Assalamualaikum
Iyahh lepas beberapa bulan dapat lesen P, baru nak merasa drive atas jalan raya ye. Siap bawa penumpang lagi. Kelakar pulak rasa. Maka bermulalah fasa hidup saya sebagai driver rumah ni haha
Macam harini, kita pusing bandar Kota Bharu ye. Pagi-pagi dah bersiap nak ke kedai tudung Muaz di Lembah Sireh sebab Amirah dari haritu request nak beli tudung baru. Siap minta duit dengan umi dia lagi. Haa atuk nenek pun melayan la bawakkan ke sana. Makcik-makcik dia pun tumpang mengikut.
Selfie sekeping. Tapi cermin Muaz ni comot pulak |
Masa datang ke Muaz ni, abah yang drive. Tapi lumrah la kalau perempuan singgah kedai tudung ni, mesti la lama nak memilih kan. Dah la kedai Muaz ni banyak sangat pilihan tudung. Bawal ada jenis kosong dan printed, setiap jenis tu banyak pula material: cotton, voile, chiffon, etc. Shawl pun sama.
Makanya dekat sejam jugak la di situ. Aku memula tak masuk sebab tahu dah kakak aku jenis kaki memilih so mesti lama punya. Tapi pastu termasuk juga dan terbeli 2 helai pleated shawl dan 3 anak tudung huhu. Sebab dah lama cari shawl jenis tu dan di Muaz ni murah je harganya RM6.80 🤑
Keluar dari Muaz, singgah ke kedai barang baby pulak sebab kakak aku nak cari sarung kerusi dodoi. Masa ni hari dah makin panas sikit sebab dah dekat tengah hari. Time tunggu kakak aku siap beli tu la abah tahu-tahu turun dari kereta suruh aku pulak drive waktu balik.
Nak bagi biasa dengan jalan KB katanyeee
Baru nak tampal stiker P |
Dah kena tukar driver tu, kena la pamerkan status lesen P melalui stiker P kan. Baru ada ye benda ni. Masa ujian JPJ haritu tak dapat pun walaupun kawan aku kata patutnya dapat. Pastu banyak kali nak beli sebelum ni, tapi asyik tak sempat singgah di kedai. 2 hari lepas baru abah beli.
Sekeping naik jadi RM2 katanya stiker P tu. Dulu dalam seringgit lebih ke?
Ok dah siap tempek |
Mujur hari Jumaat dan Kelantan cuti so bandar KB tu tak sibuk sangat masa ni.
Haa boleh la test-test sikit skil tukar gear tu. Alhamdulilah lancar la juga pijak clutch tukar gear 1 sampai 4 tu. Nak brek pun pandai agak jarak selamat. Cuma slack sikit sebab aku tersalah ingat jalan ye. Patut belok kanan, terbagi signal kiri dan dah pulas stereng ke kiri. Kalut abah betulkan stereng 🙂
Sebabnya aku duk ingat kami balik dari kedai Muaz dari Lembah Sireh (jalan ni kena belok kiri la masuk jalan Jambatan Sultan Yahya Petra). Padahal, kedai barang baby tu dari arah bertentangan di Kota Bharu so kena la belok kanan. Mujur la jalan raya tu luas dan parents i tak cemas ye haha
Biasa la buah cempedak di luar pagar, saya budak baru belajar ✌🏼
Tiang penyokong I waktu salah jalan dan langgar pagar ❤️ |
Ada Amirah dan kakak aku sekali belakang tu tapi tak muat frame.
Ni kira kali kedua la aku drive kereta siap bawa penumpang di kawasan bandar. Haritu dah bawa sekali tapi pusing-pusing di bandar Tumpat. Dan waktu tu memang aku sendiri drive pergi-balik ye dan unexpected sangat sebab macam tiberrr je abah suruh aku undurkan kereta keluar dari pagar?
Aku baru siap pakai tudung pakai kasut macam hahhhh? 😂
Co-pilot naik pangkat jadi main pilot Big boss perhati dari tepi 😂 |
Tapi jalan bandar Tumpat lagi best sebab hari bekerja pun tak sesak macam Kota Bharu. Pedal minyak tu most of the time 60km/j sebab jalan agak lengang. Lancar je memandu sampai boleh pergi pasar raya Pantai Timur shopping barang dapur haha. Lagi kelakar, waktu ni drive tanpa stiker P lol shhhh
Waktu balik tu nak berhenti pasar Wakaf Bharu kejap tapi tak jadi sebab jalan bawah dah makin berselirat. Kan tengah bina jambatan flyover kat situ dan aku tak tau la jalan bawah ni makin lama makin pelik. Dulu ada roundabout kecik untuk jalan Wakaf Bharu-Tumpat, tapi haritu laluan tu dah tutup.
Masalahnya takde siapa antara kami tahu masa tu haha. Abah suruh pergi lurus ke roundabout tu, tapi pekerja binaan dah tutup jalan dengan blok merah putih tu dan kena belok kiri ikut lencongan lalu jalan kereta api kalau nak masuk Wakaf Bharu. Mujur aku tak terlanggar je blok tu sebab gila pening? 😅
Yang biasa bawak kereta pun keliru, apatah lagi yang noob macam aku. Tak tahu la bila flyover tu nak siap. Kata jangka siap Julai 2022 tapi sebab PKP dulu kan, dah masuk Oktober pun tak selesai lagi.
Rasa macam labyrinth. Rasanya selagi flyover tak siap, selagi tu la aku tak drive di Wakaf Bharu tu 😂
Gambaran aku masa memandu.
Nervous punya pasal, sepanjang drive tu memang badan aku tegak ye. Mata pun skema ikut ajaran akademi memandu kena check cermin sisi kiri kanan dan cermin pandang belakang setiap 10 saat. Risau kot tak perasan kereta atau motor di belakang. Gituhh freshman lesen la katakan.
Memang makcik-makcik kereta lain pun drive lagi laju daripada aku 😂
Dan harapnya akan terus skema berterusan la. Jangan lupa daratan pulak lepas dah biasa dengan jalan raya pasni. Kang tiberr sesat jadi minah rempit serupa Lewis Hamilton bawak kereta Formula One haha
Bye dan Assalamualaikum.
hati-hati memandu :)
ReplyDeleteBest dpt drive...kita ni, dah bertahun dapat lesen pon tk drive... Mak kata kena tunggu ad kereta sendiri...alamat lambat lagi la nakk...hahaha
ReplyDelete