Assalamualaikum
Alhamdulillah macam dah meningkat sikit kemahiran ambik gambar Juadah Jumaat aku berbanding awal-awal dulu. Tapi tu la susah food photography ni. Kena usaha lebih lagi untuk cari angle sesuai, adjust lighting, dan susun prop. Dah la stok prop sikit je. Nak beli, mahal. Aku kan forever broke 😂
Nasi kerabu tumis ni mama buat untuk bawa berziarah ke rumah saudara di Pasir Tumboh. Aku tak ikut pun sebab kereta tak muat. I lepak rumah je makan nasi kerabu sambil tengok Running Man. Kadang-kadang tu selit menyumpah sikit sebab internet Maxis macam jibake asyik terputus connection.
Sejak musim hujan ni internet Maxis tu naik 2 kali ganda mengada-ngada dia. Berapa puluh kali kena tekan airplane mode on dan off untuk restart connection. Tak sampai beberapa minit lepas tu, no connection balik. Anjey rasa nak campak phone ke menara pencawang tu haha
Tapi cuaca memang asyik tak menentu je sekarang. Pagi redup, tengah hari cerah, petang ribut, malam sampai subuh tu hujan. Repeat. Sampai anak-anak buah pun kempis dekat rumah je walaupun minggu lepas cuti sekolah. Tak boleh nak berjalan ke mana-mana. Ayah dia kerja tu satu, cuaca tu pun satu.
Plan piknik yang tergendala bulan 7 haritu pun tak sempat qadha lagi tau. Sedih bebudak huhu
Kalau ikutkan, sedap jugak musim hujan macam ni sebab sejuk kan. Tak ada la membara sangat macam bulan-bulan lepas, siang malam berpeluh sebab panas. Tapi tu la tengah enjoy cuaca sejuk nyaman ni, dapat pula maklumat dari Jabatan Meteorologi nanti bulan November dijangka banjir besar?
Aduh memori banjir 2014 kembali bersiaran dalam kepala. Seram sis. Mungkin kena beli beg kalis air dan sediakan keperluan banjir awal-awal ni. Aku dah la duduk Pantai Timur kan. Risiko tinggi sikit.
Aduh memori banjir 2014 kembali bersiaran dalam kepala. Seram sis. Mungkin kena beli beg kalis air dan sediakan keperluan banjir awal-awal ni. Aku dah la duduk Pantai Timur kan. Risiko tinggi sikit.
Harapnya banjir tak teruk sangat sampai kami kena pergi ke pusat pemindahan lagi la. Dengan mama yang perlukan dialisis 3 kali seminggu dan abah pun tak kuat sangat nak berjalan tu. Kakak aku pregnant lagi. Ya Allah semoga dijauhkan la daripada musibah bencana alam lebih teruk.
Stay safe, semua orang!
Aduhai!
ReplyDeleteSedap sungguh juadah hari Jumaat. Alhamdulillah.
Hi.. sy dtg followback blog ya ..
ReplyDeleteNice lah ada prop dalam gambo.. kalau sy, mmg mls la 😂 Sedapnya nasi kerabu.. my favourite too 🤗