Assalamualaikum
Siapalah kita penulis picisan ni kalau tak berdepan dengan masalah masa guna platform Blogger ni kan? Manjang ada isu. Kalau buat aduan di ruang Community untuk support Google pun, takde solusi.
Penat la penat hahahahah. Nasib aku ni malas nak tukar platform je. Dan dah biasa dengan fungsi yang ada dalam Blogger jugak so hadap je la kita love-hate relationship dengan Blogger ni.
Terkini, masalah aku dengan Blogger ni ada dua.
1) SUSUNAN GAMBAR JADI TUNGGANG TERBALIK
Kebiasaan aku, setiap kali ada topik yang nak ditulis, semua gambar berkaitan akan diedit sekaligus dalam Photoshop untuk resize lebih kecil, tambah watermark, tukar format WebP, dan rename dari 1 sampai habis. Dengan harapan bila upload dalam draft blog, gambar pun akan disusun ikut turutan.
Lepas siap edit, aku akan muatnaik (upload) semua gambar secara pukal dan tulis kronologi cerita tu mengikut nama susunan gambar tersebut. Contohnya gambar untuk entri masakan donat susu ni.
Contoh nama gambar yang dah disusun mengikut kronologi 1 sampai habis. |
Gambar masih ikut turutan untuk dimasukkan dalam draft blog. |
Tapi harapan tinggal harapan la sebab apabila semua gambar berjaya dimasukkan, semua susunan nama tu jadi tunggang terbalik. Gambar donat yang last pula jadi duduk paling atas. Gambar pertama untuk cover tu duduk paling bawah. Jenuh nak susun.
Gambar terakhir duduk di bahagian paling atas 😑 |
Satu kerja la nak kena susun gambar tu semua ikut susunan balik sebab akan makan masa. Sama ada kena delete dan upload semula gambar tu satu-satu ikut turutan, atau kena cut dan paste gambar tu ikut susunan. Kalau gambar ada bawah 5 keping, tak apa. Tapi kalau gambar tu lebih 10?
Dan apabila susun balik gambar yang tunggang langgang dalam Blogger tu, akan timbul satu lagi masalah lain iaitu selang atau gambar berganda (DOUBLED) pulak.
2) SELANG ATAU GAMBAR BERGANDA (DOUBLED)
Aku mula perasan masalah selang berganda ni lepas cut gambar yang terbalik tadi untuk ditampal di bahagian yang sepatutnya. Di tempat gambar tu dipotong, akan ada satu baris kosong ekstra antara perenggan tulisan. Walaupun dalam draft hanya letak satu baris, lepas entri dipublish, baris tu jadi DUA!
Contohnya:
Selang baris antara ayat terakhir dengan gambar dalam draft, cuma ada satu baris. |
Selang baris apabila dilihat dalam Preview (dan lepas publish), tiba-tiba ada DUA BARIS. |
Dan selang ekstra tu tak boleh dipadam tau (sebelum aku tahu trick dia dulu). Walaupun aku tulis balik ayat tu dalam perenggan baru, atau cut dan paste perenggan tu di tempat lain, tapi selang tu tetap ada memisahkan konten dalam entri tu jadi lebih jauh. Penat sis godek cari punca, rupanya masalah HTML.
Kod HTML untuk gambar tu pun jadi berganda tau 💆🏻♀️ |
Aku pun tak tahu kenapa tapi ada waktu-waktu tertentu, kod HTML untuk gambar tu akan jadi berganda. Tapi satu kod gambar tu adalah halimunan (invisible) sebab dalam draft cuma nampak satu gambar je. Dan kod HTML gambar halimunan tu la jadi punca ada selang kosong yang tak boleh dipadam tu.
Nyahhh satu kerja la aku kena buka draft entri dalam HTML view dan manually delete satu-satu kod tu, baru selang tu hilang. Masalahnya, kena baca satu-satu kod gambar tu untuk tentukan mana satu kod gambar yang halimunan. Kang salah pilih, terdelete gambar yang boleh nampak pula. EH PENAT 😑
PENYELESAIAN
Banyak kali juga la aku trial and error untuk setiap masalah tu. Kali ni kot baru jumpa cara yang betul dan berkesan. Jadi nak tempek sini untuk peringatan. Kot pasni kalau jadi lagi masalah tu tapi pastu dah tak boleh baiki guna cara sama, aku nak amuk hahahah sembang
1) UNTUK BETULKAN SUSUNAN GAMBAR MENGIKUT TURUTAN NAMA
Caranya, kena taip dulu sebaris ayat, tekan Enter, barulah upload semua gambar. Most of the times, gambar yang dimuatnaik tu semua akan ikut turutan asal nama atau tarikh dalam folder komputer kita.
Ayat tu bebas je nak tulis ayat pengenalan atau tekan keyboard secara random, asalkan tekan Enter lepas tu. Aku biasanya tekan keyboard secara random je. Sebab perkataan "Assalamualaikum" tu aku dah set dalam Settings supaya ada dalam setiap New Post (sis malas tulis banyak kali).
Balik semula kepada contoh donat susu tadi, lepas aku tulis ayat sebaris dan tekan Enter, gambar yang dimuatnaik tu akhirnya ikut turutan yang aku nak. Gambar cover tu dah duduk di bahagian paling atas.
Ayat pertama selepas Assalamualaikum tu ditaip random |
Lepas semua gambar dah pasti dalam turutan, boleh la delete ayat random tu dan mulakan penulisan seperti yang dikehendaki. Leceh kan 🙃
2) UNTUK HILANGKAN KOD HTML GAMBAR HALIMUNAN DENGAN MUDAH
Sebelum ni gigih la aku baca kod dalam HTML view tu kan untuk delete kod gambar yang ekstra tu satu-satu. Padahal ada je cara yang lebih mudah iaitu CLEAR FORMATTING.
Boleh tekan clear format dalam extra settings tu |
Clear formatting ni alat untuk kembalikan semua kod HTML kepada lumrah default draft kita. Kalau guna untuk teks, semua fancy fonts, bold italic underline, alignment kiri tengah kanan, warna etc tu semua akan balik kepada asal. Kalau guna untuk gambar, ia akan balik kepada alignment kiri.
Tapi kalau guna untuk gambar yang ada kod HTML berganda, gambar halimunan tu akan kelihatan ya.
Haaa rasa macam hijab mata terbuka apabila boleh nampak gambar yang sebelum ni tak kelihatan tu. |
Lepas gambar halimunan tu munculkan diri, boleh la delete gambar ekstra tu dan betulkan alignment gambar sebenar mengikut citarasa kita (aku suka alignment tengah). Kemudian boleh sambung edit entri macam biasa sebab dah tak ada selang ekstra yang akan jarakkan perenggan kita jauh-jauh.
Cara ni lebih senang la sebab aku dah tak payah tenung setiap kod HTML gambar tu untuk cari kod mana yang bukan gambar sebenar. Dah la nak delete kod tu kena delete semua yang <pembuka> dan </penutup> dia. Kang tertinggal satu, kod jadi invalid pula. Penat sis ahahahah
Aku tak tahu masalah susunan gambar ni terjadi pada semua pengguna Blogger atau tidak. Sebab aku sendiri pun ada waktu terjadi, ada waktu gambar tu behave dan aku tak perlu edit kod HTML atau formatting banyak kali. Tapi terjadi atau tidak, baik tahu cara penyelesaian kan. Nanti senang nak baiki.
Dan mungkin bagi orang lain benda ni bukan masalah besar. Setakat gambar terbalik dan kena ubah susunan, atau ada selang kosong lebih sebaris, apa la sangat. Yang penting konten bagus dan matlamat penulisan tu sampai. Tapi tu la bagi aku, memang tak boleh. Format dalam entri aku kena sekata! 😅
Aku ni kalau dalam satu perenggan tu ada sepatah dua perkataan yang sesat dalam barisan terakhir dan ada banyak ruang kosong lepas tu, pun tak boleh. Hati aku rasa tak best. So mesti akan edit biar semua perkataan dalam perenggan tu hampir penuh dalam satu baris. Baru rasa senang hati.
Yang ni baru aku sedap pandang dan baca. |
Tapi ni preference untuk blog aku sendiri sahaja sebab aku yang tulis kan. Kalau baca blog orang lain, aku tak kisah pun susunan mereka macam mana sebab tu cara tulisan mereka. To each, their own.
Dan ini pun setakat untuk pandangan dari laptop aku je la. Sis tak tau kalau orang lain baca guna komputer atau laptop mereka, isi perenggan akan jadi penuh atau tidak sebab saiz skrin berbeza kan. Kalau baca pakai smartphone atau tablet, lagi berbeza skrin tu ada yang kecik, ada yang besar haha
Setakat tu je la aku nak bebel pasal masalah Blogger ni. Nak komen lebih-lebih pun maleh. Bukan Google baiki pun. Masalah komen daripada pembaca blog tetiba masuk Spam tu pun tak selesai. Sabor je la.
Semoga entri ni berilmiah kepada mereka yang memerlukan sebab aku tulis ni pun random nak bebel je.
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
terima kasih untuk tipsnya
ReplyDeleteSama-sama semoga bermanfaat kak.
DeleteThanks for sharing. Selang sampai 2 baris tu sakit mata gak nengoknya
ReplyDeleteYou're welcome kak. Tu la jadi makin panjang pula entrinya dia auto selang macam tu huhu.
DeleteTiada masalah gambar tidak ikut susunan sebab saya taip dahulu sampai habis kemudian letak gambar satu-persatu ikut perenggan.
ReplyDeleteStail menulis macam-macam kan. Saya kena susun gambar dulu baru boleh taip cerita. Buat macam guidelines gitu. Kalau tak, nanti termasuk cerita lain dan lari dari topik pulak 😂
DeleteNaim suka upload satu-satu. biasa kena upload random gambar macam 10, ia akan terbalik. haha. dengan malas edit , lebih baik upload satu persatu. settle. hee
ReplyDeleteFaham sangat. Kalau kena gambar terbalik gitu banyak kali, memang tak hairan kalau orang jadi serik nak upload banyak-banyak sbb nak kena susun pulak. Tapi tu la habit sendiri tetap juga degil nak upload pukal macam tu sbb dah terbiasa 😂
Deletekalau malas msti letak banyak2 mcm ni.. lepas tu jd berterabur.. haha
ReplyDelete