Bergurau dengan Touch n Go: Part 2 | NaSa

Bergurau dengan Touch n Go: Part 2

by NaSa, September 14, 2022
Assalamualaikum

Sebuah lagi kisah jenaka bersama Touch n Go lepas duit percuma random haritu hehe

Kali ni dia hantar melalui emel pula. Ayat manis je kata kita ni sangat berharga untuk dia jadi dia masukkan sejumlah kredit percuma dalam eWallet Touch n Go kita untuk dibelanjakan. Sweet sangat.


Katanya kredit percuma tu boleh la digunakan untuk bayar bil, beli barang, atau apa-apa je la yang kita boleh bayar melalui eWallet Touch n Go tu. Tengok pada logo-logo yang dia letak dalam emel tu memang banyak pilihan vendor. Macam best juga kan dapat duit percuma untuk shopping. Jimat duit.


Tapi sis tak percaya terus la sebab haritu pun dah dapat duit percuma jugak kan. Kita berdebar ingatkan dapat dalam 2, 3 ringgit sebab dia kata bertuah sangat nombor kita terpilih tu kan. Rupa-rupanya 20 sen je hahahahah. Jadi kali ni aku pun macam takde harapan tinggi sangat la.

Aku pun nak buka la app Touch n Go tu untuk check betul ke ada duit masuk. Tapi tak jumpa pulak dalam phone. Rupanya haritu aku dah uninstall memandangkan app tu tak diguna sangat dan buat berat storage je. Hah gigih la aku download balik app tu tau semata-mata nak tengok duit tu dapat berapa.

Em tak sabarnya nak joli.

Sekali masa tunggu download siap, aku terjumpa link Terma & Syarat kempen duit percuma Touch n Go tu. Bila dibaca jumlah duitnya, emm memang sangkaan aku tepat ya.

50 SEN JE DUIT PERCUMANYA 😂



Tengok dia kata duit percuma tu "boleh guna untuk bayar bil", ingatkan koman-koman Touch n Go bagi RM50 kan. Boleh juga lepas bil WiFi aku ni suku jalan. Tapi tu la 50 sen je huhu. Nak beli roti krim coklat Gardenia pun tak lepas ni sebab roti tu pun dah naik harga jadi RM1.10 sekarang 😂


Mesti dia nak aku topap eWallet tu untuk guna duit tu kan. Tapi aku nak guna untuk apa je Touch n Go ni. Even topap phone pun aku biasa beli dari Shopee sebab selalu ada diskaun di situ walaupun 4,5 sen je.

Aku pos screenshot "duit percuma Touch n Go" tu di Whatsapp Story. Kawan aku baca caption gambar pertama tu dah excited tanya cara nak guna duit tu. Sekali baca caption gambar kedua pasal jumlah duit yang diberi, kecewa terus member hahahah. Plot twist kan. Buat penat je excited 😂


Rasanya dah boleh jadi acara tahunan kisah bergurau dengan Touch n Go ni. Tunggu tahun depan dia nak bagi berapa pulak. Makin banyak atau makin sikit haha. Kamon Touch n Go, let's goooo 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 1 comment

Add your comment

  1. ha haha...ingat mcm mana plak la touch & go bergurau kan...alahai

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS