Juadah Jumaat: Nasi air Kelantan | NaSa

Juadah Jumaat: Nasi air Kelantan

in , by NaSa, September 23, 2022
Assalamualaikum


Juadah semalam sebenarnya ni. Saja upload harini.

Semalam kebetulan lepas nasi air ni siap hujan ribut pulak membawa ke petang. Sejukkk. Memang laku keras la nasi air ni sebab sedap hirup sup tu panas-panas. Sampai nasi putih biasa tu tak laku sebab malas nak masak lauk lain. Nasi air ni dah ada daging dan ayam dalam sup tu hehe


Kalau kat negeri luar, makanan ni dipanggil apa agaknya?

Nasi sup ke? Atau sup nasi?

Sebab kalau Kelantan memang panggil nasi air je. Aku kalau nak explain nama makanan ni kat orang luar, payah betul sebab part nama "air" tu 😅

Nak kata bubur, tak boleh jugak sebab tekstur nasi air tu je yang lembik macam bubur. Tapi nasi dimasak hingga lembik secara asing, sup dan lauk plus perkakas lain tu ditambah kemudian. Berbeza dengan bubur yang dimasukkan semua bahan dan dimasak sampai biji beras pecah dan mostly lembik.


Tapi kalau tengok pada tekstur nasi air ni lepas digaulkan semua rencah dan perkakas tu, memang tak jauh beza dengan bubur pun. Rasa je la lain sebab sup ni cukup masin manis semua. Kalau waktu demam takde selera ke apa, nasi air ni lebih sedap dimakan berbanding bubur haha

Nasi air ni sekarang dibuat waktu-waktu yang mama rajin nak buat sup tu je sebab renyah nak rebus daging tunggu empuk dan masak beras tu lama-lama kan. Tapi dulu zaman sekolah, boleh dikatakan hampir setiap hari boleh makan nasi air ni. Masa tu naik jemu jugak la hari-hari nampak nasi lembik 😂

Sebabnya mama dan abah masa tu buka kedai meniaga nasi air ni di pinggir jalan untuk cari rezeki. Sup tu pun diguna juga untuk mi macam mi kuning, maggi, kuetiau, dan bihun. Selain makanan berasaskan sup, ada juga dessert macam aneka bubur, antaranya bubur jagung, sira labu, bubur pulut hitam, bubur kacang. Harga semua berpatutan. 10 tahun lepas inflasi belum melampau tinggi kan huhu

Alhamdulilah walaupun kecik-kecilan dan mama abah je uruskan, perniagaan dapat sambutan ramai dan ramai pelanggan tetap. Aku pun membantu jugak la sikit dalam marketing di sekolah. Biasa lepas kelas tambahan dan tunggu abah datang ambil lepas solat Asar, aku tanya classmates dan kawan-kawan:

"Ada orang nak tempah nasi air atau apa-apa mi sup tak?"

Memula kawan ingat aku nak minta abah belikan makanan tu dalam perjalanan ambil aku di sekolah. Padahal mama abah yang buatkan dan bungkuskan haha. Kalau ramai kawan order tu, rasa bangga jugak sikit sebab boleh la menyumbang sikit kepada sales haritu daripada kawan-kawan kan.

Dan memori ni best sebab tu masa zaman phone 3310. Aku ambik order tulis atas kertas, pastu call abah guna public phone dalam sekolah. Aku tak rasa abah tulis pun apa yang kawan aku order tu, but somehow masa sampai di sekolah, order tu semua cukup. Gituhh pakai kuasa memori je 😂

Tapi lepas mama masuk wad untuk potong jari kaki sebab diabetes, abang-abang aku dah tak bagi meniaga untuk jaga kesihatan. Siap abang aku pergi robohkan gerai jualan tu sebab kalau pesan mulut je, mana mau dengar. Sejak tu la mama abah jadi macam pesara kat rumah, jaga cucu-cucu je.

Nampak jahat nau kan. Tapi sebab masa tu adik-beradik yang dah kerja tu dah agak stabil, dan yang muda-muda ni dah sambung belajar dengan bantuan kerajaan, dah boleh survive sendiri la sikit. Tak sanggup nak suruh mama abah kerja lagi dalam keadaan masing-masing dah kurang gagah tu.
(plus masalah dengan tuan tanah emmmm)

Dan timing memang elok jugak la gerai tu dirobohkan. Sebab tahun tu 2014, dan hujung tahun banjir paling besar melanda kan. Tenggelam mat kampung tempat gerai tu terletak. Kalau masih meniaga masa tu, mesti kerugian lebih besar sebab include kos bisnes sekali.

Tapi sebab dah bersara kan, kami boleh fokus untuk baikpulih rumah je.

Maka di situlah berakhirnya karier mama abah sebagai peniaga nasi air 😊

Sekarang pun ada je orang tanya mama abah takde rasa nak meniaga lagi ke? Sebab cucu-cucu dah besar semua, anak-anak pun dah habis belajar belaka. Alang-alang duduk rumah tu, boleh je nak jual makanan untuk income sampingan kan. Tapi jawapannya memang NO la.

Mama kan ada sakit buah pinggang. Abah pun dah dekat 70. Tak gagah sangat dah. Biarlah mereka rehat di rumah je. Sekarang pun abah lebih enjoy jaga kucing dan kambing-kambing dia tau. Mana mau nyee petang-petang nak berdiri di gerai bungkus makanan lagi haha

Semoga kedua-dua ibu bapa kita yang masih hidup sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam kesihatan berpanjangan. Kepada kenalan yang ibu bapa sudah meninggalkan kita, semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aminnn 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS