Lahirnya anak saudara yang ketujuh | NaSa

Lahirnya anak saudara yang ketujuh

in , by NaSa, October 28, 2022
Assalamualaikum

Lama betul tak sempat jenguk blog. Tak sempat nak menaip ye walaupun dah banyak stok tajuk yang aku plan nak tulis. Sebabnya...tengok tajuk tu la. Fruit child ketujuh tu dah selamat lahir masa 15 Oktober haritu. Yeay dapat 2 ketul kanak-kanak yang kongsi birthday dengan aku masa bulan 10 🎉

It's a baby boy 👦🏻
Kulit tangan pun menggelupas lagi sebab fresh dari dalam perut haha

Kalau ikutkan, sempat je nak tulis dulu barang 2-3 cerita untuk stok scheduled entries tu sebab baby dijangka lahir 18 Oktober. Tapi tak sempat sebab baby keluar awal sangat. Doktor yang induce huhu

Terpaksa induce sebab 13 Oktober tu, baby tak cukup 10 kali pergerakan. Lepas Maghrib, rushing aku dengan adik bawak kakak aku ke unit kecemasan HRPZ. Tapi sebab usia kandungan dah 39 minggu, medical staff suruh terus ke wad bersalin. Sekali doktor check, hambek kena tahan terus dalam wad.

Tu pun tak mudah jugak nak masuk wad. Dari pukul 8 kami sampai hospital tu, pukul 2 pagi baru kakak aku dapat katil ye. Sebab biasa la negara tercinta ni dengan masalah overworked + underpaid medical staff berpisah tiada. Fasiliti pun paling mantop sebab dalam wad bersalin pun takde kipas emm 👀

Dalam wad pun macam-macam hal jadi. Rezeki kakak aku la dapat merasa pengalaman terkenal seantero Malaysia iaitu nurse mulut puaka yang terpaling tak sakit perut masa teran beranak, yang kata patient ni mengada sebab contraction kuat walaupun baru induce ubat. Biasa la hospital kerajaan.

Sendu ye mak-mak dalam wad tu. Dah la waris tak boleh teman dalam wad, boleh datang waktu melawat je. Dapat nurse jimbit yang over daripada doktor pulak. Dah sakit badan, kena sakit hati lagi. Nasib kakak aku takde blog. Kalau tak, serba sebiji apa nurse puaka tu cakap mungkin akan masuk blog lol

2 pagi lebih baru boleh balik dari hospital huhu

Masa menunggu tu kena kacau dengan cik Oyen kucing mak guard ni pulak. Mengada siap panjat bahu 😂

Seharian 14 Oktober tu duduk dalam wad dulu untuk pantau pergerakan kot-kot baby normal balik. Tapi doktor risau kalau baby lemas sebab kurang jugak pergerakan. Jadi pagi 15 Oktober tu doktor decide untuk induce. Siap call ke rumah untuk jelaskan prosedur dan expectations lepas induce tu.

Hasilnya, tengah hari pukul 1 tu kakak aku selamat bersalin. Alhamdulillah mak okey, baby pun sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jadi esoknya baby dah boleh balik ke rumah.

Dari situ, bermulalah hidup aku sebagai babysitter tak berbayar 😗

Pengalaman setakat ni, penat ye. Penat gila. Orang lain yang beranak, aku pula yang rasa nak meroyan.

Bukan main-main cabaran jaga budak ni kan, lebih-lebih lagi newborn. Memang tak cukup tidur, tak cukup rehat, even nak makan pun tak sempat. First week tu memang paling mencabar sebab baby ada kuning sikit. Mak ai 3-4 malam tu dia bangun sejam sekali untuk menyusu dan tukar lampin.

Aku nak tidur pun tak boleh. Baru mata nak lelap, baby nangis sebab lapar. Pastu tukar lampin pulak sebab dia asyik buang air besar untuk nyahkan kuning tu dari sistem badan. Mamai nyahh~ Kakak aku je selamba tidur malam tak ingat dunia sebab mabuk ubat untuk sembuhkan luka bersalin lol

Mama abah ada tolong, tapi waktu siang la. Bab mandikan baby dengan herba, masakkan makanan pantang, mama abah la buat. Tapi malam-malam tu, mostly aku jaga sebab mama abah uzur di bahagian kaki, tak boleh jalan ulang-alik dan angkat baby.

Mujur Amirah ada dan rajin orangnya. Boleh la minta dia tolong buatkan susu baby, jemur baju baby, ambilkan air dan makanan. Bagus betul kakak sepupu sorang ni ❤️

Dah aku kena jadi mak kedua bawak baby pergi klinik 2-3 kali untuk check kuning tu

Masuk minggu kedua, baru okey sikit. Baby dah hilang kuning dan doktor dah discaj sebab paras bilirubin kuning tu dah turun dari 139 ke 70. Lepas sihat ni, baby pun bangun setiap 2-3 jam je setiap malam untuk menyusu dan tukar lampin, berbanding sekali sejam minggu lepas. Boleh la I tidur sikit 🥲

Majlis tahnik (belah mulut) baby dengan kurma yang dilakukan oleh abah 

Tengok rambut dia kemain lebat ye sebelum cukur jambul tu. Boleh buat macam-macam hairstyle 😂

Lukis kening Hagemaru haha

Baby lahir-lahir takde kening ye. Sis rasa kelakar tak boleh terima pulak sebab keluarga belah kami ni semua jenis kening lebat tau. Pastu mama bagi tips guna daun sirih yang disapu dengan minyak baby, pastu dilayur atas lilin sampai keluar kesan hitam sikit untuk dilukis di bahagian kening baby.

InsyaAllah biar tumbuh lebat sikit kening tu pasni 😆

Ni baru 2 minggu ye jaga baby. Nak menempuhi hari-hari mendatang pasni, lagi riuh aku rasa. Budak tengah membesar mesti lagi banyak pe'el kan. Tapi lepas kakak aku habis berpantang dan dah sembuh luka bersalin ni, biar dia la merasa hadap karenah baby. Dah masa pantang ni aku yang jaga, dia tidur.

I tolong sikit-sikit je la pasni. Bersyukur la korang aku tengah tanam anggur di rumah sekarang ni. Ada la jugak masa nak tengok baby siang malam. Pasni baby dah besar sikit, InsyaAllah nak cari kerja sikit. Takpe la jauh ke dekat ke. Asal dapat duit halal. Penat la hidup mizqin takde duit ni hahahahahahah

By the way, harini hari jadi aku. Tapi tu la takdan celebrate 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Alhamdulillah. Tahniah dapat anak saudara baru. Pandai awak jaga baby, kebanyakan anak dara kekok je. Semoga dipermudahkn urusan cari kerja

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS