Makan petang set Western layan ibu mengidam | NaSa

Makan petang set Western layan ibu mengidam

in , , by NaSa, October 11, 2022
Assalamualaikum

Throwback petang semalam, mak buyung rumah ni dari haritu mengidam nak makan makanan Western. Sebab duedate bersalin minggu ni atau minggu depan kan. Doktor pun pesan kalau nak makan apa-apa tu, elok makan sekarang la. Kot pasni dah start contraction, tak sempat cari kedai dah lol

Nak ajak abah datang, mana maunya dia kedai makanan pelik-pelik ni. Lagipun orang masjid, schedule ketat sikit haha. Jadi aku la yang tukang bawaknya. Untung kedai Western tu dekat je dengan rumah.

Menu pilihan makanan Western yang ditawarkan

Banyak juga la pilihan yang ada. Cuma takde makanan berasaskan pasta je. Biasa kan kalau kedai Western yang ikut selera Melayu gini ada la spaghetti carbonara bubuh susu haha

Sambil tunggu makanan, snap gambar dengan kereta sekeping

Dengan kunci kereta sekali tayang. Buat kenangan kali pertama bawak kereta kesayangan abah tanpa abah haha. Tu pun tak tenang agaknya member kat rumah fikirkan aku dengan kakak aku je berjalan. Sebab abah tak tau rasanya ada plan nak keluar. Dia balik dari masjid lepas Asar, tengok-tengok kakak aku dah bersiap pakai tudung kata nak pergi makan jap dengan aku 😂

Aku nak keluarkan kereta dari garaj ke luar pagar pun, abah dari perhati di pintu rumah, dah turun pakai selipar ye nak pergi pantau. Aku la punca. Nak undur semula masuk laman rumah sebelum kona kanan ke jalan tar tu pun, 2 kali mati enjin. Tak ke berdebar tuan kereta jadinya?

Agaknya dalam hati abah, "entah boleh harap ke tidak la nak lepaskan 2 ketul ni pergi sendiri?" haha

Tapi memang kedai Western tu dekat sangat dengan rumah. Aku bawak gear 1 je kereta tu. Merangkak-rangkak pun selamat jugak sampai tu. Boleh la praktis kona dan parking di tempat tertentu kan.

Kakak aku siap bawak buku pink dia ye. Risau kot jadi apa-apa dan nak terberanak tengah jalan lol

Makanan yang kami pesan

Dekat 30+ minit jugak nak tunggu semua makanan tu disiapkan walaupun masa tu kami je yang ada dalam kedai. Standard la. Tunggu di Pizza Hut pun lama gitu jugak. Dan kemain kan order sampai 4 set. Padahal yang makan tu 2.5 orang je (campur baby dalam perut). Tuan kedai perhati je habis ke idok? 😳

Chicken crispy burger set

Meatball set

Beef pepperoni pizza

Mushroom soup with garlic bread set

Yang set-set tu kakak aku punya. Pizza dan mushroom soup, aku punya. Masing-masing order 2 jenis makanan seolah-olah saiz perut tu muat je belaka. Kakak aku kata meatball dia punya, burger set tu baby punya. Em kita iyekan aje. Dia yang bayar dan makan, suka hati dia la 😂

Tapi dia macam tersalah order actually sebab dia ingat meatball tu cuma dapat meatball je. Masa datang haritu katanya takde pun coleslaw dan french fries. Tapi mai kalini, ada lengkap satu set ye. Padahal burger tu pun dah ada french fries jugak. Kenyang dengan ubi je.

Tukar kerusi untuk lighting gambar lebih terang haha

Keseluruhannya, boleh tahan sedap la makanan kedai ni.

Pizza lembut dan tak kedekut cheese. Terasa aroma herba dia tu. Pepperoni pun yang betul punya, bukan shortcut guna sosej. Mushroom soup ok cukup rasa cuma garlic bread je takde rasa garlic sangat. Oh ye untuk air, aku order rootbeer float. Tapi air sampai dulu sebelum makanan so aiskrim dah cair 😂

Harga pun berpatutan. Total bagi 4 set ni campur air 2 jenis, masih bawah RM50. Kuantiti pun cukup je makan 4-5 pax sebab pizza tu pun besar dan aku makan 3 je daripada 8 slices. Lebih tu tapau haha

So kalau dari harga, berbaloi la daripada kedai fast food yang mahal tapi portion kadang ciput tu. Rasa pun ok. Cuma dari segi comfort dan hygiene, boleh ditingkatkan lagi sebab aku penat tebah lalat 👀

Anyway, dah lepas la satu lagi episod mengidam mak buyung ni. Mujur bukak tau kedai ni sebab kalau tutup, mau kena pergi drive thru McD pulak cari burger lain. Lagi berdebar la abah aku kalau masuk jalan raya besar berdua je dengan kakak aku yang sama-sama tak tahu banyak pasal kereta jugak hahahah

Mohon jasa baik semua untuk turut doakan semoga kakak aku selamat bersalin lepas ni. Kami pun dah tak sabar nak tengok baby boy ke baby girl. Pasni baby dah besar sikit, Nana bawak rempit ke pantai pulak ye. Kita pergi dengar bunyi ombak ❤️

Tapi harapnya kita selamat daripada banjir dulu la huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Semoga kakak awak dipermudahkan urusan bersalin. Alhamdulillah lepas craving. Kedai macam ni kadang-kadang lagi sedap dari fast food chain

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS