Jejantas rosak, JKR mana JKR? | NaSa

Jejantas rosak, JKR mana JKR?

in , by NaSa, October 12, 2022
Assalamualaikum

Masa balik dari pasar raya dengan abah haritu, jalan menghala ke roundabout tetiba je jem panjang sampai ke depan sekolah Amirah. Buat pertama kalinya, kereta kami terhenti di kawasan bawah jejantas tu. Dan waktu ni la, aku terlintas nak pandang atas dan nampak la jejantas sekolah tu macam...

BURUKNYAAAA!!!


Bumbung jejantas pecah-pecah berlubang teruk gila.

Aku mula-mula ingatkan macam mata tersalah pandang. Macam jalur cahaya yang tembus masuk tu sebenarnya dari jarak antara papan billboard kiri kanan bumbung jejantas tu kan? Tapi bukan ya.

Zoom gambar tu dekat-dekat, memang jelas bumbung jejantas tu pecah teruk gila. Terus lepas sampai rumah tu, aku bagitahu kaklong suruh buat aduan kat sekolah kenapa jejantas teruk sangat. Pastu tanya kakak aku yang lawyer tu, nak buat aduan di mana kalau libatkan kemudahan awam macam ni?

Kaklong kata kena naikkan topik dalam mesyuarat PIBG la kalau nak sekolah buat aduan terus kepada pihak berkuasa. Kakak aku kata boleh buat aduan awam ke pejabat JKR, tapi elok ada gambar lebih dekat la kalau nak bukti kukuh lagi. Biar cepat sikit tindakan.

Kebetulan haritu lepas balik dari jumpa saudara kami, abang ipar aku berhenti di kedai optometris dekat dengan sekolah tu sebab Amirah dan umi dia nak check mata. Sambil menunggu, memang aku panjat jejantas tu ambik gambar. Geram punya pasal hahaha

Hasilnya...


Belum naik tangga lagi dah nampak bumbung jejantas elah atas tu takde 💆🏻‍♀️

Apabila dah naik atas, haa lagi teruk

Berlubang sepanjang laluan. Ni jejantas nak lindung daripada cuaca ke atau open observatory nak tengok bintang? Luas 'tergohong' bak kata orang Kelantan

Hujung jejantas lagi sebelah, pun sama jugak berlubang.

Tangga jejantas depan sekolah.

Antara beberapa bahagian bumbung yang masih intact, tapi tu pun aku rasa tunggu masa je nak roboh

Serpihan bumbung jejantas yang dah pecah tu berselerak atas lantai jejantas

Dalam kes ni, aku paling menyampah dengan papan billboard di kiri kanan bumbung jejantas tu tau. 

Serius kalau takde papan billboard tu, lagi senang  nak pantau keadaan jejantas tu setiap masa. Kalau ramai tengok bumbung jejantas tu rosak, lagi ramai orang buat aduan dan lebih cepat tindakan diambil. Tidak la orang terlepas pandang yang bumbung jejantas tu sebenarnya dah Na'udzubillah.

Tapi sebab billboard tu besar dan sama panjang dengan jejantas, memang orang lain especially yang guna kereta ni tak nampak la keadaan bumbung yang nazak tu kalau tengok dari jauh. Melainkan orang yang guna jejantas tu sendiri atau orang yang peka je akan tahu.


Amirah bagitahu dah lama pelajar cakap pasal jejantas rosak tu. Ye la kalau tengok dari keadaan jejantas tu, macam dah bertahun-tahun rosak. Mustahil takde orang buat aduan. Tapi kita Husnudzon je sebelum ni kan PKP 2 tahun so tak sempat ambik tindakan atas aduan sebab tak cukup pekerja.

Anyway, Amirah kata masa mesyuarat PIBG sekolah minggu lepas, ada ibu bapa usulkan pasal jejantas ni dalam agenda. Bagus la. Tapi alang-alang tu, meh kita buat aduan sebagai orang awam sekali.

Walaupun Amirah tak guna jejantas tu sebab rumah kami arah bertentangan tak perlu jejantas, tapi aku sebagai alumni sekolah rasa nak marah la. Kesian budak-budak sekolah nak guna jejantas teruk macam ni. Tak terlindung langsung dari panas, apatah lagi kalau hujan. Woi basah mat budak-budak.

Dah la jejantas ni dikongsi oleh 3 buah sekolah ya. Belum kira orang awam lagi. Sekarang pun dah masuk musim tengkujuh pulak. Penting la kawasan berbumbung ni untuk pengguna.

Jenis aduan yang diterima oleh pejabat JKR

Sebab jejantas ni kemudahan awam, kakak aku kata boleh buat aduan ke pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) sebab kekurangan kemudahan awam ni termasuk bawah skop JKR. Nak buat aduan pasal apa-apa yang awam pun boleh. Masuk je ke website Sistem Pengurusan Aduan Awam.

Masukkan jenis maklumbalas yang kita nak buat.

Ada 6 jenis maklumbalas boleh dipilih: Aduan, cadangan, integriti (untuk whistleblower), penghargaan, permohonan, dan pertanyaan. Aku sebab nak komplen pasal benda rosak ni, pilih Aduan la kan.

Location tu aku tak ingat alamat sekolah so aku letak nama penuh je. Harap dia boleh cari la. Ala sekolah tu pun femes apa dalam negeri ni. Maahad kot.

Lampirkan gambar bukti yang berkaitan

Semua gambar bukti pasal jejantas tu aku lampirkan dalam ruang ni. Kalau tak cukup kukuh lagi yang jejantas ni dalam keadaan nazak dan perlu dibaiki, Wallahua'lam.

Masukkan butiran diri pengadu

Lepas aduan dihantar, akan keluar bukti tiket maklumbalas dah selamat dihantar. Salinan aduan pun akan dihantar sekali ke emel sah yang kita masukkan dalam butiran tadi tu.

Aduan disaring

Aduan kita akan masuk dalam peringkat saringan (filter) dan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja. Nanti dia forward la aduan tu kepada jabatan mana yang sepatutnya terlibat tu.

Aduan diperakui dah selamat diterima

Aku buat aduan hari Jumaat 7 Oktober, semalam Selasa 11 Oktober dapat emel akuan penerimaan aduan dari SISPAA ni. Tolak Sabtu Ahad, dalam 2.5 hari bekerja la emel aduan tu diproses. Cepat jugak. 

Harapnya kerja baikpulih jejantas tu pun akan sama cepat jugak la. Dah la kalendar akademik sekolah lepas COVID ni tak sama macam dulu sebab start sekolah bulan 3, so cuti hujung tahun start bulan 1. Bulan 11 dan 12 tu masih ada kelas lagi padahal dulu dah cuti sebab nak prepare musim tengkujuh.

Kesian budak-budak kalau waktu musim hujan tu pun nak kena buka payung jugak atas jejantas sebab bumbung takde fungsi memandangkan bumbung pun takde.

Lagipun dah dekat pilihan raya jugak ni. Bila lagi masa terbaik, kan? 👀

Sambil tu, aku harap JKR cabut je la billboard tepi bumbung jejantas tu. Dah la takde orang sewa pun. Rosakkan pemandangan je hahahah kemain ikut sedap aku je

Sekian daripada saya sebagai orang awam yang prihatin, alumni sekolah yang terkilan, dan makcik yang furious terhadap risiko bahaya kepada anak saudara.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Jangan risau, nak dekat PRU ni report apa pun cepat je selesaikan. Silap-silap YB turun pasang bumbung. Hehe

    ReplyDelete
  2. kalo benda2 cam gni report byk kali pon belum tentu dorg repair..
    ni nk mengundi, ada la tu yg tiba2 dtg repair..
    kehkehkeh

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS