Juadah Jumaat: Mi Kari Merdeka | NaSa

Juadah Jumaat: Mi Kari Merdeka

in , , by NaSa, September 02, 2022
Assalamualaikum


Apa yang signifikan pasal mi kari ni sampai namanya ditulis sebagai Mi Kari Merdeka?

Sebenarnya tak ada apa-apa yang istimewa pun.

Cuma kebetulan mi kari ni mama buat masa petang merdeka 31 Ogos haritu sebab anak buah dari Pasir Mas balik sekejap ke rumah belah sini. Macam jamuan kecil-kecil la sebab dah lama tak jumpa cucu. Dah alang-alang Hari Kebangsaan Malaysia tu, ai letak je la nama merdeka. 


Close-up mi kari dengan sudu cup cina pulak. Macam-macam prop aku guna nak dapat gambar yang memuaskan hati sendiri ni. Tapi payah betul nak cari angle lawa. Amatur kan. Mana reti susun.

Ni pun nak letak chopsticks sebenarnya sebab makanan berasaskan mi kan. Tapi set kutleri yang beli dari Shopee (sudu + garfu + chopsticks) tu tak sampai-sampai lagi. Nasib la timing tak cantik haha. Kalau cepat sikit sampai tu, dah boleh buat hiasan sekali. Kena tunggu rezeki lain kali.

Oh ya semata-mata sebab gigih nak ambik gambar ni kan, sanggup ye aku rebus telur sebiji untuk susun dalam mangkuk. Sebab nak bagi nampak penuh macam tu. Asalnya tak ada telur rebus pun sebab dalam kari dah ada ayam so kira dah cukup la untuk buat lauk. Aku je la acah food blogger sangat 😂

Biasa la terpengaruh trend jaman now yang nak gambar lawa-lawa je. Tapi aku pun memang tak minat sangat pun mi kari. Apabila ada telur rebus tu macam tambah selera la sikit. Bukan sebab mi kari tak sedap tapi aku tak boleh jalan sangat dengan makanan berasaskan kari. Mudah sakit perut.

Makan kari Melayu pun sakit perut. Kalau kari pure India? Wallahua'lam la jawabnya haha

Untuk juadah berasaskan mi ni, aku suka kalau dimasak cara mi goreng. Kalau mi yang berkuah macam mi sup dan mi kari, aku kurang sikit. Sebabnya nanti perut akan kenyang dengan kuah, bukan dengan mi. Pastu tak lama kemudian aku akan cepat lapar balik. Payah ah nak kena makan banyak kali kan.

Tu pun aku prefer mi goreng yang mama masak dan yang masak sendiri la. Kalau di kedai, beli apabila terdesak lapar je. Sebab ada sesetengah kedai yang waktu busy atau nak masak dalam kuantiti pukal, dia campak je mi tu dalam kuali tanpa rendam atau bilas dengan air untuk jimatkan masa.

Dugaan untuk kita yang makan ni la kan sebab pehhh berkapur dalam mulut ahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS