Assalamualaikum
Setting ada rasa macam tengah duduk di piknik romantik tepi pantai tak?
Gituu tajuk macam pencinta kopi haha. Tapi kena la dengan musim sekarang kan.
Aku rasa dekat sebulan dah tak jumpa matahari terik ni. Pagi ke petang mendung, malamnya biasa hujan yang kadang meleret sampai ke Subuh. Sejukkk je. Rasa tak nak berpisah dengan comforter. Alhamdulillah jugak sebab dari awal sampai pertengahan tahun haritu, asyik rasa nak terbakar je kan.
Cumanya tetap kena beringat-ingat sebab hujan ni mengundang kepada amaran daripada Jabatan Meteorologi pasal kemungkinan banjir besar November ni. Ah trauma la aku banjir-banjir ni. Harapnya semua selamat daripada terjejas teruk nanti.
Anyway, ya kita cerita kopi harini.
Sis baru nak merasa kopi style mat saleh ya. Biasa aku bancuh serbuk kopi Cap Badak je, campur setengah cawan air panas, tambah 2 sudu gula, pehh sedap berasap minum pada hari-hari sejuk. Tapi kali ni kita upgrade minum cappuccino yang beli dari Aik Cheong Variety Pack haritu.
Serbuk coklat yang ditabur atas cappuccino ni ada diberi sekali dengan sachet Aik Cheong tu |
Baru perasan cawan aku sama dengan cawan dalam ilustrasi di sachet cappuccino Aik Cheong tu haha
Mujur jugak terlintas nak beli cawan ni masa singgah Daiso di Aeon Mall Kota Bharu haritu. Memang banyak sangat cawan cantik di situ. Kualiti pun elok. Kalau ikut hati, nak ambik banyak design untuk koleksi cawan sebagai prop gambar masakan atau makanan di masa depan. Tapi harga tu la 😂
Aku berkenan cawan bulat tu sebab generally macam sesuai dengan pelbagai kopi atau teh kan. Tapi tak sangka pula memang muat elok dengan bancuhan cappuccino Aik Cheong ❤️
Santapan peneman cappuccino Aik Cheong masa ni, Garlic Bread With Cheese yang dibeli dari La Boheme Bakery di Aeon Mall KB jugak. Sebekas RM5 dan roti tu dibelah 6.
DAN Subhanallah sedap weh roti tu. Roti lembut, wangi aroma garlic dan butter di dalam, campur pula cheese berlemak cair meleleh di setiap celah roti. Sampai sekarang aku teringat ye. Sila la cuba beli 💯
Sebab aku cuma biasa minum kopi kampung yang hitam, jadi nak ulas rasa cappuccino ni macam tak expert sangat la. Tapi dari perspektif sebagai first timer, not bad la?
Pekat kopi dalam cappuccino ni agak kuat. Terasa pahitnya di lidah. Sebab aku ada migrain, macam trigger sikit la rasa kopi tu naik ke kepala. Sekali hirup je terus zinggg. Tapi nasib baik tak sakit kepala betul. Dan minum sekali sekala je so takpe kan. Boleh la buat rasa-rasa. "Sajo nok ko suasano" haha
Overall aku suka je sebab creamer dalam cappuccino ni tak terlalu manis bagi aku. Balanced gitu. Dan foam atau buih cappuccino Aik Cheong tu pun mantap ye. Pekat likat berbuih di lapisan atas kopi.
Sebab tu sesuai nama siri "CAFE ART", dan cappucino ni pun memang dihiasi serbuk coklat, so boleh la kalau kita nak buat hiasan artistik atas cappuccino Aik Cheong ni. Caranya, taburkan serbuk koko dalam pelbagai bentuk atas buih tu. Inilah masanya untuk kita acah-acah jadi barista ✨
I ❤️ U |
Stencil untuk bentuk heart tu sis potong kertas A4 je. Pastu bubuh serbuk koko atas pengayak tepung dan ketuk-ketuk ringan supaya jatuh tipis-tipis je atas buih kopi. Kalau tebal sangat, tak jadi pulak kan.
Aku guna serbuk koko yang guna untuk buat kek. Sebabnya chocolate granule yang diberi sekali dengan sachet cappuccino Aik Cheong tu sikit sangat kuantitinya 😂
Tips untuk dapat bentuk art yang cantik atas cappuccino ni:
- Kalau bentuknya tak jadi, kacau semula cappuccino tu, tunggu kejap sampai buih berkumpul di atas dan tabur serbuk koko lagi
- Kalau bentuk tak sharp, guna hujung sudu untuk alih-alihkan serbuk koko tu kepada bentuk sebenar
- Yang penting, kena CEPAT sebab kalau cappuccino dah start sejuk, buih tu akan meletup pecah
Time frame untuk aku ambik gambar heart atas ni pun dalam 10 minit je. Pastu terdengar bunyi berdesir sebab buih dah start menghilang haha. Mujur dapat jugak gambar yang elok.
Haa tu je la nak cerita. Selamat mengopi, kawan-kawan ☕
Bye dan Assalamualaikum.
Cuya suka gila kopiiiii...semua jenis kopi Cuya sapu..ehek! Nasa, jom join giveaway Cuya
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html
Hello Cuya 😆 Terima kasih atas jemputan. InsyaAllah nanti saya sampai haha
Deletesegala jenis kopi ammi suka..kopi kampung, kopi bandar, kopi acah2 org have2 walaupun tak have... tapi paling best kopi serbuk cap gantang..bancuh pekat2..perghhh
ReplyDelete