Libresse Maximum Security cegah isu kebocoran di malam hari | NaSa
Assalamualaikum


“Ibarat mimpi jadi kenyataan,” itulah first impression aku terhadap inovasi baru daripada Libresse ni.

Tapi inovasi ke? Ke dah ada brand lain dulu yang buat produk macam ni? Aku tak tahu haha

But anyway, dari zaman sekolah lagi aku harap ada pad sebesar pampers macam ni untuk dipakai waktu tidur setiap kali period. Almaklumlah masa tu masih muda, baru nak biasakan diri dengan keadaan baru tu. Belum mahir lagi la nak adjust pakai pad dengan betul supaya darah diserap dengan elok kan.

Tu pun walaupun pakai pad panjang yang khas untuk waktu malam, pastu lapik pulak bontot dengan kain ekstra waktu tidur, tapi darah bocor sampai terkena cadar dan tilam tu tetap juga berlaku. Lagi-lagi waktu hari pertama yang heavy flow tu kan. Stress ai nak sental kesan darah tu sampai bersih.

Sebab tu terfikir alangkah eloknya kalau ada pad berbentuk pamper yang khusus untuk period wanita. Nak pakai pampers baby karang, kecil tak muat pinggang. Pampers dewasa pulak tebal sangat. Membazir kapas haha. Cuma pad orang berpantang je belum terlintas nak try masa tu 😂

Tapi sekarang dengan Libresse Maximum Security ni, selesai la masalah tersebut kan.

Cute je panty ni warna ungu muda, sesuai trademark warna Libresse.

Disposable panties (seluar dalam pakai buang) daripada Libresse ni bentuknya macam pampers dewasa, tapi dalamnya ada lapisan kapas yang lebih kurang macam pad yang kita pakai waktu period. So tak la tebal membonjol sangat. Rasa macam pakai seluar dalam biasa yang tempek dengan pad normal jugak.

Satu pek disposable panties Libresse ni berharga RM6.50. dan setiap pek mengandungi 2 keping panty.

Untuk pengguna yang ada heavy flow masa hari pertama dan kedua period, cukup la satu pek panty ni untuk setiap cycle. Hari ketiga dan seterusnya boleh tukar pad biasa kalau nak. Aku normal flow je jadi satu cycle cuma guna sekeping je panty ni masa hari pertama. Alhamdulillah jimat di situ.

Buat masa ni, disposable panties Libresse ni didatangkan dalam 3 pilihan saiz:
🔸 Saiz S-M – Lilitan pinggang sehingga 30 inci
🔸 Saiz M-L – Lilitan pinggang 28 inci ke atas
🔸 Saiz L-XL – Lilitan pinggang 35 inci ke atas

Aku ambik saiz M, sebab lilitan pinggang sejak duduk di rumah ni mengembang dengan jaya kepada 28 inci (dulu 27 inci). Walaupun tak makan banyak, tapi bersenam tu kurang sangat. Jadi aku ni nampak je la keding. Walhal sebenarnya pinggang dah makin melebar dengan lemak huhu

Stretch test

Getah pinggangnya boleh tahan elastik. Masa mula-mula aku test regangkan getah tu, nampak macam kecik je. Risau jugak aku takut ketat di pinggang. Tapi Alhamdulillah panty saiz M ni ngam-ngam elok dengan aku. Takde la rasa lemak di pinggang tercekik berlipat-lipat akibat ketat, malah tak juga getah pinggang tu menggeleber sebab terlebih besar haha

Cumanya... badan aku ni berbentuk pear, yakni saiz peha dan pinggul lebih besar daripada pinggang.

Maka lumrah la panty tu akan tersekat dulu di peha masa pakai. Aku kena berjoget makyong dulu untuk tarik panty tu ke atas. Tu pun kena tarik lembut, tak boleh tarik sekali harung macam seluar dalam biasa sebab benda ni kan bukan dibuat daripada fabrik. Kang terkoyak pulak kalau tarik kuat-kuat.

Jadi selain lilitan pinggang, bentuk badan pengguna pun mainkan peranan penting juga sebelum pilih saiz disposable panty Libresse ni, which could be very tricky for some individuals.

Kalau beli yang muat di pinggang tapi kecik di peha, tercekik peha pulak. Tak memasal bangun tidur tak rasa kaki sebab darah tak mengalir huhu. Sebaliknya kalau beli yang muat di peha tapi pinggang besar, menggeleber pula. Tapi rasanya elok utamakan saiz panty yang muat dengan peha la kot?

Sebabnya nak elakkan darah daripada bocor dari sisi kalau lubang peha tu longgar dan mungkin boleh teralih masa kita bergerak dalam tidur. Takpe la kalau getah pinggang tu besar sikit. Tempek la dengan tape. Panty ni disposable dan guna waktu tidur je so orang tak tahu pun hahahah ajaran sesat

Getah di bahagian peha, dan kawasan pad.

Pad dalam panty ni sama lembut dan selesa seperti pad Libresse yang biasa. Alhamdulillah aku memang tak ada masalah ruam atau alergi pun dengan pad Libresse. Sejak zaman sekolah lagi aku dah guna jenama Libresse sebab terpengaruh dengan dutanya iaitu arwah kak Adibah Noor (Al-Fatihah).

Getah peha panty ni pun selesa. Nampak je macam beropol gitu tapi Alhamdulillah tak rasa geli-geli macam digeletek waktu pakai seluar dalam berenda haha. Dan tak ada juga rasa gatal, which could be possible for some people. Sesetengah seluar dalam kan kalau fit ngam-ngam pun boleh rasa gatal.

Cumanya getah peha tu kalau lebihkan tahap elastik dalam 20% lagi pun okey kot. Mudah sikit orang peha besar macam aku nak pakai. Tak payah la kami nak berjoget eh-ah eh-ah untuk tarik ke atas 😂

Dan getah di pinggang panty tu pun best sebab ia hampir rata atas perut. Pakai lama-lama pun tak ada bekas-bekas alur getah yang dalam sampai berbirat kulit. We can even barely see the marks daripada petak-petak getah tu. Ni kot kesan body fit design yang Libresse kata ikut lekuk tubuh tu?

Disposal tape di bahagian belakang panty Libresse.

Bawah tape tu, kawasan pad agak luas sebab cover sampai belakang punggung. Pad tu nipis je, jadi rasanya bagi aku selesa sebab punggung tak jadi terlalu tinggi waktu baring. Kawasan pad tu pun luas jadi boleh la tidur mengiring ke kiri dan kanan tanpa risau darah mengalir ke tempat tidak sepatutnya.

Lepas bangun tidur, tak perlu dah kelam-kabut check sama ada darah turun ke punggung dan tembus ke cadar atau tidak. Sebab penat kan kalau tengah mamai baru teringat kita tengah period? Aku kadang rasa macam kena heart attack nak tengok "BOCOR KE???" Tak best betul bangun tidur macam tu 🤧

Lepas pakai semalaman, boleh tanggalkan panty ni macam nak salin pampers kanak-kanak yang jenis sarung tu. Cuma koyakkan di bahagian kiri dan kanan pinggul, gulung kemas-kemas, kemudian tempek dengan disposal tape atas ni sebelum dibuang. Nanti tidak la ia terburai dalam tong sampah.

Tape tu panjang dalam 1 jengkal lebih so boleh lilit gulungan panty tu dalam 1.5 pusingan. Lagi kecik gulungan panty tu lagi elok. 

Arahan sepenuhnya, boleh rujuk gambar bawah.

Arahan pemakaian disposable panty Libresse, dan cara tanggalkan serta buang.

By the way, kegunaan panty ni untuk waktu tidur kan tapi aku rasa kalau nak pakai waktu siang hari pun boleh. Sebab pad tu tak tebal dan bahagian tepi panty tu pun seamless. Jadi tak ada la bonjolan bentuk panty di seluar. Rasa macam pakai seluar dalam seamless yang takde jahitan kelim tepi tu jugak.

Cuma tu la waktu siang mesti kita ada makan dan minum untuk dapat tenaga masa buat aktiviti kan. Dan lumrah la akan ada keperluan nak buang air kecil atau air besar lepas tu. Kalau pakai disposable panty ni pastu nak membuang di toilet, mesti tak best kan kalau air cucian tu diserap oleh panty ni.

Kalau lembab nanti ada risiko kuman membiak pulak eww hahaha tak payah la weh 😂 Pakai panty tu waktu tidur malam je sudah. Siang hari pakai la overnight pad. Mudah nak tukar kalau kena pergi toilet.

Tapi bagi orang yang very heavy flow, memang ada je yang pakai disposable panties macam ni selain waktu malam. Ada juga ibu baru bersalin guna panty ni untuk darah nifas. Mudah la mereka tak perlu tukar seluar dalam dan pad banyak kali. Kurang juga risiko kebocoran sebab darah terlalu banyak.

Dan sesiapa yang senggugut kuat masa period tu pun elok jugak la pakai panty macam ni. Senang nak bergulung, berguling, meniarap, menelentang atas katil waktu cramp kuat yang rasa macam ada setan cakar perut tu. Oleh sebab saiz panty ni fit dengan badan, jadi ia lebih secure berbanding pad biasa.

Aku kalau senggugut teruk memang rasa serba tak kena nak duduk. Tapi kalau bergerak banyak kali, pad pun akan bergerak jugak. Don't you hate that feeling kalau gam di pad tu tertanggal dan teralih? Nak-nak yang pakai wing. Nanti sayap tu tertanggal dan melekat di peha. Pastu pad jadi terkepit di tengah.

Astaghfirullah explicit pula gambarannya. Tapi tu la mesti ramai gegadis yang boleh relate kan huhu~

Tak memasal bocor di tepi pulak. Kita dah la bad mood sebab sakit perut. Apabila bocor, kan makin bad mood? Satu kerja tengah sakit-sakit tu nak kena tukar pad, seluar dalam, cuci darah di cadar lagi 💆🏻‍♀️

Tapi dengan disposable panty yang berfungsi jadi pad ni, nak duduk, bangun, baring 50 kali sejam pun takpe. Tak ada isu pad bergerak lari posisi. Cuma awal-awal pakai panty ni mungkin ada rasa janggal sikit sebab rasa darah tu keluar tapi tak ada rasa pad.

Aku pun memula cemas jugak kejap setiap kali bergerak sebab "Alamak darah keluar direct atas seluar dalam!" Padahal memang seluar dalam tu la pad nyee hahaha

Anywayyyy~ konklusinya aku suka disposable panties ni. Kudos to Libresse for coming up with it.

Tapi aku nak request supaya Libresse banyakkan warna atau corak la. Sebab semua panty ni sama je purple. Kalau panty yang first generation Libresse buat dulu, aku tengok ada corak bunga kot haha

Dan oh ya, tolong banyakkan free gift sekali. Aku suka kumpul free gift Libresse ni sebab comel dan praktikal banyak kegunaan. Beg la, tudung la, buku nota la. Dah la design lawa-lawa 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS