Assalamualaikum
Soalan yang macam tak penting, tapi ada tak orang lain yang turut tertanya-tanya pasal perbezaan 2 benda ni? Sebab aku curious betul. Dah la kotak sama, pengeluar sama, bentuk ubat pun sama. Tapi, apa beza antara Pil Chi Kit Teck Aun dan Pil Hong Sah Cap Labu ni? Macam sama je?
Alkisahnya...
Pil Chi Kit Teck Aun ni adalah salah satu benda wajib ada dalam simpanan ubat aku. Kalau datang waktu perut nak meragam dan cirit-birit, ambil satu sachet pil ni, InsyaAllah elok dalam kurang beberapa jam. Memang penyelamat sangat terutama waktu kalau nak travel jauh. Mana nak cari tandas kan.
Dulu sebelum masuk KPM Ayer Molek, aku beli satu kotak besar Pil Chi Kit Teck Aun ni untuk stok di asrama. Kat Mydin kan ada jual yang satu kotak ada 12 kotak pil ubat tu. Harga belas-belas gitu je.
Mengapa bayar lebih kalau boleh beli dengan harga borong kan?
Mujur tak banyak sangat kes sakit perut sepanjang di Melaka sana. Lepas habis belajar diploma dan masuk UUM pun, ada lagi ye beberapa kotak Pil Chi Kit tu. So aku bawak la ke Kedah pulak. Untung la pil ni tempoh tahannya memang lama gila sampai 6 tahun. Beli tahun 2015, expired tahun 2021 kauuu.
Memang tahun lepas baru habis stok Chi Kit Teck Aun yang beli sebelum masuk KPM tu. Tiba masa untuk beli stok baru la sebab aku malas nak suruh orang lain beli sekotak-sekotak setiap kali sakit perut.
Skrol skrol Shopee, terjumpa la Pil Hong Sah Cap Labu tu pulak.
Nampak sama, tapi macam tak sama. Tapi sebijik sama???
Memula aku ingatkan produk daripada pesaing Helang Pagoda iaitu pengeluar Pil Chi Kit Teck Aun tu tau. So aku google la nak tau apa beza 2 benda tu. Sekali...sama pengeluar iaitu Helang Pagoda jugak???
Keliru sis.
Bahan-bahan sama, kecuali Pil Hong Sah ada satu bahan tambahan yang nama last sekali tu. |
Kegunaan pun sama: untuk senak perut, cirit-birit, muntah ringan, mabuk perjalanan, dan makanan tidak hadam. |
By the way, tengok tarikh MFG (manufacturing) dan EXP (EXPIRY) tu. Memang jarak 6 tahun ye huhu
Keliru memang keliru. Pastu aku memula nak beli Pil Chi Kit Teck Aun macam biasa je sebab dah biasa makan yang tu kan. Tapi bila banding harga, Pil Hong Sah Cap Labu tu lagi murah la pulak. Cuma 80 sen lebih berbanding Pil Chi Kit RM1+ sekotak. Sebagai seorang yang kedekut berjimat cermat, maka...
Ye aku borong Pil Hong Sah tu 10 kotak huhu
Pil Chi Kit Teck Aun gambar helang tu yang adik aku belikan masa aku demam haritu. Tinggal sekotak je lagi. |
Sampai sekarang, sis masih hairan ye apa beza dua pil ni. Sebab Pil Hong Sah tu bahan dan fungsinya sama, memang sama berkesan la untuk legakan perut meragam. Tapi kenapa nama lain? Kenapa harganya berbeza? Walaupun Pil Hong Sah ada satu bahan ekstra dalam tu?
Busybody betul hati ini nak tahu jawapan haha
Pastu haritu aku pergi Mydin, baru macam ternampak sikit kot apa beza Pil Chi Kit Teck Aun dengan Pil Hong Sah Cap Labu tu? (kecuali pasal harga haha)
Cantik je susunan kotak-kotak tu |
Kalau tengok pada label nama dua-dua pil ni yang ditulis oleh Mydin, Pil Chi Kit Teck Aun tu untuk sakit perut. Manakala Pil Hong Sah Cap Labu adalah antacid? Apa benda antacid tu?
Antacids are medicines that counteract (neutralise) the acid in your stomach to relieve indigestion and heartburn — Source, NHSTerjemahannya, antacid adalah ubat yang digunakan untuk melegakan masalah pedih ulu hati dan makanan tidak hadam, dengan cara meneutralkan asid dalam perut.
Emmm tapi bahan-bahan lebih kurang je kan dengan Pil Chi Kit? Kenapa nama lain-lain haha. Bahan ekstra dalam Pil Hong Sah iaitu Oryzae Germinatus (Fruit) tu pun katanya untuk tingkatkan selera makan dan lancarkan penghadaman. So takde la antacid mana pun?
Dah la harga pun banyak beza antara 2 jenis pil tu kan. Pil Chi Kit Teck Aun RM13.80 (jadi RM1.15 per unit) dan Pil Hong Sah Cap Labu RM8.40 (cuma 70 sen per unit). Why?
Pokok pangkalnya, eh pening la, pening. Aku masih keliru dan penuh dengan rasa ingin tahu. Apa sebenarnya beza antara Pil Chi Kit Teck Aun dengan Pil Hong Sah Cap Labu ni?
Teringin nak emel kat Helang Pagoda tu tanya apa beza dua pil tu. Jangan sampai aku buat betul 😂
Anyway, korang makan ke Pil Chi Kit Teck Aun atau Pil Hong Sah ni kalau sakit perut?
Pokok pangkalnya, eh pening la, pening. Aku masih keliru dan penuh dengan rasa ingin tahu. Apa sebenarnya beza antara Pil Chi Kit Teck Aun dengan Pil Hong Sah Cap Labu ni?
Teringin nak emel kat Helang Pagoda tu tanya apa beza dua pil tu. Jangan sampai aku buat betul 😂
Anyway, korang makan ke Pil Chi Kit Teck Aun atau Pil Hong Sah ni kalau sakit perut?
Sebab sesetengah orang kan macam anti sikit dengan pil ni sebab "buatan Cina" kononnya. Aku pernah dengar gosip liar kata Pil Chi Kit ni bubuh katak la, ular kering la, dan macam-macam lagi untuk takutkan pengguna Muslim sebab tak ada tanda halal. *batuk*Buy Muslim First*batuk*
Bagi aku, aku yakin je dengan kandungan herba tu dan sebab kesannya pun elok hilangkan sakit perut, aku teruskan je makan apabila perlu. Tapi kalau korang, tak tau la. Kalau terasa was-was sampai naik syubhah tu, elok tak payah makan la. Yedok?
Ikut citarasa masing-masing 😌
Ikut citarasa masing-masing 😌
Akhir sekali, disclaimer:
Gambar pil di atas diambil masa aku tengah sakit perut. Jadi lepas siap ambik gambar, aku makan ye semua pil tu. Makanya, tak ada pembaziran ubat di sini semata-mata untuk konten huhu ✌🏼
Bye dan Assalamualaikum.
Tak perasan pula ada perbezaan antara keduanya. Pil chi kit teck aun tu memang dari zaman dulu dah ada. Setakat ni tak pernah dengar ada campuran katak atau ular kering hihihii.
ReplyDeleteammi pun pening gak baca...
ReplyDeletetapi serius tak pernah nampak yg Pil Hong Sah tu..
dan ammi pun macam awak...PCKTA ni memang sentiasa ada stok kat rumah, dalam bag selain gaviscon
Bagus je pil ni..ank sakit pergi klinik smpai rm300lebih alih2 aku pecut gi kedai aceh beli pil ni dlm brapa jam dia dpt tdo n alhadulillah syukur dia ok..dri ciret dgn muntah terukkk smpai pucat2..mkn ubt ospital sikit pon xbaik2.skrang stanby je sekotak terus..snang klau ank sakit perut suami tnya nk ke hospital ke?xyah membazir je🤣sbb dh bnyak kali pergi hospital klau ank sakit perut xpnah baik pon.membazirr lagi ada
ReplyDeleteSemua produk kami tidak mempunyai halal Jakim, tetapi kami mempunyai sijil halal dari Majlis Ulama Indonesia. Untuk makluman, semua proses yg dilakukan dlm pembuatan pil mematuhi hukum syariah dan tiada sebarang campuran yg haram. Saya sebagai org Islam yg bertanggungjawab sentiasa memastikan semua produk yg kami keluarkan bersih, suci dri sebarang najis atau benda2 haram. Terima Kasih kerana mnyokong produk kami.
ReplyDelete