi pedas, bagi aku mild sangat. Untuk mereka yang sukakan sambal tapi tak suka pedas, pes ni sesuai sebab tak kuat rasa tingling di lidah.

Bagi yang suka pedas, mungkin boleh adjust sendiri tambah cili giling atau bawang. Tapi aku tak adjust la sebab malas kan. Aku beli pes sambal segera ni pun sebab malas tumis cili. So i redha je tak pedas.

Tapi kalau pes sambal ni ada belacan, lebih sedap kot? 

Sebab rumah ni biasanya kalau masak sambal, ada masukkan belacan untuk naikkan aroma. Lagi sedap sebab bau sambal akan jadi lebih wangi. Tapi tu la tak semua orang suka belacan kan sebab tu kot pes ni takde. Mungkin aku boleh consider untuk tambah belacan sendiri kalau beli lagi pes Cheffaro pasni.

Satu je komplen aku dengan pes Cheffaro ni, tekstur udang kering (krustasea) dalam tu agak mengacau lidah aku haha. Tapi basically ni memang komplen aku kalau beli sambal yang bukan homemade sendiri.

Kulit udang kering tu bila duduk dalam pes lama-lama kan, ia berkumpul jadi macam bergumpal dan berketul tau. Kalau perasan awal-awal sebelum suap ke mulut tu, boleh la aku asingkan. Tapi kalau tak perasan, waktu makan tu akan rasa menggerutu atas lidah dan berpasir dalam mulut ahahahah

Kalau beli sambal di luar, biasanya ada jumpa juga kes macam ni. Macam di UUM dulu, sambal tumis ikan bilis di kafe asrama kot? Rasa dah sedap tapi sebab ada tekstur bilis macam menggerutu gitu, jadi terkejut betul nak makan. Kalau sambal lala, serpihan kulit lala pulak bersepah. Bergegar gigi 😂

Biasa la kalau ambil shortcut beli makanan ni memang ada beberapa aspek yang kita kena hadap kan. Kalau nak perfect, masak la sendiri. Tu pun kalau rajin. Kalau tak rajin, haa duduk diam-diam sudah.

Oleh sebab yang pes sambal petai ni dah cuba dan memuaskan hati, rasanya pasni nak cuba pes Cheffaro yang lain pulak. Setakat ni mereka ada 9 pes segera untuk mudahkan masakan harian kita. Kalau borong serba satu ni, cukup dah untuk menu masakan seminggu dua. Jimat masa prep.

Kredit: Facebook Cheffaro

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. sekarang ni mudah je nak masak, kena rajin cari pes dan sediakan la duitnyaa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu. Asalkan ada duit, semuanya ditanggung beres 🤭

      Delete
  2. sedapnyaaa. mudah pun mudah kan.. makan nasi tambah ni.. hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS