Assalamualaikum
Noh rokiahhhh malas betul nak menaip dua tiga menjak ni. Padahal dalam draft tu ada berlambak tajuk cerita dan gambar yang dah disusun cantik-cantik. Takpe la kita buat bekal entri untuk bulan 10 haha
Tak sangka harini dah masuk hari terakhir bulan September. Rasa macam baru haritu aku duk nyanyi Wake Me Up When September Ends tu. Tahu-tahu dah ended benerannn. Alang-alang tarikh 30 September tu jatuh pada hari Jumaat, kita tutupi bulan September ni dengan Juadah Jumaat la ye.
Haa sila jamu pandangan~
Menu kali ini, NASI AYAM.
Mama sebenarnya baru lepas belajar resepi nasi ayam dengan makcik aku yang buka kedai makan di Pasir Tumboh. Gigih ye dia praktis buat. Dalam 2-3 minggu ni, dah beberapa kali la mama masak nasi ayam ni untuk dapatkan hasil kuah kicap dan sambal nasi ayam yang perfect tu.
Nasi ayam yang makcik hidangkan masa kami pergi berziarah ke rumah dan kedai makan dia haritu. |
Rajin sangat. Padahal dulu nasi ayam ni la mama kata menu yang dia tak suka. Beli kat kedai, dia tak makan sebab sup takde rasa la, sambal cili tak sedap la, kicap pakai yang dalam botol dan kedekut la. Suruh buat sendiri, pun tak nak jugak sebab renyah nak masak 3 beradik komponen untuk nasi ayam tu.
Masalahnya nasi kerabu yang kena ada sambal kelapa, solok lada, budu, etc tu rajin pulak dia masak 😂
Tapi tu la entah macam mana nasi ayam makcik tu kena pulak dengan citarasa mama. Sampai banyak hari duk video call di Facebook tanya makcik cara masak itu ini. Mentang-mentang data unlimited haha
Bezanya cara ayam dimasak je la. Makcik aku buat ayam bakar ada perisa lemon. Mama masak celup tepung Bestari tipis je. Cukup-cukup untuk rasa crunchy.
Sambal cili dan kuah kicap tu terpaksa gabungkan sebab tak cukup bekas lol. Nak kena beli pinggan sos yang ada 2-3 petak la pasni. Baru cantik disusun sekaligus.
Disclaimer: Tomato cuma sebagai hiasan sebab aku mana makan tomato pun haha. Susun untuk penuhkan pinggan dan naikkan seri warna sahaja 🙈
Lepas mama dah reti masak nasi ayam sendiri ni, faham la kenapa resepi makcik tu melekat di hati mama. Sambal cili tu pekat dan cukup pedas, tak kedekut bahan. Tambah satu sudu pun dah terbakar lidah. Sebab tu aku tambah 2 sudu untuk lebih kick haha
Lepas mama dah reti masak nasi ayam sendiri ni, faham la kenapa resepi makcik tu melekat di hati mama. Sambal cili tu pekat dan cukup pedas, tak kedekut bahan. Tambah satu sudu pun dah terbakar lidah. Sebab tu aku tambah 2 sudu untuk lebih kick haha
Kuah kicap pun ada dimasak bersama bahan-bahan lain dan dibiar mereneh sampai pekat. Bukannya pakai kicap dalam botol semata-mata. Sup pun sama ada la rencah-rencahnya sampai cukup rasa tu. Jadi tidak la terasa macam makan nasi ayam yang direndam dalam air rebusan ayam sahaja.
Bila kita belajar masak ikut resepi yang menepati citarasa ni, memang la lagi sedap daripada beli kan.
Nanti aku tanya mama resepi penuh nasi ayam ni. Kot la aku berkenan nak buat sendiri pasni. So far nasi ayam sebenarnya aku rasa lagi mudah daripada resepi nasi yang mama buat sebelum ni. Kalau nak dibandingkan dengan nasi kerabu, nasi khaumok, nasi beriani tu, nasi ayam ni level beginner kot?
Gituhh yakin. Sekali bila try buat betul-betul, bukan nasi ayam tapi jadi lempeng nasi. Baru kau tau 😂
Gituhh yakin. Sekali bila try buat betul-betul, bukan nasi ayam tapi jadi lempeng nasi. Baru kau tau 😂
Anyway, goodbye September. Hello, October~
Here's to another good month to come 🥂
Bye dan Assalamualaikum.
sedapnya...ayam rangup perisa lemon..
ReplyDeletePenuh aksesori nasi ayam. Meriah!
ReplyDelete